Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Foto-Foto Anak Pelakon Terkenal Berpakaian Tidak Senonoh

on Tuesday, April 29, 2014



ISU GAMBAR SEKSI ANAK SOFEA JANE | Gambar beliau mula dimuat naik oleh blog hiburan, Myartis.com. Dipercayai gambar-gambar berkenaan diperolehi dari akaun instgram gadis tersebut.

Dakwa blog tersebut, gambar tersebut adalah gambar anak pelakon wanita terkenal berdarah kacukan. Pelakon tersebut pula cukup popular pada sekitar tahun 90an.
Ah! Bukan susah sangat nak meneka pelakon wanita kacukan pada zaman itu, tolak Julia Rais, siapa lagi yang tinggal kalau bukan Sofea Jane.
Ramai juga pengunjung yang meneka, dan ramai juga yang meneka Sofea Jane.
Jadi disimpulkan di sini, gadis di bawah ini adalah anak kepada Sofea Jane. Sejauh mana kebenarannya kami kurang pasti, jadi kami cuba juga ‘google’ kan nama si Arissa, anak sulung beliau, untuk membuat perbandingan.
Memang ada imbasan wajah gadis berkenaan dengan anak Sofea Jane, tapi entahlah, mungkin juga pelanduk dua serupa, kalau blog berkenaan dapat sertakan mykad gadis tersebut lagi afdal kot.
Bagaimana pula dengan anda?

sumber

10 Sebab Janda Menjadi Tarikan






Janda merupakan seorang wanita yang pernah berkahwin. Janda boleh dibahagikan kepada dua.. satu, wanita itu menjadi janda diatas sebab suaminya sudah meninggal dunia. Dan satu lagi, wanita itu menjadi janda kerana telah berpisah atau bercerai dengan bekas suaminya.

Janda, sering meniti di bibir lelaki yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin. Kenapa ya, pasti anda ingin tahu kenapa dan apa sebabnya janda mempunyai tarikan yang berlainan berbanding anak dara. Nah, 10 sebab yang mungkin merungkai segala tanda tanya anda..

1.) Kenapa lelaki sukakan janda?

Kerana janda pandai menggoda

2). Kenapa lelaki sukakan janda?

Kerana janda sudah sedia

3). Kenapa lelaki sukakan janda?

Kerana janda senang kira

4). Kenapa lelaki sukakan janda?

Kerana janda mudah mesra

5). Kenapa lelaki sukakan janda?

Kerana janda pandai menggula

6). Kenapa lelaki sukakan janda?

Kerana janda pandai menjaga

7). Kenapa lelaki sukakan janda?

Kerana janda pandai bekerja

8). Kenapa lelaki sukakan janda?

Kerana janda tahu semua benda

9). Kenapa lelaki sukakan janda?

Kerana janda senyumnya manja

10). Kenapa lelaki sukakan janda?

Kerana janda kurang belanja

Haaaa… dalam gurau ada sendu, dalam sendu ada tawa.. Jangan salah anggap dengan mereka yang berstatus janda. Okeh semua..

sumber

Aksi yoga Fouziah Gous, suami jadi mangsa


Seronok tengok aksi pasangan yang baru tujuh bulan mendirikan rumahtangga, Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof ketika melakukan senaman Yoga di rumah mereka.

Walaupun, Fouziah sememangnya lebih tinggi berbanding suaminya namun Zhafran memiliki kekuatan fizikal yang hebat. Melalui sekeping foto santai yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya, Fouziah dilihat begitu mudah diangkat oleh Zhafran.

Buat wanita yang sudah berkahwin, ajaklah suami anda untuk melakukan senaman yoga bagi meningkatkan tahap kesihatan. Tidak semestinya perlu keluar rumah untuk bersenam, di dalam rumah pun boleh.

Foto Selfie Izara Aishah BIla Berbaju Pink






Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, penampilan pelakon dan penari hebat, Izara Aishah semakin berseri-seri dan cantik menawan. Agaknya, apa yang membuatkan penampilan Izara lebih anggun dan tampak amat memikat?

Daripada sekeping foto di bawah, jelas memberitahu kepada peminat bahawa baju dan topi berwarna merah jambu amat bersesuaian dengan dirinya. Meskipun nampak sederhana dengan make-up yang nipis namun menyerlahkan kecantikan semulajadi yang dimiliki aktres berusia 22 tahun itu.

Penulis suka dengan Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah binti Hisham kerana jarang ada kontroversi atau cerita-cerita panas yang dikaitkan dengannya.
sumber

Artis Mabuk Menjerit-jerit Ditengah Jalan Di Sydney Australia





Satu gosip paling juicy kami terima dari jauh. Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.

Apa yang lebih memalukan, aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut! Haih, apa nak jadi dengan kamu ni? Ingatkan dah insaf selepas kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat pengambilan alkohol berlebihan. Rupa-rupanya masih berperangai lama!

Menurut sumber lagi, pelakon tersebut berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang lagi pelakon wanita iaitu Christina Suzanne dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro. Christina turut dilaporkan bengang dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak profesional. Pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini sudah pulang ke Malaysia.

Kepada pelakon wanita yang dimaksudkan ini, cukup-cukuplah berperangai sedemikian. Bila lagi nak berubah perangai baik dan kembali sopan? Bukan niat kami ingin mengaibkan pelakon wanita ini tetapi kelakuan kurang sopannya ini boleh mencalar nama baik negara kita serta produksi pengambaran yang terlibat!.
sumber

Perasaan Adam AF Mengenai Kes Penceraian Dengan Fiza Elite

Bekas suami isteri berstatus selebriti, Adam AF & Fiza Elite telah disahkan bercerai talak satu semalam dan sememangnya cerita mereka tidak dapat lari dari persoalan yang muncul dari para peminat dunia hiburan yang ingin tahu.



Adam AF yang ditemui media selepas prosiding kes penceraian mereka selesai berkata beliau sebenarnya berat hati untuk melafazkan cerai namun reda dengan ketentuan Tuhan dan ianya jalan terakhir selepas mereka duduk berbincang.

“Saya akui berat hati ketika mahu menjatuhkan talak, namun reda kerana menganggap ia ketentuan dari Tuhan. Kami sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini, namun tiada jodoh lagi antara kami,” katanya.

Penyanyi ini juga berkata yang tiada persefahaman menjadi punca perpisahan mereka namun tidak menolak jika Tuhan menentukan yang mereka akan kembali bersama di masa hadapan.

“Kami masih ada masa lagi untuk perbaiki dan kalau ada izin Allah di masa depan kami mungkin bersatu semula,” tambahnya lagi.
sumber

Angelina Jolie Dan Brad Pitt Ajar Anak Tentang Islam



Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.



“Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia,” ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.

Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

“Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan,” katanya pada Sabtu.

Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.

“Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka,” ujarnya.

sumber

Nanti Papa Bacakan Untuk Kuat-Kuat YA...

on Monday, April 28, 2014

Kisah Sedih - Papa! Nanti Baca Kuat-Kuat Kat Ina Ya?! | Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati didangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang. Baru nak mula, anak tunggal saya Serena, 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku.

                                                gambar hiasan

Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja. "Papa? Bacakan buku cerita in. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak Dengar," Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?" Saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.

Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi. "Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung, Memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah. "Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa? Bacalah, papa!"

Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah. "Budak ini?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka Saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu. Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!" Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah.

Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk. Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya. "Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil Tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam.. Saya terus menyuap makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!" Katanya. Saya mengangguk. Selesai makan saya mencapai akhbar.

Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan.

Sungguh khabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital. Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat Hatinya. "Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan.

Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. "Papa? Mama.. Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut.

Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya. Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator. Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah.

Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.

Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu. Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.


Bacaan saya terhenti, air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.
sumber

Punca Sebenar Rozita Ibrahim BUka Purdah



Budaya berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam, Pas atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik. Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!!

Bukan mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya.. Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali.

Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari  rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi.  Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima ialah

Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..
Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka..
Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..

Masalah saya semasa berpurdah

Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.
Saya ingin membeli siaran RTM & TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.

Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”

Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??

Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam”  itu sangat kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan dihormati ..

Bukan itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan diluar negara. Mereka menganggap orang islam adalah pengganas.

Semasa saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat ditempat terbuka) 3 orang  polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih..

Semasa bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport Biskut) dan boleh berbahasa kantonis “Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam ni, saya kat Malaysia pakai tudung.. Kat sini saya buka..Terpaksa..Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..

Setelah 3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan tapak tangan bukan aurat wanita”.

Diharuskan bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya dalam mengelakkan fitnah.
sumber




Pasangan sensasi, Fiza Elite dan Adam AF yang baru sahaja mendirikan rumahtangga sekitar September tahun lalu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam berdasarkan maklumat terkini yang dikongsikan dalam laman twitter Harian Metro.

Adam AF yang dihubungi tentang perkara itu memberitahu penceraian mereka dilakukan secara baik tanpa melibatkan sebarang tuntutan nafkah atau lain-lain.

Bagi Fizia Elite pula, hubungan mereka sebagai suami isteri tiada jodoh walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga yang mula bergolak akhir tahun lalu.

sumber

Kalau Allah Mahu Ambil Nyawa, Saya Redha – Seniwati Mariani


Dulu kami dimanjakan, rumah, bil air dan elektrik tak perlu bayar. Baju tak payah beli, kalau nak membeli-belah pun kedai yang datang ke studio. Ada lima orang doktor jaga kita, pilih saja nak yang mana,” cerita seniwati Mariani mengimbas kembali zaman kegemilangannya sekitar era 1950-an.

Tiada niat katanya untuk membeza-bezakan perihal layanan dahulu dan sekarang, cuma Mariani, 81, meluahkan rasa kesal atas sikap segelintir rumah produksi yang sering memperlekehkan dirinya dalam industri.

Pernah katanya dia dipermainkan oleh pihak yang pada mulanya bersetuju untuk mengambilnya berlakon, namun menggantikan pelakon lain pada saat akhir tanpa memberitahunya.

“Kadar bayaran untuk saya cuma RM1,000 sehari tapi tidak pernah pun cerewet minta macam-macam. Kadang-kadang kena tipu, janji nak datang ambil pukul 12 tengah hari tapi sampai pukul 2 petang pun belum sampai.

“Apabila telefon balik katanya sudah ada pengganti pelakon lain,” luahnya yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya ke-81 tahun di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Karakter hantu

Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail merupakan kakak kepada biduanita negara, Allahyarham Puan Sri Saloma dan menjadi antara seniwati paling bergaya sekitar kegemilangan Studio Jalan Ampas, Singapura.

Ibu kepada pelakon Melissa Saila itu mula menceburi bidang lakonan selepas memenangi pertandingan ratu cantik di Singapura pada tahun 1951 ketika berusia 17 tahun.

Antara filem lakonannya yang popular ialah Chemburu, Istana Impian, Nasib Labu-Labi, Tiga Abdul, Masam-masam Manis, Putus Sudah Kasih Sayang dan Darah Muda.

Selepas beberapa kali mendukung peranan hantu antaranya dalam filem Khurafat dan Santau, Mariani menegaskan, dia terpaksa menolak tawaran bersifat sedemikian kerana sudah terlalu penat.

“Sekarang sudah kurang tawaran berlakon kerana saya sering menolak tawaran karakter hantu. Produser suka saya jadi hantu kerana kata mereka saya realistik!

“Tapi saya sudah penat untuk melakonkan karakter yang sama berulang-kali. Sekarang banyak watak yang saya boleh lakonkan sudah diambil alih orang muda.

“Agaknya mereka rasa kadar yang saya tetapkan selama ini tidak berbaloi dengan watak,” katanya.



Azam 81 tahun

Bagaimanapun, ibu kepada 13 orang anak itu bersyukur kerana peluang berlakon tidak pernah surut walau tidak selebat dulu.

“Saya tidak pernah mahu berhenti berlakon sejak pertama kali saya menceburi bidang ini. Alhamdulillah, walau produksi lain tidak mahukan saya lagi ada antara produksi yang sudi memanggil saya berlakon,” ujarnya yang baru selesai penggambaran sebuah telefilem tribute kepada seniman Tan Sri P.Ramlee berjudul Tiada Kata Secantik Bahasa.

Sempena meraikan ulang tahun ke-81 pada 19 April ini, Mariani memanjatkan doa agar diberikan kesihatan berpanjangan untuk melihat keluarga yang masih bersalut bahagia.

“Saya sudah tiada azam lagi, mudah-mudahan diberikan kesihatan yang berterusan. Kalau Allah mahu ambil nyawa saya, saya reda.

“Saya gembira dan bersyukur sampai ke usia 81 tahun sebab ketika melahirkan Melissa Saila umur saya sudah 39 tahun.

“Ingatkan tidak sampai usia Melissa 20 tahun saya sudah menghembuskan nafas terakhir tapi syukur Alhamdulillah sekarang Melissa pun sudah 42 tahun dan saya masih ada di dunia ini,” tuturnya.

Wajah Terbaru Nasha Aziz





Wajah terkini Nasha Aziz yang agak menakutkan - Apa dah jadi dengan wajah pelakon jelita, Nasha Aziz? Lain macam je penulis tengok pula. Dia buat pendedahan ke ni atau sekadar make-up je?Dua keping foto di bawah penulis ceduk dari akhbar utusan malaysia menerusi artikel hiburan terbaru mereka berjudul Erti Cinta Nasha. Kalau dulu, kecantikan Nasha nampak natural namun macam dah berubah pula sekarang, pada ketika usianya semakin meningkat.

Iceberg Paling Besar Di Antartika Pecah Dan Hanyut

on Sunday, April 27, 2014





Washington – Saintis kini memantau aisberg sebesar negara Singapura, salah satu rekahan ais terbesar yang pernah wujud. Ia pecah daripada glasier Antartika dan sedang menuju lautan terbuka.

Pakar glasier NASA, Kelly Brunt pada Rabu lalu berkata, aisberg itu meliputi kawasan seluas 660 kilometer persegi dan setebal 500 meter.
Dikenali sebagai B31, aisberg itu terpisah daripada Glasier Pulau Pine Antartica pada November lalu, kata Brunt.

“Ia adalah ketulan ais cukup besar untuk mencetuskan pemantauan,” kata Brunt dalam perbualan telefon, sambil mengesahkan pertubuhan kerajaan termasuk Pusat Ais Kebangsaan yang memerhatikan beberapa aisberg pada satu-satu masa.

Lokasi terkini aisberg itu bukanlah kawasan yang dipenuhi laluan kapal.

“Tiada banyak kapal melalui kawasan ini. Kami tidak bimbang mengenai laluan kapal. Kami tahu semua lokasi aisberg besar,” katanya.

Saintis amat tertarik dengan aisberg ini bukan saja disebabkan saiz besarnya tetapi ia berasal daripada lokasi yang tidak dijangka, kata Brunt. “Ia seperti kepingan kek yang terapung di Lautan Selatan,” katanya.

Rekahan glasier yang menghasilkan aisberg itu kali pertama dikesan pada 2001, menurut Brunt, seorang saintis di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA dan Universiti Negeri Morgan di Maryland.

Pulau Glasier Pine sudah dikaji secara dekat sejak dua dekad lalu kerana ia kian menipis dan mencair pantas. Ia mungkin penyumbang utama peningkatan paras air laut, kata saintis.

Mereka berkata, aisberg itu sudah terapung di sekitar Teluk Pulau Pine, kawasan perairan Laut Amundsen dan kemungkinan besar akan hanyut kerana arus deras Lautan Selatan.

sumber


Elaine - Hans kembali bercinta?







SEJAK pelakon kacak Hans Isaac memberitahu media bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa aktor ini bakal mengahwini aktres jelita, Neelofa.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu telah memuat naik gambar bekas kekasihnya iaitu Elaine Daly, menerusi laman Instagram miliknya.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan, sehingga Elaine yang ditemui pada majlis koleksi terbaharu jenama Fesyen Dressing Paula sempena Musim Bunga & Panas 2014, baru-baru ini menjelaskan status hubungan mereka.

“Hans bukan cinta hati saya!,” tegas Elaine, 37. Menurutnya, hubungan dengan Hans sudah lama berakhir dan kini status mereka kekal sebagai teman.

Malah, Elaine memberitahu apa yang mengekalkan status hubungan itu adalah kerana hubungan kekeluargaan antara mereka begitu rapat.

“Saya dengan Hans sudah berpisah sejak 12 tahun lalu dan sehingga kini hubungan kami masih  rapat. Saya memang sudah ada teman lelaki. Dan semasa gambar itu diambil, saya bersama keluarga. Saya juga duduk di sebelah teman lelaki saya dan berdepan dengan Hans,” katanya.

Dalam pada itu, bekas ratu cantik dan juga pelakon ini juga terkejut apabila mengetahui Hans bakal menamatkan zaman bujangnya akhir tahun ini.

“Oh, dia nak kahwin? Saya akan telefon dia tanya tentang hal ini,” katanya.


Pilih jejaka Afrika

Tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara berkaitan hal peribadi Hans Isaac, Elaine mengakui telah mengenali seseorang yang memahaminya dan mereka juga telah merancang untuk berkahwin.

Menegaskan hatinya sudah dimiliki oleh warganegara Afrika Selatan itu, dia berkata, sangat selesa mengenali kekasihnya itu.

“Selepas dua tahun solo akhirnya saya bertemu dengannya. Memang kami baru sahaja kenal. Sekarang, kami sedang mengenali hati budi masing-masing.

"Sejak mula saya jumpa dia, hati saya terus terdetik mengatakan dialah orang yang selama ini saya cari. Saya sangat gembira dan bahagia sekarang. Dia amat memahami, mengambil berat dan matang. Saya sangat suka caranya.

“Saya tidak pernah berjumpa lelaki yang sememangnya begitu memahami dan sanggup menunggu saya ketika saya sedang bekerja. Dia adalah satu-satunya lelaki yang melayan saya dengan cara yang paling baik dan penuh rasa hormat,” katanya.

Menurut Elaine, sikap pandai menjaga serta menghormati orang tuanya membuatkan dia semakin yakin mendampingi jejaka bergelar doktor itu.

"Orang tua juga turut merestui hubungan kami. Kalau ikutkan memang saya mahu cepat-cepat berkahwin. Maklumlah sebab saya dah berusia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Elaine yang memegang jawatan sebagai Pengarah Pertubuhan Ratu Cantik Kebangsaan ini sibuk menguruskan uji bakat pencarian ratu cantik (Miss Universe) 2014 mulai Mei depan, selain menunggu filem terbaharu, Permata Hati, yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

sumber

Mohd Ghaddar ,Striker Kelantan Ada Kekasih?


Sekeping foto mesra bekas penyerang pasukan Kelantan yang baru sahaja dipecat, Mohammed Ghaddar bersama seorang wanita Malaysia bernama Nabila telah dikongsikan di forum.cari.com.my.

Perkongsian itu menimbulkan tanda tanya di kalangan penggiat-penggiat forum kerana ada yang agak terkejut bagaimana pemain bolasepak Lebanon itu berjaya mencuri hati seorang wanita cantik walaupun baru beberapa tahun berada di Malaysia.

Menariknya, foto itu bukannya dikongsikan di laman Instagram Mohammed Ghaddar tetapi menerusi akaun Instagram milik Nabila. Ia turut disertakan dengan caption pendek berbunyi "You forever gonna be my favourite striker.am gonna miss u."
sumber

Bakal Pengantin Mati Sebelum Hari Majlis Persandingan


Petaling Jaya – Ternyata kegembiraan sepasang pengantin baru tidak berpanjangan apabila pengantin perempuan, Junaida Jamaludin, 29, telah disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam sebelum majlis persandingan mereka, semalam.

Menerusi laporan sebuah akhbar harian, Junaida ditemui meninggal dunia dengan keadaan hidung dan mulut berdarah di bilik pengantin di rumahnya di Petaling Jaya, pada jam 8.30 pagi.

Sehari sebelum itu, Junaida selamat dinikahkan dengan Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, dan majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya, jam 11.30 pagi.

Menurut abang Junaida, Kamarul Affendi Jamaludin, 38, mereka sekeluarga menyangkakan adik bongsunya itu sudah pergi ke dewan persandingan terlebih dahulu namun sangkaan mereka meleset apabila menyedari Junaida tidak berada di situ.

“Pagi tadi (semalam) saya ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ.

“Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Jelasnya, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu daripada empat beradik itu berdarah.

“Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman,” katanya sedih.

sumber

Almy Nadia - "Fara Fauzana, Fizz dah nikah. Dia I punya."



Mungkin kerana penyampai radio terkenal, Fara Fauzana sering mengatakan dia menyukai Fizz Fairus ketika bergurau senda di corong radio Hot FM, maka Almy Nadia membalas gurauan tersebut dengan secebis ayat lawak lain berbunyi "Fara Fauzana, Fizz dah nikah. Dia I punya."

Jelas, pelakon berusia 28 tahun itu begitu teruja dan terlalu gembira bergelar isteri kepada Fizz Fairus, satu-satunya lelaki yang pernah bertakhta di hatinya sejak 9 tahun lalu. Penulis sendiri cukup terharu dengan penyatuan mereka lewat petang kelmarin.

sumber

Pelajar berόmen secara terbuka di premis KFC

on Saturday, April 26, 2014




KFC tempat untuk menjamu selera tetapi dijadikan tempat untuk berasmara sekumpulan pelajar.

Itulah yang berlaku di KFC Sungai Besi. Sekumpulan pelajar Cina berkumpul di tingkat atas premis berkenaan dan melakukan perbuatan tak senonoh.

“Selepas duduk rapat-rapat, mereka mula raba meraba. Selepas itu sambil berselubung dengan jaket mereka mula beraksi ganas..siap bunyi mengerang lagi,” ujar pemuda yang mahu dikenali sebagai Johan kepada MalaysiaGazette.

Menurutnya, pasangan pelajar sekolah menengah itu memadu asmara kira-kira 20 minit manakala seorang lagi rakannya duduk dihadapan mereka bertindak pengawal untuk memaklumkan sekiranya mereka dilihat orang.




Rakannya bertindak sebagai pengawal dengan upah ayam goreng percuma.

Johan yang singgah selepas solat Jumaat sempat merakamkan gambar melalui telefon bimbit dan membuat aduan di kaunter semasa dalam perjalanan pulang.

Kumpulan pelajar itu kemudiannya dihalau oleh petugas premis terbabit tidak lama selepas itu.

Gambar Almy Nadia selamat bergelar isteri Fizz Fairus






Tahniah kepada Almy Nadia yang kini sah bergelar isteri kepada Fizz Fairus dengan sekali lafaz di kampung halaman pengantin perempuan di Pulau Pinang.

Sebelum acara akad nikah berlangsung, pasangan sensasi telah mengadakan majlis pertunangan pada sebelah tengahari tadi. Mereka kemudian dinikahkan oleh jurunikah sekitar jam 5.40 petang tadi diadakan di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang.

sumber

Senarai Kopi Beracun Di Sahkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KMM



Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.


 Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.

Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

1. Cafe Abang Yes,
2. Candi Gold,
3. Candy 193,
4. Extend Up Energy Drink,
5. Extremen,
6. Extrewomen,
7. Goji Guarana,
8. Goji Guarana Extra,
9. Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
41.CATUABA

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya !

sumber

Sudah Lima Bulan Fauzi Gagal Bayar Sewa Pejabat?

on Friday, April 25, 2014



Fauzi Nawawi gagal bayar sewa pejabat 5 bulan - Sebuah akhbar tempatan menerusi ruangan pojok mendakwa pelakon dan pengarah terkenal, Fauzi Nawawi gagal melunaskan sewa pejabatnya di Cheras selama lima bulan.



Fauzi yang dihubungi wartawan mStar bagaimanapun menafikan khabar angin yang tersebar dan menganggap ianya satu gosip yang tidak masuk akal serta mahu menjatuhkan nama baiknya selama ini.

"Tak bayar sewa pejabat lima bulan? Macam tak logik jer. Macam mana sampai hal pejabat saya pun orang boleh ambil tahu? Mereka pernah sampai ke pejabat saya ke?"

Menurut sumber akhbar tersebut, kegagalan Fauzi membayar sewa bulan pejabatnya dikatakan berpunca daripada kekurangan tawaran berlakon yang diterima sehingga dia kesempitan wang.

Benarkah dakwaan ini? Semalam, Fauzi sudah menafikan khabar angin yang tersebar dan menjelaskan dia memang banyak menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana mahu memberi fokus kepada perniagaannya iaitu syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd.

"Saya dah kurang mengambil kerja-kerja lakonan kerana sibuk dengan projek tender kerajaan. Projek apa? Saya tidak boleh nak kongsikan lagi. Cuma yang pasti saya sedang mencuba nasib di bidang baru. Semua ini adalah demi menjamin masa depan keluarga. Untuk isteri serta anak-anak, Insya-Allah."

sumber

‘Skype’ Bagai Satu Neraka


KUALA LUMPUR – : “Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya.

“Dia ugut akan musnahkan kerjaya dan masa depan saya dengan sebarkan video itu jika saya tidak mengirimkan wang RM20,000 kepadanya,” kata penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris.

Amin, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada hujung Mac lalu apabila dia menerima pesanan daripada pemilik akaun Facebook (FB) dengan nama Stevan Cruz ketika melayari laman sosial itu di rumahnya.

Menurutnya, Stevan memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik beberapa pengurusan kilang di Filipina dan ingin menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada pekerja kilang.
“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya.
sumber

Sharnaaz mahu bersemuka dengan Lisdawati



SATU Malaysia tahu pertelingkahan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan pelakon senior, Lisdawati yang tercetus sejak Februari lalu.

Setelah berlaku perang mulut dan cabar mencabar, akhirnya Sharnaaz mengaku akan bersemuka dan selesaikan permasalahan itu sendiri bersama aktres itu.

Bagaimanapun, dia masih menunggu masa yang sesuai memandangkan Lisdawati masih sarat mengandung.

“Sebolehnya, pertelingkahan saya dengan dia biarlah berlalu. Cuma, sekarang, saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya memang tak suka bercakap pasal orang yang tak ada kena mengena dalam hidup saya!

“Tapi saya memang akan selesaikanlah sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat!,” kata Sharnaaz ditemui pada majlis tayangan episod akhir ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara, malam kelmarin.

Sebelum ini, Sharnaaz didakwa menengking Lisdawati di lokasi penggambaran drama ‘Bukan Aku Tak Cinta’ di Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari lalu. Malah Lisdawati turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas mendakwa menerima SMS berbaur ugutan dari aktor itu.

Selesa bersama Nellydia

Beralih mengenai gambar-gambar mesranya bersama Nelydia Senrose yang pernah meneruskan kontroversi, Shaarnaz tetap dengan pendiriannya yang hanya bertujuan mempromosikan drama Bukan Aku Tak Cinta.

Meskipun drama terbitan Pena Creative Production itu baru saja berakhir, ia tetap menimbulkan pelbagai persepsi, sementelah lakonan mereka juga kelihatan begitu serasi dan intim sekali.

“Tentang kontroversi gambar, mahupun babak mesra kami itu, seperti yang saya pernah katakan, perkara itu melibatkan kerja

“Berbaloilah penat lelah kami semua untuk menghasilkan drama ini di tahap yang terbaik apabila drama ni dapat ‘rating’ yang tinggi dan mendapat sambutan hebat.

“Apa yang paling mengejutkan saya, kanak-kanak pun suka watak Jebat. Mungkin pada awal sikap Jebat tu memang dibenci penonton, tapi tak sangka penonton dapat menerima karakter Jebat, yang selalu akan buat orang marah padanya," katanya.

Menurut Sharnaaz, kejayaan tersebut bukan hanya kerana dia dan Nelydia semata-mata, tapi seluruh kru produksi yang bekerja keras demi drama tersebut.

"Sebenarnya, sepanjang drama tersebut bersiaran, saya belum pernah menontonnya. Masa bersiaran itu, saya hanya mahu drama ini ‘beyond extra-ordinary’, kerana jangkaan dan harapan penonton terhadap cerita ini sangat tinggi.

"Jadi itu membuatkan saya takut kalau-kalau saya buat silap dalam lakonan saya,” katanya.

sumber