Mengesahkan berita baik ini, Didie Alias berkata kepada Kosmo:-
"Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya. Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham".
"Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka"
Betul kata Didie Alias itu. Tak kiralah lelaki atau perempuan, yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat sejahtera. Jutaan tahniah diucapkan buat Didie dan suami atas berita gembira ini. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Sama-samalah kita doakan.
sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment