Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Hubungan halal Diana Amir dan Mohd Habib jadi kritikan

on Friday, May 2, 2014




Apa dah jadi dengan pemikiran segelintir peminat ketika ini? Ada yang mempertikaikan hubungan halal Diana Amir dan Mohd Habib hanya kerana mereka sering berkepit apabila datang ke lokasi penggambaran atau menghadiri majlis-majlis tertentu.

Lebih tidak masuk akal, ada peminat turut mempertikaikan tindakan suaminya menemani Diana ketika menjalani penggambaran dokumentari terbitan Al-Hijrah di Indonesia baru-baru ini. Kalau difikirkan secara logik, bukankah suami dan isteri yang berkepit satu perkembangan baik dalam perhubungan mereka?

Diana yang dihubungi media berhubung isu tersebut meluahkan rasa terkilannya dikritik peminat meskipun Mohd Habib adalah suaminya yang sah. Kata aktres berusia 28 tahun itu, lebih baik berkepit dengan suami kerana dapat mengelakkan fitnah.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment