Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

BUAH HATI BERTATU,TASHA SHILLA TAK KISAH

on Monday, May 5, 2014





Tidak kisah kekasih bertatu!

Begitulah luahan pelakon Tasha Shilla terhadap kekasih barunya yang aktif dalam sukan muay thai. Katanya bukan tatu yang membuat dia tertawan, tetapi keikhlasan jejaka itu dalam cinta mereka.

Tasha berkata demikian bagi mengulas mengenai isu kekasih bertatu yang heboh diperkatakan oleh peminat dan pengkritiknya.

Dia yang tidak pernah mengulas tentang perkara tersebut pada media… akhirnya memberi komen menerusi Media Hiburan. Katanya, dia sebenarnya tidak pernah ambil pusing dengan keadaan fizikal kekasihnya itu lebih lebih lagi tentang isu bertatu.

“Saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut,” ujarnya yang sempat belajar muay thai bersama kekasihnya itu selama tiga hari di Thailand. Heh.




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment