Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Anak Artis Terkenal Tampil Seksi

on Thursday, April 17, 2014

anak didakwa berpenampilan seksi sheila majid minta jangan cepat menghukum




KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2014: Penyanyi, Datuk Sheila Majid meminta supaya pihak yang mendakwa anaknya, Wan Nur Khaleda atau Kayda berpenampilan terlalu seksi itu tidak terlalu cepat menghukum.

Sebaliknya, Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid berkata beri peluang kepada anaknya untuk belajar dari kesilapannya.

"Dia (Kayda) bukan dah berusia 40-an tetapi dia baru berusia 22 tahun, malah dia sedang hendak membesar. Jadi jangan cepat menghukumnya.

"Bagi saya apa yang dia pakai kini sesuai dengan usianya dan dia juga sedang mencari fesyen yang sesuai dengan dirinya.



"Saya pula tidak boleh hendak setiap masa bersamanya dan mengawal gerak- gerinya kerana saya juga mahu dia buat silap dan belajar dari kesilapannya.

"Saya juga dulu pernah buat silap tetapi tiada siapa peduli kerana saya hanya anak kepada Abdul Majid tetapi sekarang Kayda pula harus berkorban sedikit untuk menjaga tingkah lakunya kerana dia anak kepada Sheila Majid.

"Tapi saya selalu nasihatkan dia, apa yang dia hendak lakukan dia harus berhati-hati dan berfikir dua kali kerana tiada istilah private life sebagai orang di dalam industri,"katanya kepada murai.com my



Pelatun lagu Lagenda itu ditemui di sidang media Strepsils Hits The Right Note di One World Hotel, petang tadi.

Selain Kayda, Sheila dikurniakan seorang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan pertamanya dengan pemuzik terkenal Roslan Aziz iaitu Megat, 19.

Manakala, perkahwinan keduanya bersama Hashridz Murshim Hassim atau Acis, Sheila mendapat dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim, 7, dan Khalefa Laila Murshim, 5.



Mengenai perkembangan lain, Dheila bakal menjadi juri untuj pertandingan nyanyian The Right Nite di seluruh negara bersempena sambutan Hari Suara Sedunia 2014.

Lima finalis terbain berpeluang untuk melakukan persembahan di pentas akhir dan juara akan memenangi hadiah utama bernilai RM10000.

Bagi menyertai pertandingan tersebut, peserta perlu merakam dan memuat naik penyertaan mereka ke www.strepsils.com.mu/therightnote bermula 15 April hingga 28 Mei 2014 .
sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment