Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Hanes Suraya mahu ambil kelas lakonan

on Friday, January 10, 2014

Justeru, dia hairan bagaimana boleh timbul gosip yang mendakwa dia meniru gaya dan imej pelakon popular, Nur Fazura sejak akhir-akhir ini.

“Terus terang, saya sendiri tidak tahu dari mana timbulnya gosip itu. Mungkin wajah saya dan Fazura seiras tapi gosip yang mendakwa saya meniru gaya dan imejnya itu tidak betul sama sekali.


“Saya juga suka imej santai tapi kalau nak pergi majlis pastilah saya bersiap dengan lebih rapi,” katanya yang dikenali menerusi drama Suri dan I Love You Mr Arrogant.






Pemilik nama sebenar Hanez Suraya Abd Aziz ini turut mengakui dia sendiri tiada ikon fesyen tertentu kerana hanya memakai apa yang selesa dengan diri mengikut majlis dihadiri.

Sehubungan itu, Hanez berharap peminat berhenti daripada terus melaga-lagakannya dengan Fazura berhubung gosip itu.
“Orang yang sebarkan gosip itu terutama peminat Fazura tidak kenal siapa diri saya.

“Saya percaya gosip ini terus diperkatakan orang kerana ia berpunca daripada peminat sendiri yang suka membandingkan dan memberi komen gambar saya yang dimuat naik di laman sosial Instagram.

“Saya juga merayu janganlah bandingkan saya dengan mana-mana selebriti lain lagi selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hanez juga menjadi pengacara pada Malam Gala Tanpa Sempadan eksklusif bersama Datuk Rossa yang akan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 14 Februari depan.

Dalam majlis yang turut menampilkan penyanyi hebat, Datuk Jamal Abdillah dan penyanyi popular Indonesia, Afghan itu, Hanez akan bergandingan dengan pengacara berpengalaman iaitu AG HotFM.

Sebagai orang baru, Hanez mengakui debaran tetap bersarang dalam dirinya untuk mengendalikan majlis yang membabitkan pihak korporat itu.

“Pada mulanya saya tidak berani menerima tawaran daripada penganjur untuk menjadi pengacara majlis malam gala ini. Namun selepas dipujuk akhirnya saya bersetuju.

“Saya berani untuk menerima tawaran ini kerana saya tidak bersendirian sebaliknya bergandingan dengan AG HotFM,” katanya.

Sebelum ini, Hanez pernah menjadi pengacara program sebanyak 13 episod Sukan Ekstrem berjudul ‘Cool’ sempena Hari Belia untuk RTM.

Beralih mengenai karier lakonan pula, pelakon meningkat naik ini juga bakal beraksi di pentas teater buat julung kalinya.

Hanez juga bakal bergandingan dengan pelakon Izzue Islam dalam pementasan teater komedi berjudul Projek Kahwin di Istana Budaya tahun ini.

“Sebenarnya saya pernah ditawarkan berlakon dalam pementasan Maduku Kalut tetapi terpaksa menolaknya kerana sudah terikat dengan komitmen lain.

“Kali ini saya sukar menolaknya apabila ditawarkan oleh produksi sama sekali lagi.

sumber

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment