Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

(TAHNIAH) Adnan Abu Hassan terima Gelaran 'Datuk'

on Monday, January 20, 2014

Jutaan tahniah diucapkan buat komposer terkenal, Adnan Abu Hassan yang telah menerima Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) dan menyandang gelaran “Datuk” sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-86.  Ini adalah satu anugerah besar buat beliau atas sumbangan dan jasa bakti di dalam memajukan industri muzik tanah air.


Adnan Abu Hassan telah menceburi bidang muzik Malaysia sejak 35 tahun lalu dan merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan paling dikenali sebagai salah seorang tenaga pengajar Akademi Fantasia. Ujar beliau menerusi Harian Metro hari ini:-

"Saya berasa bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan ini dan berterima kasih kepada Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong. Saya tahu bukan mudah untuk mendapat sesuatu pengiktirafan daripada baginda melainkan ia adalah berpatutan. Bagi saya, gelaran ini mungkin mampu menjadi titik tolak untuk meluaskan lagi bidang yang saya ceburi sekarang"

Tahniah diucapkan buat Adnan Abu Hassan atas gelaran “Datuk” ini. Sememangnya anda layak untuk menerima anugerah ini. Semoga selepas ini akan lebih dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan anda. Tahniah Datuk!!!

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment