Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Saya Sayang Ibu Saya, Tak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Eina!

on Friday, April 18, 2014


KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2014: Suatu ketika lalu, pelakon Afiq Muiz, 22, pernah dilabelkan sebagai anak derhaka oleh ibu kandungnya sendiri kerana dikatakan sudah melupakan keluarga dan ibunya apabila tidak pulang ke rumah hingga beberapa bulan.

Namun kini, Afiq Muiz sudah kembali semula ke pangkuan ibunya pada awal tahun ini dan  dia berkata apa yang berlaku di antara dia dan ibu adalah pengajaran hidup buatnya serta akui amat menyayangi ibunya.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya dah minta ampun pada ummi (ibu) saya dan dia pun dah ampunkan saya. Dia pun bersyukur kerana saya dah tinggal bersamanya semula.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang telah berlaku kerana bagi saya apa yang berlaku telah memberi pengajaran buat kehidupan saya akan datang.

“Sekarang ini saya mahu bersihkan nama saya. Sekarang saya tengah kumpul duit nak bawa ibu saya pergi umrah. InsyaAllah rancang nak pergi bersamanya pada Januari tahun depan,” katanya kepada murai.com.my.

Pada masa sama, dia juga berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang mengaitkan dia dengan bekas teman wanitanya iaitu pelakon Eina Azman.

“Saya dengan Eina tiada apa-apa hubungan lagi. Kami pun sudah lama tak berjumpa kerana masing-masing sibuk. Dia pun sudah ada kekasih.

“Tolong jangan kaitkan lagi saya dengan dia. Dia dah tak ada dalam fikiran saya. Teman wanita saya sekarang adalah ummi saya,” jelasnya.

Tahun lalu, Afiq mencetuskan kontroversi apabila ibu kandungnya, Hasliza Mohd membuat pendedahan eksklusif meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu.

Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman hingga dia dilabel sebagai anak derhaka.

Dalam pada itu Afiq juga berkata, kontroversi lalu banyak mengajar dan menjadikan dia kini lebih matang.

"Saya ada pesanan untuk orang diluar sana terutama yang bergaduh atau berselisih faham dengan ibu mereka, balik minta maaf. Semua orang tak sempurna. Saya bersyukur kerana Allah berikan saya ujian ini. Banyak hikmahnya dan buat saya kini jadi lebih matang,” luahnya.

Mengenai perkembangan karier, mulai Jun ini Afiq memberitahu dia akan kembali bernaung di bawah pengurusan produksi Global Station.

Selain itu dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama Gerimis Salju Naminara yang menjalani penggambaran di Korea. Juga drama Dingin Sahara, yangmenjalani penggambaran di Bandung, Indonesia.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment