Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Hot Pelakon Lelaki Terkenal Di tahan Malam Tadi Positif Dadah

on Sunday, April 20, 2014




Seorang pelakon lelaki terkenal ditahan dalam Ops Cantas Khas, Daerah Dang Wangi, di dua premis hiburan di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam.



Selain pelakon filem box office itu, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai pelacur.

Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil ganja, manakala dua pengunjung lelaki terbabit dalam pengambilan syabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan bagi mengesan rekod kesalahan lampau.

“Mereka yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Dalam serbuan di kedua-dua premis ini, kita menahan wanita Vietnam dan Filipina yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hadapan serta di dalam kelab berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zainuddin berkata, pihaknya turut menahan tiga deejay warga tempatan kerana menggunakan cakera padat cetak rompak.

“Operasi seperti ini akan dijalankan setiap masa bagi memastikan kawasan utama pusat bandar raya Kuala Lumpur (Dang Wangi), bebas jenayah,” katanya.
sumber

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment