Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Tangisan Bayi Adalah Dunia Untuk Kita

on Wednesday, January 15, 2014

Dalam bahasa Inggeris, perkataan “listen” dan “hear”  membawa maksud yang sangat berbeza.  Lebih-lebih lagi jika kita bercakap tentang tangisan bayi. Memilih untuk  “listen” akan akhirnya membuatkan ibu merasa buntu dan  tak berdaya. Tidak kurang juga yang hilang pertimbangan hingga mencederakan bayi bila membuat pilihan untuk “listen”


. Manakala kesediaan ibu untuk “hear” berpotensi mengubah situasi. “Hear” memerlukan kepekaan seluruh pancaindera. “Hear” membuka peluang untuk ibu menangkap bunyi-bunyian, ritma, ekspresi serta bahasa tubuh yang datang seiring dengan tangisan. Oleh kerana itu, penyanyi lagenda Cat Steven atau Yusuf Islam didalam bait-bait lagunya yang popular, “My Mother” menukilkan:



...and who use to hear you before you could talk?... Terjemahan terus “listen” dan “hear” ke bahasa melayu membawa maksud yang sama, iaitu : mendengar. Tiada beza, seolah-olah tiada yang istimewa atau berkuasa tentang salah satu dari perkataan itu. Namun, jika diterjemahkan secara mendalam, ringkasnya  “listen” membawa maksud mendengar manakala “hear” bermaksud memasang telinga atau mengamati.



Amat tepat apa yang dinukilkan Yusuf Islam. Walau beliau bukanlah pakar dalam mana-mana bidang keibubapaan. Menjadi tugas ibu untuk “hear” dan bukan semata-mata “listen”. Soalnya adakah selama ini kita “hear”?. Ketahuilah, majoriti kita selama ini mengambil mudah tangisan bayi, tidak menghormatinya malah merasakan ianya menjengkelkan. Buktinya? ,kita amat jauh ketinggalan dalam membincangkan, menjuarai dan menjadi perintis kepada penyelesaian perkara berkaitan tangisan bayi.



Di UK misalnya, sebuah badan kebajikan bernama CRY-SIS ditubuhkan khusus sebagai kumpulan sokongan kepada keluarga dengan bayi yang menangis berlebihan, kurang tidur dan  menuntut perhatian yang tinggi.Bagi merealisasikan misi mereka, talian bantuan setiap hari, dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Setiap panggilan akan mendapat perhatian sukarelawan terlatih yang berpengalaman memiliki bayi dalam kumpulan yang sama.



Sindrom bayi digoncang (Shaken Baby Syndrome)atau SBS adalah sebab utama kematian bayi dalam kes trauma kecederaan kepala (Abusive Head Trauma, AHT). Di anggarkan lebih 300 bayi mati akibat digoncang setiap tahun di USA. Puncanya? Bayi digoncang secara ganas oleh orang dewasa yang tidak tahan berhadapan tangisan bayi. Maka, pada 1990, The National Centre on Shaken Baby Syndrome (NCSBS) ditubuhkan dengan tujuan mendidik dan melatih ibubapa serta para professional, menjalankan kajian bagi membanteras penggoncangan dan penderaan bayi di USA. Sehingga kini, NCSBS merupakan satu-satunya badan bukan kerajaan di dunia yangmemperjuangkan kes penderaan bayi/kanak-kanak SBS.



Antara usaha NCSBS dalam membanteras dan memberi kesedaran berkaitan SBS termasuklah program The period of PURPLE crying yang mempamerkan risalah informasi berwarna setebal 11 muka surat beserta DVD berdurasi 10 minit untuk dibawa pulang oleh setiap ibu yang baru melahirkan bayi bagi tujuan perkongsian maklumat.

 Lebih menarik, projek mengait topi bayi berwarna ungu untuk diedar kepada setiap ibu yang baru melahirkan sebagai simbol peringatan untuk memelihara bayi mereka mendapat penglibatan golongan semuda pelajar sekolah!. Persidangan antarabangsa SBS yang ke 14 bakal berlangsung pada May (Paris) dan September (Colorado) 2014. Persidangan seumpama ini telah melakar banyak sejarah. Antaranya, memperuntukkan akta khas di mahkamah untuk menyabitkan pesalah yang menggoncang bayi seterusnya mengakibatkan trauma kecederaan kepala.



Tahap kesedaran yang tinggi terhadap tangisan bayi dan isu-isu berkaitannya di sesetengah negara mencipta persekitaran yang positif kepada ibubapa dalam melengkapkan ilmu dan kemahiran keibubapaan serta menawarkan penyelesaian kepada masalah tangisan bayi yang pelbagai.Dari satu sudut, puluhan pakar dan professional bukan sahaja muncul, malah turun padang mendekati komuniti dalam memberi didikan berterusan melalui pelbagai cara. Seminar, menghasilkan buku, membangunkan teknik hinggalah ke kelas dan latihan maya (online class and online training) . Setiap dari mereka tidak putus-putus membuat kajian demi kajian yang terus memberikan penemuan yang bermanfaat malah mendapat pengiktirafan badan-badan terkemuka.


Sebagai contoh, Dr Harvey Karp, seorang pakar kanak-kanak Amerika,sangat terkenal kerana membangunkan teknik 5S untuk mententeramkan bayi: Swaddle (balut), Swing( goyang),Shush (membuat bunyi Shhh..), Suck (menghisap sesuatu) dan Side/Stomach Position (baringkan bayi pada sisi atau perutnya).Beliau juga merupakan penulis buku dan pengasas program The Happiest Baby on The Block dan The Happiest Toddler in the Block. Kedua-duanya mendapat pengiktirafan dan pujian dari puluhan professional dan selebriti terkemuka,selain dinobatkan sebagai buku panduan keibubapaan paling penting di abad ini oleh amazon.com.



Disudut yang lain pula, inovasi ciptaan alatan atau bahan bantuan mententeramkan tangisan bayi mengambil tempat. Dari CD bunyi-bunyian menghampiri bunyian didalam rahim ibu yang amat digemari bayi, bantal, kerusi goyang hinggalah ubat berasaskan herba. Ketepikan hal pro dan kontra setiap bahan diatas. Saya juga bukan mahu mengagungkan mana-mana negara atau individu dalam tulisan ini. Saya cuma berharap ianya dapat membuka mata tentang di mana tahap kesedaran kita serta dimana kedudukan kita didalam isu tangisan bayi ini. Tidak “meriah”nya negara kita dengan pelbagai isu berkaitan tangisan bayi bukan bererti bayi-bayi kita selamat, sebaliknya ia memberi gambaran akan tahap tidak celik dan tidak sedar kita. Tiada kesedaran maka tidak akan bermulalah sebarang gerakan bukan? . Ayuh, bersama-sama berganding bahu kita mula sebarkan kesedaran dan ilmu tentang tangisan bayi sesama kita. Mencipta dunia esok yang lebih indah untuk bayi-bayi kesayangan kita harus bermula pada hari ini. Saya sudah bersedia, anda bagaimana? Teruskan dengan lebih isu dan info tangisan bayi dalam keluaran-keluaran akan datang. Sehingga itu, SALAM PERKENALAN!.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment