Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Alhamdullilah Selamat Sudah Misha Omar Bergelar Ister

on Friday, May 2, 2014

Foto

Misha Omar telah pun selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly pada jam 9.30 pagi tadi dalam sebuah majlis akad nikah yang cukup indah di Hotel Renaissance, Kota Bahru.

Akad nikah telah disempurnakan oleh abang kepada Misha iaitu Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat. Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar telah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas termasuk menerima 6 dulang hantaran dari pihak Firos dan berbalas 5 dulang dari pengantin perempuan.

Menurut wakil kami, Dina Nadzir, sebelum akad bermula, jurunikah telah bertanyakan 4 soalan kepada Firos dan antaranya adalah, "Confirm bujang?", "Dah tak sabar ke atau masih boleh sabar untuk bernikah?" dan dijawab lucu oleh Firos, "Pasal depan orang, tak nak la bunyi macam gelojoh sangat, jadi jawapan saya, boleh sabar. Tapi sebenarnya tak boleh sabar...", diikuti gelak tawa para tetamu yang hadir.

Pasangan pengantin baru ini turut merakamkan rasa syukur serta gembira kerana akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri. Mereka juga berharap agar semua peminat Misha mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.

Terdahulu, para pengiring, pengapit dan pembawa dulang yang terdiri dari adik-beradik dan rakan-rakan rapat Misha telah mengenakan busana rekaan Syaiful Baharin. Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi malam ini di hotel yang sama.

sumber

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment