Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Baju Merah Sendat Artis Jadi Cetus Kontroversi

on Monday, April 21, 2014






persalinan merah rebecca nur al-islam cetus kontroversi


KL, 21 APRIL 2014: Korang ingat lagi tak dengan isu ‘Jump-Suit’ Neelofa yang pernah mencetuskan kontroversi serta menjadi bahan kritikan sewaktu aktres yang juga pengacara jelita ini hadir dalam sebuah majlis anugerah tidak lama dulu?

Terbaru yang Murai Batu dapat tahu, persalinan serba merah Rebecca Nur Al-Islam pula menjadi mangsa tidak puas hati peminat.

Dalam satu kiriman emel, peminat itu memberitahu bahawa pakaian yang dikenakan Rebecca adalah sangat tidak sesuai kerana menampakkan susuk tubuhnya dengan jelas.

Lebih menyedihkan menurut peminat itu lagi, ramai yang mengecam Rebecca, gara-gara pakaiannya yang terlalu menjolok mata sehigga menggelarkannya sebagai ‘Teletubbies Masuk Islam’.

Memang berat tuduhan tersebut, tetapi bagi Murai Batu pula sebagai selebriti yang sering menjadi perhatian, Rebecca seharusnya lebih sensitif dengan penampilannya.

Bagaimanapun, pengirim emel tersebut tidak pula menyatakan lokasi atau majlis apa yang dihadiri Rebecca itu. Yang Murai Batu tahu, gambar Rebecca dalam persalinan serba merah itu diambil daripada akaun peribadi pelakon tersebut.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment