Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Zizan Razak Intai_Intai Tarikh Tunang

on Thursday, April 17, 2014





Setelah sekian lama menyimpan rahsia mengenai hubungan mereka, akhirnya baru-baru ini pasangan pelakon Zizan Razak dan Emma Maembong mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Jika sebelum ini mereka seringkali menyandarkan status hubungan mereka berdua hanya sekadar teman rapat, kini mereka selesa berbicara mengenai perasaan cinta yang sememangnya sudah tersemai di hati masing-masing.

Bertemu dengan penyanyi lagu ‘Infiniti Cinta’ usai persembahan Minggu Setiausaha Lebih Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu, GUA sempat bertanyakan Zizan mengenai perkembangan hubungan cinta mereka. Adakah dia mempunyai sebarang tarikh untuk bertunang atau pun berkahwin?

“Perancangan ke arah bertunang itu ada. Tapi saya tidak meletakkan sebarang tarikh lagi. Saya sedang mengenali Emma dan keluarga Emma, begitu juga sebaliknya. Bertunang atau pun berkahwin bukanlah perkara kecil, proses tersebut mengubah status seseorang dari solo kepada berumah tangga.

Saya memang sasarkan umur 30 untuk berkahwin. Kini usia saya telah pun memasuki angka tersebut. Tetapi hal tersebut masih belum pasti lagi kerana perihal kahwin ini bukan main-main. Usia 30 memang sasaran saya tetapi nak cakap bila untuk saya laksanakan perkara tersebut, saya sendiri masih belum pasti. Saya mahu fokus dengan kerjaya terlebih dahulu,” ujar pengacara rancangan ‘Melodi’ ini.



Sementara itu, Zizan juga sempat mengulas tentang tindakannya dan Emma menyembunyikan hubungan cinta mereka sebelum ini.

“Sebelum ini kami memang mahu mengaku, bukan tak mahu. Tapi kami rasakan hubungan ini biarlah kami jalankan secara perlahan-lahan. Niat kami bukanlah untuk berahsia. Kini setelah kami mengakui perkara tersebut, perkara jadi lebih senang. Peminat kami menerima perkara tersebut dengan hati yang terbuka dan menyokong kami. Diharap semua dapat mendoakan yang baik-baik terhadap hubungan ini,” tutur Zizan lagi.

Dalam perkembangan lain, Zizan akan giat mempromosikan filem lakonannya, ‘Abang Long Fadhil’ yang bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Mei ini. Selain itu, Zizan bakal memasuki set penggambaran filem terbaru berjudul ‘Polis Evo’ yang bakal diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. Dalam filem tersebut, Zizan bakal digandingkan bersama dengan Shaheizy Sam.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment