Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Gempar !! Mayat Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Dalam Keadaan Separuh Bogel Dan Berdarah

on Wednesday, January 22, 2014

DUNGUN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan lima tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang tadi.
kejamkanak2
Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.
Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.Pengawal keselamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan, menurut sumber Berita Harian.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment