Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Petua Merawat Bayi Kembung / Kolik

on Sunday, January 19, 2014



Petua 1 :


  • Sapukan minyak telon di bahagian perut, belakang badan, tapak kaki. 
  • Urut perlahan dengan cara menolak ke arah bawah perut supaya angin dalam perut keluar. 
  • Boleh juga mengurut bahagian belakang betis bayi.
  • Boleh juga tuam pada bahagian perut, tapak kaki dan tapak tangan bayi setiap kali selepas mandi.
  • Pilih botol susu anti colic function. Antaranya botol MAM, Tomee Tippee dan lain-lain


Petua 2 :


  • Layurkan daun mengkudu @ daun sirih di atas perut bayi. 
  • Daun mengkudu @ sirih berfungsi mengeluarkan angin dalam perut bayi


Petua 3 :


  • Usap bahagian belakang bayi . 
  • Selimutkan dan dodoikan bayi dengan lemah lembut. 
  • Kurangkan bunyi bising 


Petua 4 :


  • Bawa bayi bersiar-siar di luar rumah. 
  • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. 
  • Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi ketika anda rasa tertekan atau penat. 


Petua 5 :


  • Jintan hitam digoreng tanpa minyak. (Jangan terlalu panas)
  • Letakkan jintan hitam yang digoreng agak-agak panas ke dalam kain, kemudian tuamkan pada perut bayi.
Jika masalah masih berterusan, dapatkan nasihat Doktor.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment