Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Ulat Bulu Menyerang

on Monday, January 27, 2014

Ipoh: Kehidupan 100 penduduk sekitar kampung Ulu Kuang, Chemor, di sini, terganggu apabila kampung mereka diserang ratusan ulat bulu sejak lima hari lalu hingga menyebabkan ada peniaga di kawasan terbabit yang terpaksa menutup gerai makanan mereka berikutan tidak tahan diganggu serangga berkenaan.

Ulat bulu sebesar jari kelingking yang menyebabkan rasa gatal apabila terkena pada anggota badan ditemui membiak dengan banyak di pokok dan kerap jatuh mengenai orang ramai. 


Penduduk Suhaini Hamidi, 36, berkata, serangan ulat bulu itu pada bermula di sebatang pokok di bawah gerai makannya sebelum merebak ke beberapa pokok lain. 

“Masalah ini sudah berlarutan hampir seminggu dan saya terpaksa menutup gerai makan saya dua hari lalu selepas tidak tahan dengan serangan serangga berkenaan.






“Pada awalnya saya menyangka kehadiran ulat bulu itu perkara biasa namun apabila jumlah ulat itu semakin bertambah, saya mula cemas,” katanya ketika ditemui di kedai makannya, di sini, semalam.


Menurut Suhaini, kehadiran ulat bulu itu menyebabkan perniagaannya terganggu dan kerugian apabila terpaksa menutup gerai makannya. 

“Ulat bulu ini bukan saja banyak berlegar di sekitar kedai makan, malah pernah beberapa kali terjatuh terus ke dalam air minuman pelanggan. Perkara seperti ini nyata memberi tekanan kepada saya sebagai peniaga makanan,” katanya. 

Katanya, serangan ulat bulu itu kali kedua di Kampung Ulu Kuang, namun serangan pertama beberapa tahun lalu tidak sebanyak sekarang. 

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment