Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Pasangan Bollywood Abhishek Bachchan-Aishwarya Rai Bakal Bercerai?

on Wednesday, May 21, 2014


UMBAI, 20 MEI 2014: Pasangan bintang Bollywood, Abhishek Bachchan dengan Aishwarya Rai pernah melukakan hati ramai para wanita dan lelaki apabila mereka berkahwin pada 2007. Malah, sejak berkahwin mereka telah digelarkana sebagai pasangan yang yang ternama di India.

Bagaimanapun sejak beberapa hari kebelakangan ini, ada desas-desus yang tersebar di laman sosial yang mengatakan bahawa ada kemungkinan pasangan ini akan bercerai.

Desas-desus tersebut timbul apabila hubungan Aishwarya Rai dengan ibu mertuanya iaitu Jaya Bachchan dikatakan tidak begitu baik dan semua ini bermula apabila mereka mempunyai beberapa pandangan yang berbeza sewaktu menghadiri sebuah parti di Mumbai awal tahun ini.

Tahun lalu, Aishwarya Rai dikatakan hampir-hampir keluar dari rumah keluarga Bachchan keran tidak tahan dengan sikap Jaya Bachchan yang suka masuk campur dalam hal-hal yang berkaitan dengan rumahtangganya.

Apapun Aishwarya rai telah menafikan perkara tersebut. Pasal isu mahu bercerai ini pula, Abhishek Bachchan telah memberikan responnya menerusi lama sosial media.

“Ok…. So I believe I’m getting divorced. Thanks for letting me know! Will you let me know when I’m getting re-married too? Thanks. #muppets (sic),” kata aktor tersebut dalam twitternya yang bertarikh 15 Mei.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment