Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Kandungan isteri Pierre Andre terpaksa digugurkan

on Tuesday, January 14, 2014



Kuala Lumpur 14 Jan. - Niat pengarah serta pelakon, Pierre Andre untuk bergelar bapa pada tahun ini tidak kesampaian apabila kandungan isterinya terpaksa digugurkan.

Beliau melahirkan rasa sedih, bagaimanapun Pierre bersyukur isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi.

"Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki," katanya di sini hari ini.

Pierre atau lebih dikenali dengan nama Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre bernikah dengan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim pada 21 Jun tahun lalu.

Pierre kini sedang sibuk dalam rangka promosi filem terbaharu arahannya, Muka Surat Cinta.

sumber

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment