Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS

on Thursday, May 22, 2014


Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS

Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS | Hanez Suraya dan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais, bertindak menyaman Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerana melakukan ‘pencerobohan peribadi’ apabila maklumat penerbangan mereka telah dimuat naik di akaun Facebook.

Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS
Mereka mendakwa beberapa jam selepas mendarat di Bangkok pada 20 April lalu, mereka dimaklumkan oleh rakan-rakan yang sebahagian daripada  salinan pas masuk mereka telah muncul di akaun Facebook yang dikenali sebagai "Kami sokong Liyana Manan". ( Liyana merupakan isteri sah kepada Romie dan mereka sedang dalam proses perceraian).

Menurut Suraya, mereka menaiki penerbangan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangkok pada tengah hari  dan  mereka telah memberikan pas penerbangan kepada kakitangan MAS di pintu masuk berlepas .

Bagaimanapun selepas itu mereka menemui akaun Facebook yang mempunyai lebih 1,000 komen negatif mengejek mereka.

Mereka  turut mendapati gambar-gambar pas masuk berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial, blog dan akhbar-akhbar tempatan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Hanez Suraya berkata saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis melalui peguamnya Wan Nurliyana Abdul Rahman. Bercakap kepada pemberita, Hanez berkata privasi beliau telah diceroboh.e

"Ini adalah soal pencerobohan  maklumat sulit dan keselamatan saya sebagai penumpang MAS.

"Ia telah menyebabkan kekecohan di Internet sehingga ia menjadi perbincangan umum," katanya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Hanez selaku plaintif  berkata, MAS telah terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Mereka berkata bahawa MAS memberi jaminan kepada penumpang bahawa semua data dan maklumat peribadi termasuk penerbangan adalah selamat.

Mereka berkata tindakan MAS atau pekerja mereka dalam mendedahkan  pas masuk adalah tidak beretika dan melanggar akta berkenaan.

Mereka menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk serta beberapa faedah dan kos dari MAS yang dinamakan sebagai defendan tunggal dalam tuntutan berkenaan.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment