Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Anak Malaysia di sebalik kejayaan Jepun julang Piala Thomas

on Tuesday, May 27, 2014


KUALA LUMPUR: Di sebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia.

Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam arena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam.

Anak kelahiran Kelantan ini adalah jurulatih kepada pemain persorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.

Bekas guru ini sekarang berkhidmat sebagai jurulatih junior pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka.

Kejayaan Jepun buat kali pertama semalam sekaligus menaikkan nama Izuan yang lebih mesra dengan panggilan Abe Awe di kalangan rakan-rakan beliau di Kelantan.

Laman Facebook beliau turut dihujani ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang mengenali anak Melayu ini.

Dalam perlawanan semalam, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik. 

Kicap Abc Ada Cicak Dan Guna Botol Arak


1. Kicap ABC milik usahahawan cina kini telah ditemui cicak oleh pelanggan Melayu yang membelinya. Kicap ABC sebelum ini mempunyai kontroversi yang hebat kerana kes menggunakan botol arak untuk di pasarkan kepada penduduk daerah Melayu. Untuk senarai kicap milik Melayu boleh scroll di akhir artikel ini.

2. Seimbas kes yang lalu sebelum kita pergi kepada kes cicak.Kegiatan seorang pengusaha cina kicap jenama ABC menggunakan botol arak terbongkar selepas kilangnya yang di Taman Taynton, Cheras diserbu pihak berkuasa. Dalam serbuan pukul 1.15 petang itu, sepasukan pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas kira-kira 2,000 botol kicap ABC milik pengusaha cina.

3. Turut dirampas 20,000 botol arak kosong yang akan digunakan semula, bahan-bahan seperti tepung, kacang soya, gula dan karamel selain 10 buah tong gas dan label untuk menghasilkan kicap ABC berkenaan. Lebih mengejutkan kesemua botol yang diguna di kilang itu merupakan botol arak.

4. Pengarah PPDNKK cawangan itu, Abu Samah Shabudin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menemukan sebuah stor simpanan botol kicap yang siap dipasarkan bertulis "hantar daerah Melayu" dan sebuah stor penyimpanan mesin memproses kicap yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM150,000.

5. Difahamkan, botol arak itu diimport khas dari Thailand tanpa dibasuh dan di letakkan di belakang premis yang kotor, malah sesetengah proses menuang kicap ke dalam botol dilakukan secara manual oleh pekerja cina tanpa menitik-beratkan soal kebersihan.

6. Kilang kicap ABC juga bukan sahaja memaparkan logo halal yang tidak diiktiraf, malah bertindak ‘biadab’ terhadap penguatkuasa dengan mengatakan: "Kami kaum cina harus dibiarkan berniaga jual kicap ABC guna botol arak. Ini kerana kami sudah bayar cukai, ini adalah hak kami. Orang Melayu perlu mengambil kira perasaan orang cina apabila kami bayar cukai. Jika kami orang cina jual kicap guna botol arak tak boleh, itulah punca rasis. Botol arak itu bukan air arak, you orang penguatkuasa ni tak faham ka? Seharusnya kita boleh kawtim sahaja, kerana guna botol arak atau tidak, rakyat perlu berniaga" -kata manager kilang kicap ABC sewaktu penahanan dibuat.

Senarai kicap Melayu Bumiputera:
1. Faiza
2. Jalen
3. Mudim 
4. Tamin 
5. Agromas
6. Aliff
7. Kipas Udang

Jom bantu sebarkan, ramai orang Melayu tak tahu akan perkara ini. Setiap share anda dapat menyelematkan orang Melayu dari kicap ABC milik cina yang berbahaya ini.

Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS

on Thursday, May 22, 2014


Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS

Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS | Hanez Suraya dan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais, bertindak menyaman Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerana melakukan ‘pencerobohan peribadi’ apabila maklumat penerbangan mereka telah dimuat naik di akaun Facebook.

Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS
Mereka mendakwa beberapa jam selepas mendarat di Bangkok pada 20 April lalu, mereka dimaklumkan oleh rakan-rakan yang sebahagian daripada  salinan pas masuk mereka telah muncul di akaun Facebook yang dikenali sebagai "Kami sokong Liyana Manan". ( Liyana merupakan isteri sah kepada Romie dan mereka sedang dalam proses perceraian).

Menurut Suraya, mereka menaiki penerbangan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangkok pada tengah hari  dan  mereka telah memberikan pas penerbangan kepada kakitangan MAS di pintu masuk berlepas .

Bagaimanapun selepas itu mereka menemui akaun Facebook yang mempunyai lebih 1,000 komen negatif mengejek mereka.

Mereka  turut mendapati gambar-gambar pas masuk berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial, blog dan akhbar-akhbar tempatan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Hanez Suraya berkata saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis melalui peguamnya Wan Nurliyana Abdul Rahman. Bercakap kepada pemberita, Hanez berkata privasi beliau telah diceroboh.e

"Ini adalah soal pencerobohan  maklumat sulit dan keselamatan saya sebagai penumpang MAS.

"Ia telah menyebabkan kekecohan di Internet sehingga ia menjadi perbincangan umum," katanya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Hanez selaku plaintif  berkata, MAS telah terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Mereka berkata bahawa MAS memberi jaminan kepada penumpang bahawa semua data dan maklumat peribadi termasuk penerbangan adalah selamat.

Mereka berkata tindakan MAS atau pekerja mereka dalam mendedahkan  pas masuk adalah tidak beretika dan melanggar akta berkenaan.

Mereka menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk serta beberapa faedah dan kos dari MAS yang dinamakan sebagai defendan tunggal dalam tuntutan berkenaan.

sumber

Pasangan Bollywood Abhishek Bachchan-Aishwarya Rai Bakal Bercerai?

on Wednesday, May 21, 2014


UMBAI, 20 MEI 2014: Pasangan bintang Bollywood, Abhishek Bachchan dengan Aishwarya Rai pernah melukakan hati ramai para wanita dan lelaki apabila mereka berkahwin pada 2007. Malah, sejak berkahwin mereka telah digelarkana sebagai pasangan yang yang ternama di India.

Bagaimanapun sejak beberapa hari kebelakangan ini, ada desas-desus yang tersebar di laman sosial yang mengatakan bahawa ada kemungkinan pasangan ini akan bercerai.

Desas-desus tersebut timbul apabila hubungan Aishwarya Rai dengan ibu mertuanya iaitu Jaya Bachchan dikatakan tidak begitu baik dan semua ini bermula apabila mereka mempunyai beberapa pandangan yang berbeza sewaktu menghadiri sebuah parti di Mumbai awal tahun ini.

Tahun lalu, Aishwarya Rai dikatakan hampir-hampir keluar dari rumah keluarga Bachchan keran tidak tahan dengan sikap Jaya Bachchan yang suka masuk campur dalam hal-hal yang berkaitan dengan rumahtangganya.

Apapun Aishwarya rai telah menafikan perkara tersebut. Pasal isu mahu bercerai ini pula, Abhishek Bachchan telah memberikan responnya menerusi lama sosial media.

“Ok…. So I believe I’m getting divorced. Thanks for letting me know! Will you let me know when I’m getting re-married too? Thanks. #muppets (sic),” kata aktor tersebut dalam twitternya yang bertarikh 15 Mei.

sumber

Lelaki miliki zakar terpanjang didunia,tak punya kekasih



JIKA nak dibandingkan dengan ukuran zakar kebanyakan lelaki biasa iaitu antara 12-20cm, maka wajarlah jika lelaki yang mempunyai nama penuhJonah Cardeli Falcon ini diiktiraf sebagai lelaki dengan zakar terpanjang di dunia.

Jonah Cardeli Falcon yang lahir pada tarikh 29 Julai 1970 ini juga merupakan seorang pelakon Hollywood dan beberapa kali pernah mengacarakan acara talk show di kaca TV. Beliau juga pernah membintangi beberapa siri lakonan komedi. Tetapi malangnya, gelaran yang dipegang sebagai lelaki dengan zakar terpanjang didunia ini tidak membuat dia berasa megah dan mudah mendapatkan wanita untuk dijadikan teman hidup.

Dia memberitahu sudah 12 tahun tidak mempunyai teman wanita. Antara penyebab terbesar adalah kerana ukuran zakarnya yang terlalu besar dan panjang hingga membuat wanita menjadi takut untuk menjalinkan hubungan dengannya.

‘Mempunyai saiz zakar terbesar di dunia bukanlah perkara yang harus dibanggakan, malah disebabkan inilah saya berada dalam kesepian dan selalu bersendirian. Kerana ramai wanita tidak mahu dengan lelaki yang mempunyai zakar yang terlalu besar dan panjang dari ukuran biasa.’ ujar Jonah Cardeli Falcon yang kini hidup bersama ibunya dan sudah 12 tahun tidak mempunyai teman wanita.

‘Setiap kali bertemu dengan perempuan, mereka tidak melihat mata saya ketika berbual, sebaliknya apa yang mereka lihat adalah ke arah seluar dalam saya’ tambah Jonah seperti dipetik MayPesbuk dari News Softpedia.

‘Saya tidak tahu samada mereka berasa kagum ataupun takut apabila terlihat sebuah tonjolan yang amat besar ketika saya memakai seluar dalam’ tambah Jonah.

Memang tidak menghairankan, dengan saiz zakar sebesar itu sangat susah jika ingin memakai seluar dalam. ‘Perkara ini adalah masalah yang serius yang saya alami sejak saya masih keci lagil. Buat masa sekarang, saya hanya mahu mencari seorang wanita yang mahu menerima saya dengan seadanya, bukan mereka yang menganggap saya  seorang yang sex -maniac dengan saiz zakar sebesar ini’.

Walaupun beberapa wanita memberi pendapat, lelaki yang mempunyai saiz zakar yang besar dan panjang boleh memberi kepuasan seks ketika mereka di ranjang, namun keadaan itu tidak langsung terjadi kepada Jonah.

sumber

Kisah Penjara Paling Ngeri Di Dunia - Lebih 40 Juta Banduan Maut

Kisah Penjara Paling Ngeri Di Dunia - Lebih 40 Juta Banduan Maut | Amerika Syarikat penjara Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah menelan korban ramai banduan dalam rusuhan besar-besaran. Namun Rusia (dulu USSR) mempunyai penjara yang paling menakutkan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulag).


Penjara ini di bina semasa pemrintahan rejim Joseph Stalin yang merupakan diktator Soviet Union yang mendapat julukan "Steel Man" (lelaki besi) berkuasa. Beliau memerintah dari tahun 1922-1953. Selama beliau berkuasa ia dianggarkan telah memerintahkan pembunuhan sekitar 30 juta jiwa warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Soviet). Penjara yang menakutkan adalah kerana 40 juta orang tewas di Penjara Gulag. Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjara Gulag tidak ubah seperti neraka pembawa kematian.

Jumlah orang yang mati di sini 7 kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana. Kekejaman penjara Gulag semakin kuat kerana lokasinya yang berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia yang suhunya selalu sejuk. Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan dipaksa bekerja berat. Kemudian mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri. Penjara ini ditutup pada tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. 







Namun ketika ini kita masih boleh melihat bekas-bekas runtuhan bangunan. Rel-rel Kereta Api yang digunakan untuk membawa tahanan masuk. Inilah salah satu saksi bisu kematian tahanan, ramai daripada mereka yang melompat dari Kereta Api yang hendak dibawa ke dalam penjara. Jika masuk lebih dalam, kita boleh melihat bagaimana kem kayu yang dihuni para tahanan. Namun, bekas tempat makan dari aluminum yang digunakan sebagai bekas catuan para banduan masih ada di sana.

sumber

Izreen Azminda kena cerai di lokasi penggambaran





INI berita yang agak mengejutkan kami terima pagi ini dari laporan sebuah akhbar tempatan. Pelakon, Izreen Azminda diceraikan suaminya, Muhammad Riza ketika lokasi penggambaran di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu.

Perceraian itu berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaharu membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain.

Berita Harian hari ini melaporkan yang pada awalnya, Muhammad Riza memandu dari ibu kota untuk bertemu dengan isterinya di situ dan sesampai di sana berlaku pengtengkaran kecil di antara mereka yang disaksikan oleh kru dan pelakon lain.

Izreen Azminda yang dihubungi juga mengesahkan yang perkahwinan mereka sudah berakhir dan pasrah dengan apa yang telah tertulis untuk dirinya.

“Ya, kami sudah tiada apa apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini,” ujar Izreen Azminda apabila diminta mengulas tentang berita ini.

sumber

Liyana Jasmay Selamat Bersalin Anak Perempuan

on Tuesday, May 13, 2014


Tahniah diucapkan kepada  pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay yang telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan, malam tadi.

Liyana, 26, melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram pada jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar Liyana dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin," ujar ibu Liyana, Habsah Simpon yang dipetik daripada sebuah portal hiburan.

Untuk rekod, Liyana dan suami, Fathuddin Mazlan, 30, telah disatukan pada 2 Februari tahun lalu dalam satu majlis di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

sumber

Restoran Insaf Cekik Darah Pelanggan Tersebar



Sekeping gambar resit yang dikeluarkan oleh Restoran Insaf tersebar di media sosial berikutan dengan caj harga makanannya yang tidak masuk akal.

Menurut pemilik resit berkenaan, dia telah dikenakan caj sebanyak RM10.00 untuk sekeping murtabak kecil dan RM10.00 untuk sepotong ayam goreng.


\
Kalau beginilah harganya, sememangnya sesiapa yang memasuki restoran tersebut memang akan insaf buat selama-lamanya.

Apa yang menarik di sini, susulan dari pendedahan resit berkenaan, ramai yang tampil mendedahkan ketidakrelevanan restoran berkenaan dalam soal mengenakan harga makanan yang dianggap tidak munasabah.

Menurut mereka, Restoran Insaf ini sememangnya mengenakan harga yang mahal kepada pengunjungnya. Dan rata-rata orang Kuala Lumpur tahu akan sikap restoran tersebut yang suka mencekik darah pelanggannya.

Dedah mereka lagi, jika pelanggan mengambil seekor udang bersaiz sebesar ibu jari, harga yang akan dikenakan ialah RM12. Tetapi itu harga 5 tahun yang lepas. 

Dari pemerhatian di media sosial, ini bukanlah pertama kali pengunjung menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Restoran Insaf. Lihat gambar di bawah yang bakal menginsafkan anda:



Justeru, ramai yang memohon pihak KPDNKK tampil mengambil tindakan terhadap restoran berkenaan, bukannya hanya berani mengambil tindakan terhadap pengusaha kedai makanan bumiputera.


Si kembar lahir berpegang tangan

on Monday, May 12, 2014

Si kembar lahir berpegang tangan


OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.

Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.

"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya.  

Bayi kembar tersebut  berkongsi kantung amnion dan plasenta.  Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.

Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.

Siang bertudung, berbaju kurung, malam singlet nipis pengakuan berani



 


SIANG bertudung dan berbaju kurung, namun penampilan sopan dan mengikut syariah itu berubah 100 peratus pada waktu malam apabila mereka hanya menyarung skirt pendek serta bersinglet nipis.
Demikian gelagat segelintir gadis berstatus penuntut pusat pengajian yang bukan berasal dari daerah ini untuk mencari wang tambahan dengan bekerja sambilan sebagai teman penghibur.

Walaupun tidak berada di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru, tetapi mereka bijak mencari peluang demi memperoleh wang saku bagi menampung kos perbelanjaan harian sebagai pelajar.

Difahamkan, mereka bergerak aktif bermula jam 10 malam dan bertemu dengan lelaki yang sudah terlebih dahulu membuat temu janji di lokasi ditetapkan iaitu hanya di sekitar daerah ini.

Pelajar itu didapati menetapkan bayaran tertentu iaitu sekitar RM50 hingga RM150 dan boleh dibawa ke pusat hiburan dan pusat karaoke sebagai teman penghibur.

Namun, mereka menolak untuk dibawa ke ranjang walaupun ditawarkan bayaran lumayan.

Wartawan Harian Metro berjaya menjejaki mereka melalui kenalan di beberapa pusat karaoke dan hiburan di daerah itu.

Pada mulanya mereka enggan bekerjasama apalagi mendedahkan identiti kerana bimbang aktiviti terbongkar kepada pengetahuan keluarga.

Selepas dipujuk akhirnya beberapa wanita itu akur dan mendedahkan diri mereka adalah penuntut pusat pengajian.

Penuntut terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 20, berkata, keluarga memberinya duit saku RM200 sebulan saja dan jumlah itu ditambah dengan wang pinjaman.

“Jumlah itu memang tidak mencukupi bagi menampung kos belajar dan belanja harian menyebabkan saya terpaksa memikir jalan lain bagi mendapatkan wang. “Saya mula aktif keluar pada waktu malam sejak setahun lalu dan memperoleh kira-kira RM1,000 sebulan,” katanya.

Ika berkata, dia hanya mengambil upah menemani lelaki di pusat hiburan atau karaoke dan enggan sama sekali dibawa ke ranjang.

“Jika mereka suruh saya menyanyi atau menari saya akan lakukan, tetapi hanya setakat itu. Selepas dibayar dan selesai menemani mereka saya dan beberapa lagi rakan akan pulang ke rumah sewa kerana perlu berehat untuk pergi kuliah keesokan hari,” katanya.

Seorang lagi penuntut yang juga kenalan Ika dikenali sebagai Yana, 19, berkata dia mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu selepas diperkenalkan rakan-rakannya.

“Saya berani untuk turut serta dan melakukannya kerana ia tidak sampai hingga menggadai maruah saya. Kebiasaannya kami akan berkenalan dengan lelaki itu melalui laman sosial atau diperkenalkan daripada kenalan lain. Ada juga pelanggan kami daripada golongan berjawatan yang datang ke daerah ini atas urusan kerja,” katanya.

Menurut Yana, dia akan memberi amaran terlebih dulu kepada lelaki terbabit supaya tidak melakukan perkara di luar batasan.

“Tetapi, ada juga lelaki yang memeluk dan mencium saya ketika sedang berhibur, namun setakat itu saja. Saya lakukan ini semua hanya kerana wang dan setakat ini ia tidak mengganggu pelajaran,” katanya.

Marshanda Tekad Tuntut Berpisah




Marshanda Tekad Tuntut Bercerai | Hampir tiga bulan gagal mencari jalan sepakat mengatasi masalah rumah tangga dengan Ben Kasyafani, akhirnya Marshanda mengambil keputusan untuk bercerai.

Marshanda Tekad Tuntut Bercerai

Menganggap tempoh waktu itu sudah cukup untuk berfikir semasak-masaknya mengenai masa depan tegas wanita berusia 25 tahun ini, keputusan itu paling terbaik untuk mereka.

"Saya sudah sedia bergelar janda, jadi ibu tunggal dan menerima apa juga kata-kata negatif dilemparkan masyarakat.

"Saya juga tidak beremosi dalam perkara ini," katanya sambil mengakui sudah menghantar borang permohonan untuk perceraian di Jabatan Pengadilan Agama, Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Enggan mengakui perbezaan agama menjadi antara faktor perceraian kata Marshanda yang sudah berlakon sejak berusia lapan tahun lagi itu, lebih baik dia menyimpan kemas punca perceraiannya.

Begitu juga pendirian Marshanda apabila suaminya itu dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, Marshanda bertegas untuk tidak memberi sebarang komen.

"Biarlah kami saja yang tahu punca sebenar," katanya yang berharap agar soal peribadinya dengan Ben diselesaikan secara baik.



Pendirian yang sama diambil oleh lelaki berusia 31 tahun ini. Bekas VJ MTV Indonesia ini menolak untuk memberi kenyatan kerana bimbang bakal mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya kesal apabila Marshanda enggan memberi peluang kedua kepada saya. Sebagai lelaki, saya masih ada ego. Permintaan isteri saya itu telah mencabar egos saya," katanya lagi.

Marshanda dan Ben menjalin hubungan cinta selama tiga tahun sebelum berkahwin pada 2 April 2011. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Sienna Ameerah Kasyafan pada 2013.

Miley Cyrus ligat beraksi dengan belon berbentuk pelik







Baharu sahaja dibenarkan keluar daripada hospital akibat komplikasi alahan, namun nampaknya Miley Cyrus masih belum serik-serik lagi mencipta kontroversi murahan.

Bintang pop kelahiran Texas itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila beliau dilihat membuat persembahan bersama prop pentas berbentuk alat kemaluan lelaki di kelab eksklusif bagi kaum homoseksual G-A-Y, London, Jumaat lalu.



Miley berada di London selama seminggu bagi mempromosikan album terbarunya, Bangerz.

Memetik laporan Daily Mail UK, Miley kelihatan selamba beraksi lincah dan adakalanya sengaja melakukan ‘pencabulan’ terhadap objek kurang senonoh itu dihadapan penonton-penontonnya.

Penyanyi yang popular dengan watak Hannah Montana itu sememangnya tidak lagi mahu dikaitkan dengan sitkom terbitan Disney yang telah melonjakkan namanya dahulu.

Jadi tidak hairanlah Miley gemar mencabar hukum norma dengan menggabungkan elemen hiperseksual ke dalam lirik lagu dan persona pentasnya bagi menghakis imej “gadis baik” yang sinonim dengan dirinya sebelum ini. 

Doktor Digantung Kerja ,membedah pesakit tanpa bius

Wanita Mengandung 1


Singapura – Seorang pakar sakit puan yang memulakan pembedahan caesarean terhadap seorang wanita hamil tanpa memastikan ubat bius berkesan terlebih dulu digantung kerja selama lima bulan, lapor AsiaOne pada Isnin.
Pada Jumaat lalu, mahkamah tiga hakim di republik itu turut mengenakan denda SGD$10,000 (RM25,872) ke atasnya kerana didapati bersalah melakukan kesilapan terbabit pada 2010.
Dr Lee Kim Kwong yang berusia 60-an dan bertugas di Klinik Pembedahan Wanita Lee didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin Majlis Perubatan Singapura (SMC).
Dalam kejadian pada 17 Ogos 2010 di Hospital Mount Alvernia, mangsa menjerit kesakitan ketika sesi pembedahan yang bermula pada jam 8 pagi itu.
Dalam rayuannya, Lee mendakwa dia ada menjalankan ujian bagi memastikan sama ada suntikan epidura yang diberikan sudah berkesan atau tidak sebelum pesakit itu menjerit kesakitan ketika perutnya dibelah.

Pengarah wanita popular minta pelakon baru lelaki tunjuk alat sulit?

on Sunday, May 11, 2014



NAMPAK macam mudah kerana bukan kena bayar pun tetapi apabila diteliti balik permintaan itu memang tak masuk akal. Dalam banyak syarat yang dikenakan oleh pengarah ini kepada bakat baru yang menghadiri uji bakat dengannya, dia membuat satu permintaan.


Bukan kereta, televisyen atau peti sejuk tetapi dia minta untuk melihat alat sulit bakat baru itu. Paling me­ngejutkan dia tak minta daripada wanita sebaliknya daripada lelaki, jadi cubalah teka apakah jantina pengarah itu?

Apabila mereka tanya kenapa dia hendak tengok, pengarah itu hanya buat muka selamba.

Pengarah ini sudah kemaruk sangat agaknya. Pengarah ini bukan calang-calang orang kerana kalau penulis sebut namanya, seantero Malaya tahu siapa dia.

Namun, biasalah kalau ada yang bertanya kepada pengarah ini mesti dia menafikannya dan jika ada dalam kalangan bakat baru yang pecah tembelang de­ngan syarat yang dikenakannya, penulis yakin sangat pengarah itu akan tuduh bakat baru itu yang berangan nak jadi pelakon terkenal dan apabila tidak diambil berlakon mereka buat cerita untuk menjatuhkannya.

Industri hiburan penuh dengan penafian walaupun perbuatan mereka sudah terang di depan mata tetapi mereka tetap menafikan dengan pelbagai alasan. Ada yang bermati-matian menafikan walaupun sudah mabuk sampai jatuh tunggang langgang depan orang ramai.

Apabila terus diasak, mereka akan kata itu pelanduk dua serupa berwajah mirip mereka. Berapa puluh orang agaknya yang sama dengan muka mereka kerana di setiap lokasi ada saja pelanduk dua serupa?

Berbalik kepada kisah pengarah ini tadi, SS harap tiada yang tunjuk alat sulit kepadanya semata-mata nak jadi pelakon. Sekali anda ‘tunjuk’ bermakna selamanya maruah anda tercalar dan menjadi ‘barang permainan’ pengarah psiko.

Banyak lagi jalan untuk jadi pelakon, jangan ambil jalan mudah kerana kesenangan yang datang itu tidak berkekalan dan kalau anda seorang Islam, hilang segala keberkatan daripada Tuhan.

sumber

Ayam Dijadikan Pemuas Nafsu Remaja

Remaja Perkosa 300 Ekor Ayam Sehingga Mati | Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.



Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.

Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.

“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.

sumber

AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.

Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka.

Masih Tunangan Orang .Indah



Rasanya ini adalah kali pertama bintang AF 2013 iaitu Indah dilanda gosip. Bergelar artis, perkara ini sememangnya sudah dijangka namun dia turut terkejut dengan dakwaan yang tidak berasas tersebut. Gosip penyanyi berusia 23 tahun ini dikatakan sudah putus tunang semakin meluas di media, malah ada yang turut mendakwa Indah semakin lupa diri sejak keluar dari AF.

Perkara tersebut dinafikan oleh Indah. Dia yang tidak tahu tahu dari mana sumber tersebut turut kesal dengan perkara itu apatah lagi dia dan tunangnya kini sedang berbahagia seperti biasa. Bukan itu saja, Indah atau Siti Ruhailah Hussin turut menafikan yang dia sudah lupa diri. Walaupun mendapat banyak jemputan nyanyian berbanding dengan rakan seperjuangan, Indah tidak menganggap perkara tersebut sebagai punca dia semakin riak tetapi percaya kepada rezeki masing-masing yang telah ditentukan.

Penyanyi yang popular dengan “Percayalah” ini turut berharap semua pihak menghormati pihak keluarganya dan bimbang dengan gosip tersebut mengakibatkan hubungan dengan keluarga tunang bakal terjejas. Ditanya adakah dia bersedia untuk mendedahkan identiti tunangnya itu, Indah enggan berkongsi cerita tersebut sambil memberitahu insan yang bertakhta di hatinya adalah dari orang biasa-biasa.

Indah turut bersyukur kerana lagunya telah mendapat tempat di hati para pendengar. Bukan itu saja, dia berterima kasih kepada semua peminat yang tidak jemu menyokong karier seninya serta gembira kerana lagunya telah memasuki carta di radio tempatan.

sumber

Lintah Berjaya Cantum Telinga Remaja Yang Putus

on Saturday, May 10, 2014

telinga

WASHINGTON – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan telinganya yang putus selepas diserang seekor anjing, dengan bantuan lintah.

Pakar bedah berjaya menyambung semula telinga yang putus itu menggunakan lintah, yang bertindak menghisap darah ketika proses penyambungan dilakukan.

Dia dirawat oleh Dr Stephen Sullivan, yang menggunakan kaedah berkenaan selepas beliau gagal mencari arteri halus di telinga yang bertindak untuk memberikan oksigen kepada darah, sekali gus memastikan telinga itu `hidup’.

Selepas dua minggu , lintah itu telah digunakan dan ia melekat di telinganya .

Remaja itu kini telah pulih sepenuhnya dan kejadian itu hanya meninggalkan parut yang kecil di telinganya.

Pendengarannya juga tidak terjejas dan dia perlu menjalani rawatan selama dua minggu di hospital itu.

“Penggunaan lintah itu adalah sementara, ketika badan bertindak balas dengan arteri baru.

“Alam semula jadi memang berkesan sejak lama dulu dan tiada kaedah lain yang dicipta oleh saintis, jurutera atau doktor yang boleh mengatasi kejadian semula jadi ini,’’ kata Dr. Sullivan yang mengakui ada pesakit yang terkejut dengan rawatan menggunakan lintah ini.

Artis Keluarkan Tulang Rusuk Jadikan Rantai






CHINA – Seni atau kebodohan?  Itu persoalan yang muncul apabila seorang artis, He Yunchang sanggup menahan kesakitan dalam prosedur  membuang satu tulang rusuknya, yang kemudian tulang itu dijadikan sebagai rantai leher.

Dengan dipantau oleh doktor, dia menggunakan pisau dan menghiris badannya sendiri dari leher hingga ke paha dan merakamkan dalam kamera.

 Yunchang tidak menggunakan ubat bius dan menjalani prosedur tersebut dalam keadaan sedar, dengan menahan kesakitan.

 Dia melakukan perbuatan berkenaan bertujuan untuk memfokus kepada ketegangan antara individu dan China.

Dilahirkan pada 1967, dia kini merupakan salah seorang daripada artis utama di China, dan terkenal kerana sanggup melakukan prosedur untuk menguji ketahanan dan kekuatan dalamannya.

 Yungchang pernah menguji dirinya dengan berada dalam konkrit selama 24 jam, cuba memotong dirinya sambil menggantungkan diri dari kren.

 “China mempunyai masyarakat yang kompleks justeru adalah penting anda menggunakan badan sendiri untuk menghadapi realiti ini,’’ katanya.

sumber

Info Penting! Sejarah Hitam Wanita Dalam Teksi





Jika anda dapati ada bunyi semburan minyak wangi atau penulen udara di dalam teksi, SILA ARAHKAN TAXI TERSEBUT UNTUK SEGERA BERHENTI!! Ianya telah berlaku kepada seorang wanita kira-kira pukul 0:45. dia mendapat ke dalam teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa melayu.

Ketika dia berada di teksi untuk beberapa minit, dia tiba-tiba terdengar bunyi semburan dan terdapat bau seperti penulen udara. dia berasa pelik mengapa pemandu tersebut meletakkan dua jenis pembersih udara dalam teksi beliau. “Bau tersebut segera mengingatkan saya tentang emel yang pernah saya baca. Saya mula menjadi sedar di sekeliling saya. Tetapi sedutan penulen disimpan dan muncul setiap beberapa minit. Saya mula berasa sangat bimbang dan takut.

Secara beransur-ansur, saya merasakan bahawa badan saya mula berasa lemah dan lemah. Penulen disimpan di pertengahan dari tempat duduk belakang, betul-betul di belakang saya. saya benar-benar merasakan seluruh badan saya semakin lemah, saya cuba mengarahkan pemandu tersebut untuk membiarkan saya turun di tepi jalan. Tetapi dia terus cuba untuk bercakap dengan saya dan bertanya kepada saya mengapa tidak menurunkan saya di destinasi saya sahaja. Saya berfikir yang dia sedang cuba untuk memanjangkan masa.

Saya mulai berasa seram, saya merasakan kedua-dua tangan dan kaki saya seperti lumpuh dan tidak bertenaga, dan hampir tidak boleh bergerak. Apabila saya bercakap kepada pemandu tersebut, saya tidak mampu bercakap dengan betul, saya cuba menjerit untuk mendapatkan bantuan,tetapi tubuh badan saya benar-benar terlalu lemah .Sesampainya di lampu isyarat, saya membuka pintu, melompat keluar dan berlari meninggalkan teksi tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Saya benar-benar berterima kasih kepada Tuhan kerana menyelamatkan saya. Jika tidak, saya benar-benar tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku kepada saya. Saya menjadi trauma dengan kejadian ini.
Ini adalah kes yang BENAR. Sila beringat!

Saya berasa pengalaman ini perlu untuk dikongsikan dengan anda semua, tidak kira anda lelaki atau wanita 'ini bukan tipu ,dan bukanlah cerita yang direka-reka .Ia benar-benar berlaku.

biarkanlah rakan-rakan anda, ahli keluarga dan saudara mara anda mengetahui tentang kes ini. Saya percaya anda juga sama seperti saya, tidak mahu sesiapa dijadikan mangsa dengan kes ini .. 'Sila berhati-hati apabila merancang untuk menaiki teksi, terutama wanita.'

Saya menerima e-mel beberapa bulan lalu tentang ‘seorang wanita masuk ke teksi dan berasa tidak selesa dan menjadi lemah apabila dia terhidu sesuatu seperti kemenyan yang dibakar. Dia bertindak bijak untuk mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti serta-merta dan selepas membuang wang pada lelaki teksi tersebut ,dia segera keluar dari teksi. Beliau kemudian mendapat tahu bahawa jika dia tidak mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti dan keluar, dia akan pengsan dan dirogol oleh pemandu lelaki teksi tersebut (atau geng perogol)!

Beberapa minggu lalu, seorang pengunjung ke tepekong kami yang tinggal di Puchong dan menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India. Apabila dia duduk ke dalam teksi, dia mendapati sedikit bau pembakaran kemenyan dalam teksi. Selepas seketika, dia berasa lemah dan tidak dapat bercakap atau menjerit. pemandu teksi berbangsa India tersebut terus memandu ke jalan yang sunyi di mana tidak ada sesiapa pun orang awam disitu lalu merogolnya. Sebelum dia dirogol, dia diberitahu oleh pemandu teksi warga india lelaki tersebut bahawa dia adalah mangsa yang keenam. Beliau bukan sahaja dirogol tetapi juga dirompak!

Apabila dia sedar ,dia segera berjumpa doktor. Perkara yang menyedihkan, doktor mengetahui dia telah dirogol tetapi tidak menasihati beliau apa yang perlu dilakukan. Doktor hanya membiarkan dia membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau tidak .sebab dia tidak mengetahui nama perogol dan juga nombor plat teksi tersebut.dan dalam keadaan ketakutan dan trauma ,dia memberitahu doktor bahawa dia tidak berani untuk melaporkan kepada polis. Doktor berkata apabila dia tidak berani membuat laporan polis, beliau telah memusnahkan laporan perubatan! Dan perogol tersebut telah mengambil beg dan keseluruhan dengan IC dia di dalamnya, dia mengetahui alamat kamu dan mungkin berani datang terus ke rumah kamu dan cuba untuk merogol kamu lagi.

Sila beringat selalu agar tidak menaiki teksi yang berbau yang tidak menyenangkan yang menbuat anda ragu-ragu dan kalau boleh, jika anda mampu berbuat demikian, membuat panggilan atau sms kepada rakan-rakan atau saudara mara anda dan biarkan mereka tahu nombor pendaftaran teksi dan jika boleh, nama pemandu teksi tersebut.

CERMIN TINGKAP BIARKAN TERBUKA!
Kaum wanita sila ambil perhatian..
dan kepada semua sila KONGSIKAN kepada rakan-rakan wanita anda..

Sumber

Wanita Dihukum Rogol Kerana Berhubungan Sulit


1399369272800_wps_A_Shariah_official_canes_

SEORANG wanita berstatus janda berbangsa Indonesia yang dirogol secara berkumpulan oleh lapan orang ‘ahli rukun tetangga’ sebagai satu hukuman kerana mengadakan hubungan sulit dengan lelaki yang telah berkahwin, kini akan lebih menderita apabila bakal dirotan di khalayak ramai.

Kesemua perogol tersebut menangkap pasangan itu ketika mereka menyerbu masuk ke rumah janda tersebut di utara daerah Banda Acheh dan telah menuduh janda itu ‘melakukan hubungan seks terlarang’ bersama lelaki tersebut yang berusia 40 tahun.
Pasangan kepada wanita malang itu kemudiannya diikat dan dipukul, manakala dia dirogol secara bergilir-gilir. Kemudian kedua-dua mereka disimbah dengan sebaldi air longkang.
Hanya setelah wanita yang ketakutan itu dibawa ke balai polis oleh penyerangnya dan dilaporkan melanggar undang-undang Shariah yang ketat berkenaan seks dengan pasangan berkahwin, barulah diketahui bahawa dia telah dirogol.

Tiga daripada rukun tetangga tersebut segera ditahan atas dakwaan merogol manakala lima lagi rakan mereka melarikan diri – tetapi itu tidak menghalang polis daripada mengenakan hukuman rotan kerana melanggar undang-undang agama

“Wanita dan lelaki tersebut akan dirotan kerana mereka telah melanggar undang-undang agama berkenaan hubungan seksual,” kata Ibrahim Latif, ketua pejabat Shariah di timur bandar Langsa kepada Jakarta Globe.
Dia memberitahu bahawa fakta berkenaan wanita tersebut yang telah dirogol tidak akan dipertimbangkan dalam memberikan hukuman untuk jenayah keagamaan yang telah didakwa dilakukan olehnya. Ibrahim turut memaklumkan bahawa wanita tersebut dan pasangannya itu telah mengaku pernah beberapa kali mengadakan hubungan seks walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.
Mengikut undang-undang keagamaan, wanita tersebut dan kekasihnya perlu menghadapi 9 kali pukulan rotan setiap seorang dan hukuman tersebut akan dijalankan di hadapan khalayak ramai.
Tiga perogol yang ditahan – termasuk seorang lelaki berusia 13 tahun – akan menerima bilangan pukulan yang sama jika disabitkan kesalahan di bawah undang-undang Shariah. Akan tetapi mereka didakwa di mahkamah jenayah. Pemburuan lima lagi perogol masih diteruskan.

Ini bukan kali pertama di Acheh dimana wanita dituduh menjalinkan hubungan dengan ‘lelaki yang tidak berkenaan’ – lalu terus dirogol. Di bandar yang sama, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun telah dirogol oleh tiga orang pegawai polis Shariah pada Januari 2010 setelah ditangkap membonceng motosikal bersama teman lelakinya. Ketua polis Shariah pekan itu kemudiannya dipecat dan dua dari tiga perogol tersebut dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun. Perogol yang ketiga, menurut Jakarta Globe, belum lagi ditangkap.

sumber

Ular Dalam Mangkuk Tandas.

snakebite_toilet_tnp-300x195 (1)



Noraslinda Asat,34, baru hendak duduk di atas mangkuk tandas sebelum tiba-tiba berasa ada sesuatu yang menyakitkan mematuk punggungnya.

Dia segera bangun lalu terlihat seekor ular sawa sepanjang 1.8 meter melingkar dalam mangkuk tandas dengan mulut menyeringai menampakkan taringnya yang tajam.

Dalam keadaan panik Noraslinda menyauk ular tersebut namun ia terlepas kerana licin sambil menjerit sekuat hati memanggil suaminya.

Sejurus selepas kejadian dia berasa lemah hingga terpaksa dikejarkan ke hospital lalu diberikan suntikan sebelum dibenarkan pulang.

Suami Noraslinda, Mohammad Fitri Kassin, 34, menyatakan ular tersebut sebesar lengannya.

 
Menggambarkan rupa ular tersebut, ia dikatakan jenis sawa dengan badan berbintik coklat gelap.
Dipercayai, anak Noraslinda yang berusia 4 tahun turut melihat ular tersebut ketika masuk ke dalam tandas 5 minit sebelum ibunya kerana dia ada berkata “Mama, your tail was moving” namun tidak difahami Noraslinda.
Petugas dari Animal Concerns Research and Education Society Singapura datang untuk menangkap ular tersebut namun tidak berjaya kerana ia sudah pun lesap.

Brian McKnight lamar, cium bibir pembaca berita TV3


SEWAKTU di sidang media pada Khamis lalu, MalaysiaDigest (MD) sempat bertanyakan kepada Brian McKnight kalau-kalau ada kejutan yang akan diberikan kepada peminat-peminat pada konsertnya nanti. Tapi jawab bintang sensasi antarabangsa kelahiran Buffalo, New York, Amerika Syarikat ini, beliau hanya akan menyanyi saja selama dua jam dan tidak ada apa-apa kejutan untuk penonton- penontonnya.

Namun penyanyi R&B ini ternyata ‘berbohong!’. Sebab, pada konsertnya yang berlangsung di PWTC pada Jumaat (malam tadi), Brian bukan saja berjaya memukau seramai 2000 penonton malah penyanyi berusia 45 tahun ini turut memberikan beberapa kejutan kepada peminat-peminatnya.

Memulakan persembahan pada jam 8.45 malam, Brian mendendangkan lagu ‘Find Myself’, ‘Dont Stop’. Suasana terus hangat apabila dia yang muncul di tengah pentas sempat menarik dan bergelek seksi bersama gitaris dan basist-nya sebelum memulakan nyanyian. Aksinya itu nyata membuatkan seluruh dewan merdeka gamat dengan sorakan para penonton.

Terus buat peminat tidak keruan apabila terus dipersembahkannya lagu ‘Love of My Life’, ‘Only One’. Saat ini, ramai penonton yang ikut sama menyanyi sambil bertepuk tangan.

“Hai Kuala Lumpur!!! Lama tidak ke sini sejak menjejakkan kaki pertama kali pada tahun 2000. Ketika itu, saya dapat rasakan yang saya akan kembali lagi ke sini satu hari nanti. Ya! saya yakin saya akan kembali semula ke sini untuk persembahan yang lebih besar. Dan hari ini saya kembali, di hadapan anda semua. Saya cukup gembira dan teruja. Kepada anda ingat juga pada yang mungkin tak ingat, nama saya… Brian McKnight”, sapa Brian sambil tersenyum lebar sebelum meneruskan persembahan.

Tidak cukup membuai penonton dengan vokalnya yang lunak, dalam pada dia menyanyi, sesekali Brian tanpa segan silu mempamer gelagat-gelagatnya yang melucukan. Sekaligus mengundang gelak-tawa audience. Bukan saja Brian, pemuzik iringannya juga turut membuat aksi-aksi melucukan.



‘Kejutan’ seterusnya, Brian mempelwa seorang penonton naik ke pentas dan MD difahamkan peminat bertuah yang terpilih itu bernama Anita, pembaca berita Nightline, TV3.

Brian sempat bertanyakan kepada gadis tersebut sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki atau tidak. Anita menjawab, “sudah”. Lalu Brian berkata, “kalau begitu, boleh tak benarkan saya jadi teman lelaki awak untuk 5, 6 minit ini saja?”, “Boleh”, jawab Anita sambil tersenyum.

Kemudian Brian terus mendedangkan lagu Another You sambil bersungguh-sungguh dengan gaya seperti dia melamar personaliti TV3 itu sambil memberikan sejambak bunga. Tersipu-sipulah Anita dibuatnya. Dalam keasyikan penonton melihat aksi Brian ‘mencairkan hati ‘ Anita, (dengan gaya gentleman) tiba-tiba suasana dewan bertukar gamat apabila Brian bertindak mencium bibir Anita. Terkejut dengan tindakan penyanyi itu, Anita bagaimanapun dilihat cuba mengelak.

Dan kemudian malam konsert yang diberi nama ‘More Than Words- An Intimate Evening with Brian McKnight’ anjuran Jag Live Concert ini diteruskan dengan dendangan lagu seperti ‘Crazy Love’, ‘My Kind Girl’, ’6,8,12′. Pada konsertnya itu, penghibur yang berkebolehan memainkan lapan alat muzik ini turut mempamerkan kebolehannya bermain gitar dan piano.

Antara lagu lain yang turut diperdengarkan seperti ‘Rest Of My Life’, ‘Back at One’, ‘Fall’, ‘Made For Love’ dan Brian mengakhiri persembahannya pada jam 10.30 malam dengan lagu ‘Still’.

Turut kelihatan pada konsert ini, barisan artis popular tempatan seperti Anuar Zain, Noryn Aziz, Shasha (Elite) Lisa Surihani dan suaminya, Yusry.

Rawatan Penyakit Batu Karang Sharifah Zarina Tidak Berhasil

on Friday, May 9, 2014






PETALING JAYA: Penyanyi Sharifah Zarina menghidap penyakit batu karang dan usaha membuangnya tidak berhasil.

Sharifah Zarina, 32, berkata, dia telah menjalani rawatan laser bagi membuang batu karang tersebut pada 24 April lalu, di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini. 

Saya pernah membuang batu karang pada tahun 2006 lalu melalui beberapa rawatan, tetapi tidak sangka ia jadi semula, malah lebih besar daripada sebelum ini.

“Pada 24 April lalu saya menjalani rawatan laser untuk membuangnya, namun dua minggu selepas itu ia masih lagi ada dan pihak hospital akan buat semula pemeriksaan untuk mencari jalan lain membuangnya,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah penyanyi Langit Ke Tujuh ini, kedudukan batu karang yang terletak dalam buah pinggangnya membuatkan ia tidak boleh dibuang melalui kaedah pembedahan.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak pernah mencuba rawatan tradisional sebagai cara alternatif yang kebiasaan digunakan segelintir pesakit batu karang.

“Batu karang yang saya hadapi ini agak rumit untuk dibuang kerana ia jauh di bawah buah pinggang dan hanya beberapa kaedah sahaja yang boleh dilakukan.

“Rawatan laser yang saya buat pun tidak berkesan dan sekarang mereka sedang fikir cara lain, kalau boleh saya tidak mahu melakukan laser lagi sebab ia sakit dan memerlukan kos yang tinggi.

“Rawatan tradisional saya tidak pernah pula cuba kerana apabila rasa sakit saya hanya terus ke hospital sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Sharifah Zarina berkata, dia masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa namun dia sentiasa bergantung kepada ubat dan perlu meminum air yang banyak bagi mengurangkan kesakitan. 

sumber

Aznil Tegur Artis Yang Suka Dedah AIB Sendiri

Shah Alam – Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi berkata setiap artis mahupun selebriti harus menghadkan batas keterbukaan dalam mendedahkan hal peribadi mereka di laman sosial khususnya instragram.

Ujarnya, walaupun memuatnaik sembarangan foto atau status peribadi adalah hak seseorang artis, namun golongan itu tetap terikat kepada sensitiviti agama dan semangat ketimuran yang amat tinggi di kalangan masyarakat negara ini.

“Iyalah…kadang-kadang kita begitu teruja, kadang-kadang kemesraaan dan keintiman suami isteri atau pasangan bercinta itu pada saya eloklah hadkan untuk pandangan mata sendiri sahaja. Tapi pada waktu yang sama orang yang nak letak gambar sedemikian dia kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Satu mungkin dikritik, kedua mungkin macam-macam spekulasi yang akan timbul dan yang paling penting sensitiviti kaum dan juga agama kita kena ambil kira jugaklah.

Aznil berkata demikian ketika diminta mengulas trend artis masa kini yang tanpa segan silu memuatnaik gambar-gambar dengan pasangan masing-masing sama ada murhim atau tidak, dalam keadaan intim.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila, sesetengah artis melenting apabila ditegur peminat yang tidak gemar melihat selebriti yang mereka minati berkelakuan tidak sopan dalam laman sosial.

Terbaru, penyanyi terkenal Hazama dilaporkan berang dengan peminatnya apabila menegurnya berpelukan dengan kekasihnya ketika bercuti di luar negara. Selain Hazama, pelakon tersohor, Aaron Aziz dilapor pernah memaki hamun peminat yang menegur anaknya menerusi laman Instagramnya.

Industri hiburan juga kecoh seketika apabila pasangan suami isteri yang juga pelakon serta model, Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil memuatnaik sekeping gambar intim di atas katil dalam laman sosial itu.

Pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin juga dikritik peminat apabila memuatnaik gambar mesra mereka, yang juga diambil di atas katil. Menurut Zain, gambar itu tidak akan ditarik balik berikutan sudah lali dengan tumpuan yang keterlaluan yang diberikan terhadap isterinya, oleh peminat.



Mengulas perkembangan itu, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, percaya mana-mana artis di negara ini sudah bersedia dan mampu untuk berdepan dengan kritikan sebaik sahaja bergelar selebriti.

Namun, sekiranya mereka belum bersedia dan mampu berdepan dengan segala kemungkinan yang berlaku adalah lebih baik tidak berbuat demikian.

“Sebelum mereka nak letak sesuatu gambar itu sepatutnya faham dan seharusnya menerima kritikan itu secara terbuka. Lagi pun mereka tahu kedudukan mereka sebagai selebriti terdedah kepada kritikan, komen dan juga makian.

“Saya percaya mereka yang letak gambar-gambar sedemikian sudah bersedia dan mampu melaluinya. Dan kalau tak mampu saya sarankan cepat-cepatlah turunkan gambar itu,” katanya lagi.

Pak Nil turut menegaskan, peminat berhak memberikan komen mahupun kritikan kepada foto atau apa sahaja yang dimuatnaik seseorang artis kerana tindakan berkongsi ‘bahan’ itu sendiri telah membayangkan mereka bersedia untuk dikomen atau dikritik.

Bagaimanapun beliau mengingatkan kepada peminat agar menegur atau memberi komen secara berhemah dan tidak berniat untuk mensabotaj serta memalukan seseorang artis itu.

“Tapi harus diingatkan juga walaupun peminat ada hak untuk tinggalkan komen…kalau pada pandangan mereka orang itu dah buat salah kenapa perlu mereka berbuat salah juga dengan memberi komen cara komen yang negatif?

“Kalau mereka nak menegur seharusnya kita ada cara dan juga bahasa yang boleh digunapakai dan yang lebih baik. Tetapi jika digunakan bahasa yang kasar, makian, mencemoh memanglah…saya percaya semua orang akan marah,”katanya.

Ujarnya lagi, selebriti tidak akan marah jika ditegur dengan cara yang betul namun ia akan naik berang jika ditegur dengan cara yang salah.

“Saya rasa artis tak marah mereka dikomen tapi mereka marah sebab cara mereka dikomen itu,”jelasnya.

sumber

Seram Ada Entiti Ikut Tersengih


Seorang pelayar laman web Stomp berkongsi satu gambar yang didakwanya seram dan tidak diedit.

Dalam gambar tersebut, pengirim yang dikenali sebagai Sljl mendakwa kelibat satu entiti terakam secara tidak sengaja ketika dia mengambil gambar rakannya dalam kenderaan yang disewa oleh mereka pada hujung minggu lalu.

Entiti yang duduk di bahagian belakang kenderaan tersebut kelihatan meniru aksi rakannya di kerusi depan dan tersenyum memandang kamera.

Selepas melihat gambar tersebut, mereka kemudiannya menyedari sebelum itu kenderaan tersebut ada dipandu melalui satu kawasan perkuburan.

Apa pun, kami rasa pengirim gambar ini patut bersyukur makhluk halus ini hanya menunjukkan diri dalam gambar dan bukan secara depan-depan.

Betul tak?