Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Nelayan Tok Bali Dapat Jeti

on Thursday, January 16, 2014





PASIR PUTIH: Sebanyak 300 nelayan tradisional di Tok Bali di sini akan mempunyai kemudahan jeti sendiri apabila siapnya kemudahan berharga RM1.2 juta itu pertengahan tahun ini. 

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Adnan Wan Ibrahim, berkata jeti yang sedang dalam pembinaan itu terletak berhampiran Pelabuhan Perikanan LKIM. 


"Sebahagian besar daripada nelayan tradisional itu terdiri daripada peserta projek penempatan semula nelayan Tok Bali," katanya kepada pemberita ketika ditemui, hari ini. 

Beliau berkata, buat masa ini nelayan berkenaan terpaksa mendaratkan hasil tangkapan di merata tempat termasuk jeti kepunyaan individu kerana tiada jeti yang dikhaskan untuk mereka. 

Mengenai projek penempatan semula nelayan Tok Bali yang pesertanya dipilih dari empat daerah iaitu Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, Adnan berkata, 200 peserta mendiami rumah itu setakat ini manakala baki 100 peserta lagi dijangka berbuat demikian, pada April. 

Beliau berkata, kerajaan pusat menyediakan peruntukan RM30 juta untuk projek itu yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti bekalan air, elektrik, kedai dan masjid.


sumber

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment