Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

“Gadis Api” Minta Bantuan Pakar

on Sunday, January 12, 2014

Nasib “gadis api” ini seolah-olah belum ada jalan penyelesaiannya lagi. Gadis yang berusia 14 tahun ini, Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, mula diekori api misteri sejak dua tahun lalu cuma boleh bertenang ketika solat sahaja.

"Gadis Api"- Fatihah

Gadis Api Fatihah

Peristiwa diekori api ini menjadikan hidupnya kucar kacir serta mendapat cemuhan masyarakat kerana sering menimbulkan kekecohan di kawasan setempat setiap kali api tersebut muncul. Gadis ini merayu dan meminta agak mana-mana pakar atau ustaz yang dapat menyelesaikan misteri ini untuk segera tampil dan menyelesaikan masalahnya.

“Saya harap jika ada mana-mana ustaz atau bomoh, yang boleh merawat saya untuk buang gangguan jin ini.

“Lebih teruk lagi, apabila api misteri itu akan muncul hampir 11 kali setiap hari bermula awal pagi sehingga lewat malam, di dalam rumah dengan membakar pakaian, telefon bimbit, almari, selimut selain telefon bimbit dan kamera serta segala peralatan dalam rumah,” ujar Fatihah.

Gadis yang berasal dari Kampung Penambang, Bunga Emas ini juga dikatakan telah didampingi oleh jin yang menjadi punca diekori api tersebut.  Kejadian itu menyebabkan peralatan seperti telefon bimbit miliknya serta ahli keluarga turut terbakar apabila api misteri itu muncul.

Insiden terbaru melibatkan kebakaran rumah ibu saudaranya ketika dia dan neneknya, Zainab Sulaiman berkunjung ke rumah tersebut. Fatihah menjelaskan beliau sendiri telah bertemu berpuluh pakar serta ustaz di Kelantan dan luar Kelantan namun usahanya tetap gagal.

“Saya sedih apabila masyarakat memandang serong terhadap diri saya, akibat kejadian ini saya hanya duduk di rumah dan tidak bercampur dengan penduduk sekitar,” katanya lagi.

Ia bukan sahaja menyebabkan dia terpaksa hidup dalam ketakutan, malah ibunya Rafeah Zakaria, 42 selain dua adik beradik, Wan Mohd Faiz, 16, dan Wan Nurfatini 12, terpaksa menghadapi kebakaran yang berlaku tidak kira waktu dan ketika. Mereka turut bertungkus lumus memadamkan api yang membakar apa sahaja yang ada di dalam kediaman mereka.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment