Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Puteri Chichi Bakal Nikah 14 Februari Ini

on Tuesday, January 14, 2014




Pelakon yang memulakan karier lakonannya sejak dari kecil lagi, Puteri Fateen Nasuha atau lebih dikenali sebagai Puteri Chichi bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Februari ini.

Selepas dua tahun mengikat tali pertunangan, Chichi dan tunangnya, Nazir Azmar, 27, akan disatukan sebagai suami isteri pada tarikh istimewa itu.

“Akhirnya saya boleh menarik nafas lega kerana tarih untuk disatukan sudah ditetapkan. Walaupun sibuk dengan lakonan, semua persiapan rapi menjelang pernikah sudah disiapkan,” katannya memetik laporan Metro Ahad, hari ini.

Chichi, 23, tidak menafikan dia kini berasa gementar menantikan hari bahagianya itu dan berharap segala persiapannya akan berjalan lancar dan teratur pada hari tersebut.

Tahniah diucapkan buat Chichi dan tunang, semoga perkahwinan yang bakal dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment