Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Arnab Angora Yang Comel (8 Gambar)

on Sunday, January 19, 2014

Arnab biasa mempunyai bulu yang sangat halus namun, arnab jenis Angora mempunyai bulu yang luar biasa lebat dan halus. Bulu arnab Angora boleh tumbuh sangat tebal sehingga menutupi seluruh tubuh kecuali bahagian wajahnya sehingga kelihatan seperti bola kapas raksasa.

Binatang di dalam gambar ini ialah seekor arnab. Spesies arnab yang mempunyai bulu yang lebat serta gebu ini berasal dari jenis arnab anggora adalah sejenis arnab domestik yang di kembang biakkan untuk diambil bulunya yang lembut. Angora adalah salah satu jenis arnab tertua yang berasal di Ankara (dikenali sebagai Angora), Turki, bersama dengan kucing Angora dan kambing Angora.




Apa yang menjadi kejutan, selain dibela sebagai haiwan perliharaan, spesies arnab ini juga diternak secara besar-besaran bagi mendapatkan bulu mereka yang gebu serta dagingnya yang berjus dan lazat dimakan.





 Arnab adalah haiwan kesayangan popular dalam keluarga kerajaan Perancis pada pertengahan abad ke-18, dan merebak ke bahagian lain Eropah pada akhir abad ini. Arnab itu pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Mereka dibesarkan sebahagian besar adalah untuk diambil bulunya.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment