Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Aksi Budak Bawah Umur Yang Tidak Senonoh Ditempat Awam

on Monday, May 5, 2014



ADAKAH mereka hilang pertimbangan dan kewarasan, tak padan dengan umur selamba tanpa rasa segan silu melakukan aksi tak senonoh di tempat awam.

Tidak dipastikan di mana lokasi ini, tetapi berdasarkan maklumat yang dihantar melalui emel kepada New Malaysian Post, aksi kanak-kanak bawah umur ini dirakamkan di suatu kawasan di Jakarta, Indonesia.
Namun, ini membuktikan betapa zaman moden membawa sekali cabaran hebat kepada ibu bapa apatah lagi mereka yang saban hari keluar pagi, balik malam untuk mencari rezeki. Sepanjang ketiadaan mereka, siapa yang menjaga anak? Bersama pembantu rumah? Menghantar mereka ke pusat jagaan?


Sibuk mana pun kita mencari rezeki perhati dan kawal lah anak anda. Ketahuilah dengan siapa dia berkawan. Ambil pusing ke mana dia sering pergi. Risik-risiklah kegiatan hariannya, apa yang dia suka buat.  Benar, kelakuan itu akan mengundang rasa rimas anak, tetapi mereka sewajarnya dibiasakan dengan cara begitu, tanpa mereka rasa terkongkong.

Kita wajar bertanya, apa perasaan kita jika manusia dalam gambar ini adalah anak kita sendiri?

Sementelah bertanya mengenai peranan ibu bapa, masyarakat sekeliling juga memikul tanggungjawab, mana pergi moral masyarakat dengan membiarkan mereka melakukan aksi begini tanpa teguran dan nasihat? .


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment