Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Yus Jambu Nikah Hujung Tahun Ini!

on Thursday, April 17, 2014


Akhirnya teka-teki mengenai siapakah gerangan wanita yang telah menambat hari Yus Jambu terjawab. Menurut sumber, Yus sendiri telah mengesahkan yang dia bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada penghujung tahun. Bukan itu saja, keputusan tersebut diambil memandangkan kedua-dua mereka sedang sibuk dalam bidang masing-masing dan memerlukan masa yang secukupnya untuk membuat segala persiapan perkahwinan.

Ditanya mengenai serba sedikit latar belakang bakal isterinya, Pak Yus memberitahu selain model sambilan, beliau turut bekerja sebagai setiausaha ahli koporat di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Pelawak popular ini jelas senang dengan perwatakan bakal isterinya tetapi tidak mahu menceritakan lebih lanjut mengenai asal usulnya kerana menghormati permintaan pihak keluarga.

Tetapi, pelakon komedi berusia 38 tahun ini telah sudi berkongsi bibit-bibit perkenalan mereka. Menjadikan media sosial sebagai medium utama merapatkan hubungan mereka, Pak Yus telah jatuh hati pada saat pertama kali bertemu dan percaya dengan jodoh pertemuan yang telah ditentukan. Anggota kumpulan Jambu ini juga memberitahu yang bakal isterinya turut pandai memasak selain pakar didalam membuat sambal belacan yang turut menjadi makanan kegemarannya.

Bercakap mengenai hal perkahwinan pula, Yus amat gembira dengan segala perancanganya buat masa kini namun menyerahkan semuanya kepada takdir. Ini kerana pengalamannya sebelum ini mengajar dirinya untuk tidak terlalu teruja redha dengan segala ketentuannya.Jikalau diizinkan dia telah merancang untuk membuat majlis bertemakan ala kampung untuk resepsi di sebelah pihak lelaki kerana ianya lebih meriah selain mampu mengeratkan silaturahim sesama masyarakat.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment