Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Pulang Ke Malaysia

on Friday, January 31, 2014

STOCKHOLM: Keempat-empat anak pasangan Malaysia Azizul Raheem Awalludin serta Shalwati Norshal berlepas pulang ke tanah air pagi ini (waktu tempatan) dan dijangka tiba Sabtu ini.

Turut mengiringi mereka, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin bersama pegawainya serta saudara terdekat. 


Duta Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman turut kelihatan untuk menghantar Aisyah dan adik-adiknya jam 6.30 pagi ini (waktu tempatan). 

Semalam, mereka diserahkan kepada kedutaan Malaysia di Stockholm untuk dijaga keluarga angkat beragama Islam.



Azizul Raheem dan Shalwati ditahan pihak berkuasa Sweden sejak 18 Disember lalu atas dakwaan memukul anak mereka.

Chef Wan kritik nasi lemak MAS

Lucu sekali pengurusan MAS yang sentiasa rugi jika perkara kecil sebegini pun tidak boleh handle. Taste pegawai atasan tinggi tetapi customer touch hancur – MRM patut pun ada KLIA2 semuga MAS tambah tercungap mengejar Airasia dan boleh rehat tonton filem Tanda Putera moga bisnes melonjak dlm bentuk semangat tapi nasi lemak melayu pun tak tahu standard kualiti entah kemana?

Kesian dan sayang tagline MAS yang tersohor dulunya ‘ Enchantment Wherever You Go’ diubah…bangkitlah MAS kami masih sayang….kembali keasal spt perjuangan Utusan Malaysia dulunya bukan spt skrg dan bukan sibuk politiking dan subsidi sulit kerajaan. 

KUALA LUMPUR: Chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan di Malaysia, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.

Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

Klik sini baca promosi MAS Nasi Bungkus dan jika pengurusan kualiti begini nampaknya dengan MAS sekali bungkus nampaknya – MRM

Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis. Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.




Chef Wan - 'Nasi Lemak MAS Macam Telanjang'

nasi lemak mas

Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini. Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:

“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini.

Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations?

Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”





SM sangat bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar. Umum sudah tahu nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini. Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.

sumber

Air Embun Beku Di Puncak Kinabalu

Ranau: “Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung Kinabalu’, Nais Momin, 45.

Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu. 


“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin. 

“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.




Putih seperti kapas

“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang. Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui di sini, semalam.
Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.

“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.

“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.

Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, 29, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelum ini.


Suhu bawah paras beku

Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.

“Memang kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata ke-adaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa.

“Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji,” katanya.


sumber

Amaran Kepada Pemegang Kad DEBIT / Kad KREDIT (Wajib Baca)

Sekadar kongsian untuk semua, silakan share jika anda tidak mahu kawan kawan anda terkena macam yang dinyatakan terima kasih




debitmaybank1-1024x699


debitmaybank1-1024x699Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
untuk kawan-kawan fb, just nak share apa yang berlaku pada kawan saya hari ni.
lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:


Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok…( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya….
Wi: boleh dapatkan no ic…
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy…
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun…
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol…
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan…skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad…
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx…
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.

Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan…en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk…npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan…
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment…ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama…( trus letak phone)
Darah dah tak tenteram, buka terus maybank2u…


Nasib baik, duit masih ada…apa lagi, cepat-cepat kol maybank buat pengesahan…
pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau…dia xberjaya mengambil duit dari akaun en…sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami. Kan dah jadi masalah besar..!

sumber




"Detmold Child", Mumia Bayi Yang Berusia 6500 Tahun


Biarpun meninggal dunia pada usia kurang dari 10 bulan, namun jasadnya kini sudah berusia kira-kira 6500 tahun. Itulah keistimewaan mumia bayi dari Peru ini. Mumia yang lebih dikenali sebagai 'Detmold Child' ini diawetkan sekitar tahun 4504-4457 Sebelum Masihi. 3,000 tahun lebih awal sebelum kelahiran King Tut.

Cara memumiakannya pula adalah melalui persekitaran gurun yang panas dan kering. Ketika hidup, bayi ini dikatakan mengalami masalah jantung yang serius dan menderita akibat masalah pertumbuhan. Selepas paru-parunya mengalami radang dan gagal untuk berfungsi, bayi ini meninggal dunia dan dimumiakan bersama tangkal azimat yang digantung pada lehernya.



Gempak !! Batu Raksasa Di Colombia


The Rock of Guatape merupakan batu yang terbesar dan terletak di Colombia. Beratnya telah mencecah 10 juta tan dan ketinggian batu ini juga mencecah 200 meter.

Terdapat juga sebanyak 649 anak tangga yang terletak di salah satu celah batu tersebut. Di puncak batu ini, terdapat para penjual makanan dan minuman. Bukan itu sahaja, pemandangan yang sangat indah pun boleh menyucikan mata anda.




Lelaki Cedera Parah, Myvi Terjunam Dari Tingkat 4 Pusat Beli Belah


Seorang lelaki parah apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan letak kereta di sebuah pusat beli belah di Kompleks Asia City, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi tadi
Mangsa berusia 50-an ditemui dalam keadaan tersepit namun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kisah Pengislaman Adam Corrie Lee


Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?

1. Kaabah. – sy suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.

2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.


3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

“Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah.”

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya

sumber

(MESTI BACA) Keburukan Makan 'Pearl'


Admin dah lame dengar pasal kes ni, tapi tak tau lah nak percaya o tak, tapi baru2 ni admin ade tengok kat berita yang kerajaan menghentikan kemasukkan dan penggunaan benda ini disebabkan penggunaan barang terlarang di dalam pembuatan dia. Admin ada google cari fakta2 tentang kes ini, Ni yang admin dapat, moga bermanfaat ye.


  1. Memakan pearl didalam buble tea adalah sama dengan memakan plastik kerana Pearl dibuat dari serbuk casava yang membawa kepada kerunan sianida.
  2. Protein Sekoi(Mullet) di tambah didalam ramuan pearl ini untuk menambah kekenyalan dan ketahanan pearl. Protein ini adalah sejenis bedak plastik and again, it is a plastik ok!!! Plastik tidak boleh dihadam oleh badan kita maka ia akan menjadi bahaya didalam tubuh badan kita.
  3. Menurut pakar2, terdapat banyak mineral berbahaya didalam penggunaan pearl ini antaranya plumbum, arsenik dan tembaga.
  4. Pengambilan berlebihan akan memberi pelbagai kesan kepada kesihatan kita seperti kerosakan buah pinggang dan sakit jantung.
  5. Bukan sekadar wujudnya karsinogen biphenyls aspolychlorinated, ada juga bahan lain seperti styrene, acetophenone dan brominated yang mana seharusnya bahan itu tidak ada dalam bahan makanan. Menurut pengkajinya, Manfred Moller bahan tersebut secara perlahan akan mengganggu kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf dan kekacauan sistem endorkin.
  6. Menghisapnya melalui sedutan yang besar, bebola kenyal itu akan masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru. Atas faktor kesihatan, Jerman sudah mula memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk itu.



Mohon Share pada rakan2 ye...

PENTING!!! Terdapat banyak syarikat yang telah membuat ujian terhadap pearl mereka dan ada yang lulus... Adalah lebih elok jika kita melihat kelulusan itu dahulu sebelum kita minum. Admin tak cakap semua syarikat yang mengeluarkan berbahaya, akan tetapi kebanyakkan syarikat kantoi ujian makmal, sebab tu sampai kecoh kat TV...  semua terletak pada tangan sendiri ye. Admin jus sharing the info that i got!!!...heheheeh.....

sumber

Tabiat pelik yang hanya terdapat di China

on Thursday, January 30, 2014

Biasanya kalau tengok berita di TV3, mesti korang akan perasan TV3 akan siarkan cerita pelik dari China yang jarang jarang berlaku kat negara lain. Hari ni kita layan versi gambar lak yang berlaku di china, tapi aku tak jamin la kalau mende camni pun berlaku kat Malaysia gak

Seorang guru kungfu menunjukkan kekebalan diri dengan meng'drill' kepalanya sendiri


Gunakan topeng yang diperbuat dari bra untuk mengelak dari pencemaran udara di Beijing

Tunggu rawatan kerana eksiden

Bas banjir

Akhir sekali.. Menjemur pakaian di dalam bas


(MESTI BACA) Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala


Tidur merupakan aktiviti yang dilakukan oleh setiap orang di malam hari. Banyak manfaat yang dapat kita peroleh dari tidur di malam hari  tersebut. Beberapa manfaat tidur malam tetsebut iaitu dapat merehatkan minda dan fikiran kita setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti. Sesetengah orang gemar tidur dalam keadaan lampu menyala dan ada pula yang lebih selesa tidur jika lampu dimatikan. Jadi, adakah tidur dengan lampu menyala merbahaya bagi kesihatan tubuh badan anda...???

        Sahabat, tips kesihatan. Tidur dengan lampu menyala memiliki impak yang buruk untuk kesihatan tubuh anda. Ini kerana tidur dengan lampu menyala akan menurunkan kekuatan tubuh badan anda. Sehingga akan terdedah kepada serangan pelbagai penyakit. Tips kesihatan kali ini akan mengetengahkan sebuah artikel tentang bahaya tidur dengan lampu menyala. Inilah bahaya dari tidur dengan lampu menyala :


  1. Tidur dengan lampu menyala akan menghalang pengeluaran hormon melatonin dalam tubuh anda. Hormon melatonin adalah hormon yang berkaitan dengan kekebalan tubuh anda. Sehingga sangat dianjurkan untuk mematikan lampu saat tidur agar hormon melatonin dapat berproduksi di tubuh anda. Hormon melatonin ini dapat mencegah berbagai penyakit dalam tubuh anda termasuk kanser payudara maupun kanser prostat.
  2. Tidur dengan lampu menyala akan merangsang pembentukan sel kanser. Oleh sebab itulah, mematikan lampu ketika tidur di malam hari merupakan jalan penyelesaian paling mudah untuk mencegah penyakit kanser tersebut.
  3. Tidak menyalakan lampu sewaktu terjaga di malam hari juga sangat digalakkan. Ini disebabkan, paparan jangka pendek dari lampu menyala tersebut dapat meningkatkan risiko penyakit kanser.


       Demikianlah tips kesihatan berkaitan bahaya tidur dalam keadaan lampu menyala pada waktu malam. Diharapkan tips yang dikongsi dapat dimanfaatkan oleh pembaca-pembaca sekalian.

sumber

Gossip !! Aidil Zafuan Bakal Mendirikan Rumahtangga 14 Mac ini !


Tahniah buat Aidil Zafuan yang selamat merisik kekasihnya, Zarema Zainal baru-baru ini. Beberapa keping gambar sekitar majlis merisik itu telah dikongsikan portal di laman sosial.

Keputusan dari majlis tersebut, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal akan diijabkabulkan pada 14 Mac ini manakala majlis resepsi perkahwinan akan dibuat 16 Mac 2014. Meskipun begitu, kesahihan kedua-dua tarikh ini masih belum dipastikan.

Gambar majlis merisik Aidil Zafuan, zarema zainal, aidil zafuan dan zarema zainal nikah mac, info,

Gambar majlis merisik Aidil Zafuan, zarema zainal, aidil zafuan dan zarema zainal nikah mac, info,

Sumber 

Azwan Ali berang isu gelaran 'sampah' pada juri Masterchef Allstar


Perangai artis Azwan Ali meletus di rancangan Meletop di saluran Astro Ria. Azwan yang berang setelah ditanya tentang isu menggelar juri dengan gelaran ' sampah ' ketika terkeluar dari MasterChef All Star.


Ini secara tidak langsung menaikkan darah Azwan Ali yang berang dengan pertanyaan Neelofa dan Nabil tentang isu menggelar juri sampah setelah ditendang keluar apatah lagi ditambah pedas oleh Micheal Ang secara terbuka .

Semasa sesi pertama, Azwan yang sering berkata ''Why bother why bother'' itu telah berjalan keluar dari set dengan gaya bengang. Pada sesi kedua selepas iklan, dia kembali ke set dibawa oleh Micheal Ang dan kembali menjawab soalan-soalan panas.

Mereka (Micheal Ang dan Azwan Ali) benar-benar bergaduh di set, Micheal Ang menjawab tiada lakonan ketika di dalam Masterchef dan ianya benar telah berlaku.

Pada segmen terakhir, Azwan berkata walaupun dia sering mencarut kepada Micheal Ang di twitter akan tetapi ia bagus kerana tak berani melawan tidak seperti artis lain yang memaki hamun beliau seperti ditwitter.

sumber




Gempar !! Pokok Misteri Di New Zealand


Ada yang unik di  New Zealand . Ada kumpulan pokok yang berdiri condong , Maklum saja , pokok - pokok ini ditiup angin dari Antartika terus menerus . Sungguh menakjubkan dengan bentuk hutan ini , anda boleh melawat Slope Point .

 Dari Amusing Planet , kawasan ini berada di paling utara South Island , New Zealand . Bentuk pokok yang aneh ini semata - mata kerana terpaan angin sejuk yang tanpa henti dari Antartika . Angin barat daya yang sejuk ini membuat pokok membengkok , condong dan seperti ditiup angin kencang .

 Slope Point biasanya menjadi tempat untuk  haiwan ternakan seperti kambing biri-biri . Tidak ada penduduk yang tinggal di sini . Meski ada sebuah rumah di sebalik pokok - pokok , tetapi  rumah tersebut tidak berpenghuni . Selain pemandangan hutan berpohon condong , kawasan ini juga mempunyai panorama tebing nan memukau .

 Tepian tebing laut yang terhad dengan tebing menyajikan pemandangan yang seperti lukisan . Jika ingin bergambar dan mengabadikan hutan condong ini , boleh melawat tempat ini dengan mengikuti papan petunjuk jalan berwarna kuning .





 Papan ini menunjukkan jarak dari titik tersebut ke Khatulistiwa atau ke Kutub Selatan . Nah , hutan pokok condong ini boleh  sampai kira-kira 20 minit jalan kaki dari papan manual berwarna kuning tersebut . Tidak jauh dari sana , ada juga menara rumah api yang menggunakan tenaga matahari . Menara ini berada tidak jauh dari padang ladang.




Kapal Bersalut Emas RM13 Billion Milik Siapa?

on Wednesday, January 29, 2014

Siapakah Rakyat Malaysia Yang Beli Kapal Bersalut Emas RM13 Bilion? | Jika dahulu, gelaran pemilik kapal mewah termahal dunia disandang oleh Roma Abramovich yang mana merupakan pemilik kelab bola sepak gergasi dunia Chelsea, kini dikatakan jatuh ke tangan seorang rakyat Malaysia pula. Siapakah beliau sebenarnya? Kita sebenarnya mengenali beliau kerana beliau antara yang terkaya di Malaysia terutama dalam menjalankan perniagaan gula. Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Robert Kuok. Kapal yang ditempah khas ini dikatakan bernilai RM13 bililon. Fuh memang sangat mahal!

kapalemas1

Tan Sri Robert Kuok, beliau merupakan Billionair Malaysia yang mempunyai kekayaan bernilai antara RM37.2 billion.

Raja Gula Asia ini telah menggemparkan banyak pihak apabila membeli sebuah kapal mewah bernilai RM13.38 billion.

Kapal berkenaan yang 10 kali ganda lebih mahal daripada kapal peribadi paling mahal didunia sebelum ini milik Roma Abramovich (Pemilik Kelab Chelsea) kini merupakan kapal mewah termahal dunia.

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.




sumber

Sedih Menang Anugerah,Tapi Terpaksa 'Makan Pasir'

Syafie Naswip menangis memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 25 tahun lalu menerisi filemSonglap. Tapi sayang, selama dua tahun dia menderita tidak dipedulikan walaupun banyak menerima anugerah.

Dalam satu luahan kepada wartawan mStar Online iaitu Kemalia Othman, pelakon Syafie Naswip berkata kejayaannya memenangi beberapa anugerah dalam industri lakonan tidak memberi apa-apa makna.

Syafie, 21, juga menerima nasib malang. Selepas menang anugerah, dia hilang ‘pekerjaan’ selama dua tahun.

Semasa menerima anugerah, dia menitiskan air mata terharu. Tetapi air matanya terus keluar selepas itu kerana tak ada sesiapapun nak mengiktiraf bakat dan kebolehan dia walaupun juri telah melihat pelakon ini mempunyai potensi untuk berjaya.

Syafie yang popular dengan watak Mukhsin pernah memenangi beberapa anugerah termasuklah pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2007, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM22 & FF25) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Seri Angkasa.

Ia satu pencapaian yang luar biasa buat anak muda ini selepas bakatnya dicungkil oleh Allahyarham Yasmin Ahmad menerusi filem Mukhsin.

Kalau saya jadi Syafie, persetanlah dengan anugerah-anugerah di Malaysia ni. Anugerah hanya sekadar pengiktirafan yang belum tentu dapat mengisi periuk nasi kita untuk kelangsungan hidup.

Sebab itulah jika yang menang seribu anugerah sekalipun di negara ini, usahlah mendabik dada kerana kita tidak tahu apa akan jadi apabila berada di hujung-hujung usia.

Kecemerlangan seseorang artis di Malaysia diukur kepada populariti. Kalau tak popular, jangan haraplah nak dapat peluang berlakon.

Maaf ya... menang anugerah sebakul pun kalau muka tak jambu, tak handsome, tak bergetah, susah nak dapat peluang. Itulah ukuran dunia seni kita.

Apabila Rita Rudaini kata pelakon kita harap muka ‘jambu’ tapi lakonan mereka ‘hampeh’ saya sokong seratus peratus.

Muka-muka yang lawa hanya layak untuk dijadikan cover muka depan dan poster dalam majalah dan surat khabar. Apabila suruh berlakon, keras macam kayu.

Puncanya dek kerana terlalu ramai pengarah dan produser pada hari ini terlalu ambil mudah soal bakat seseorang.

Hasilnya terbentuklah lambakan golongan ini tetapi kebolehan tak seberapa.

Maka mereka mulalah mencari publisiti dengan melakukan segala kontroversi untuk menjadi popular kerana mereka sedar dengan cara itu sahajalah mereka akan mendapat peluang.

Apabila populariti bersandarkan kontroversi ini menjadi pilihan, dunia seni kita akan hancur lebur dan jadilah macam Syafie Naswip yang terpaksa hidup bagaikan peminta sedekah selama dua tahun gara-gara dipinggirkan.

Wow... dengar cerita ada produser drama beli motosikal kuasa besar kat pelakon barunya. Patutlah artis baru sekarang ni naik lemak!



sumber

Pelik Larva Biru Di Kawah Ijen




Jika biasanya lelehan larva Merah yang menyembur dari dalam Gunung Berapi sangat ditakuti oleh seluruh mahluk hidup bahkan ribuan langkah kaki bergegas berhamburan menghindari terjangan larva panas yang dapat mematikan seluruh mahluk hidup, namun jenis larva di Kawah Ijen yang satu ini nampaknya berbeda.

Larva berwarna biru yang satu ini justru menjadi daya tarik bagi para wisatawan yang berkunjung, pasalnya meskipun larva ini keluar dari kawah dari gunung berapi aktif, para pengunjung tetap dapat menikmati fenomena alam yang sangat mengagumkan tersebut dari dekat.

Terlebih jika pengunjung menyaksikan keindahan larva Biru di malam hari, keindahannya sangat mempesona. Kilatan cahaya larva yang berwarna biru merupakan keindahan alam yang sangat luar biasa.

Larva yang menyembur dari dalam Gunung Berapi ini berasal dari kedalaman hingga 200 meter Kawah Ijen di Gunung Ijen, Jawa Timur.gunung ijen

Penambangan sulfur yang biasa dilakukan para pekerja dilokasi ini membuat kandungan larva yang berada di kawah ini terkesan berbeda.

Tak hanya tersohor dengan keindahan serta keunikan larva yang sangat luar biasa dari Gunung Ijen. Aktvitas para pekerja tambang yang membawa sulfur dari dasar kawah pun menjadi pemandangan yang mampu mempesona para pelancong yang berkunjung ke tempat wisata ini.

Para fotografer biasanya tak akan membuang kesempatan untuk mengabadikan beberapa gambar menarik yang diambil di kawasan ini.

Terlebih potret para pekerja tambang yang bekerja penuh resiko dengan peralatan kerja yang sangat sederhana serta minimnya perangkat keamanan, para pekerja ini hanya mengandalkan alat besi serta keranjang bambu.

Tak hanya keindahan alam nan eksotis yang ditawarkan di tempat wisata Kawah Ijen, karena dibalik pesonanya tersimpan sekelumit kisah mistis yang menyelimuti kawah Gunung berapi ini.

Jika Anda tertarik untuk menjelajahi keindahan alam di Gunung Ijen sebaiknya pahami dahulu medan serta kondisi di pegunungan ini taka da salahnya mencari informasi sebanyak mungkin pada masyarakat setempat, hal tersebut bertujuan agar Anda terhindar dari hal – hal yang tidak diinginkan.

sumber

Sinaran cosmos akan memasuki bumi dari marikh

Malam ni pd pkl 12.30-3.30 pg sinaran cosmos akn memasuki bumi dr marikh. Sila matikan telefon pd waktu malam. Jangan letakkan telefon berdekatan anda dan pastikan tiada telefon diletakkan berdekatan anda semasa tidur kerana menurut NASA menerusi berita BBC sinaran tersebut sangat merbahaya. Sebarkan Dari P5 ATB 2 -maklumat di terima dari ESSCOM menyatakan tsunami kemungkinan akan melanda pantai timur sabah dalam masa 36 jam. Mereka terima dari Jabatan Kajicuaca Sabah. Maklumat lengkap akan menyusul. D Tv3 tadi disiarkan esok diramalkan ribut d Sabah dan Labuan. Brunei juga. Pahang diberi amaran banjir besar lagi kali kedua. TERKINI!!Jepun telah memberi amaranTsunami 6-7 S.R dalam masa 36 jam dan semua diarah berjaga-jaga. Amaran angin kencang, laut bergelora - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131226/dn_30/Amaran-angin-kencang-laut-bergelora ACEH pukul 5 pagi tadi mendengar suara anjing lagi mengaum sperti suara raksasa utk yg kedua kalinya dari bawah dasar laut Samudra Pasifik . Menurut para ulama, itu suara Dajjal yg berusaha naik ke dunia. Oleh krn itu kita diperintahkan : Sentiasa tidak berhenti mngumandangkan azan dan mendirikn solat. MESIR DILANDA SALJI , RIBUAN IKAN TERDAMPAR DI LAHAD DATU dan yang terbaru IKAN LUMBA-LUMBA , KETAM , DAN SEGALA JENIS HAIWAN LAUT LARI KE DARAT DI PELANTAR PERAIRAN TERENGGANU SEHINGGAKAN PEKERJA PELANTAR MELAUNGKAN AZAN ! Dan sekarang ni dikatakan PERALIHAN KUTUB sedang berlaku dan UMAT ISLAM perlu update BEARING KIBLAT masing-masing . Hanya Allah sahaja yg maha mengetahui . Jika ada perubahan kutub makna nya matahari akan berubah arah dan terbit dari sebelah barat . Siapa yg membaca ini, tlng sebarkan. Sila hantar kepada rakan anda agar dismpikan berita ini. Jgn dipermainkan, Lillahi Ta'ala . Demi Allah ini amanahmu. Kiriman dri kawan saya semoga menjadi peringatan. Wallahua’lam....




sumber




Sorok Isteri Dalam Bilik Air ?

Sorok Isteri Dalam Bilik Air ? | Demi mengelakkan isterinya ditahan, seorang lelaki Myanmar sanggup menipu dengan mendakwa tinggal sendirian apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Belakang Masjid Intan Syafinaz, Anak Bukit, dekat sini, semalam.



Dalam serbuan pada jam 3 pagi, lelaki berusia 30-an itu dipercayai menyembunyikan isterinya di dalam bilik air sebelum wanita terbabit berjaya meloloskan diri menerusi pintu belakang ketika anggota Jabatan Imigresen Kedah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan berkenaan. 


Walaupun wanita itu berjaya melarikan diri, namun suaminya ditahan bersama 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) lain berusia 19 hingga 40 tahun dalam Ops 6P selama lima jam bermula jam 12 tengah malam di sekitar daerah itu, Pendang dan Yan. 

Ketua Bahagian Penguat kuasanya Nar Azaman Ibrahim berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas 38 warga asing terdiri warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar di tiga lokasi berkenaan. Katanya, daripada jumlah berkenaan 14 daripadanya didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen. Menurutnya, mereka membabitkan 12 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar yang dikesan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. 

 “Dalam serbuan itu, kami turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh kerana menetap lebih masa dalam negara dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama,” katanya. Sementara itu, dalam operasi berasingan kira-kira jam 9 pagi kelmarin, empat lelaki warga Bangladesh berusia antara 30 hingga 36 tahun ditahan kerana melanggar syarat pas diberikan di sebuah premis perniagaan di Sungai Petani, di sini. 

Menurutnya, mereka ditahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali. Semua PATI berkenaan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Juru di Pulau Pinang atau Langkap di Perak untuk siasatan lanjut. 

sumber

Kenapa Ada Poket Kecil Pada Seluar Jean

on Tuesday, January 28, 2014

Pelik! Mengapa Terdapat Poket Kecil Pada Seluar Jean? | KisahBest.My percaya, hampir rata-rata orang lelaki di sini pernah memakai seluar jean. Jika ada yang beranggapan ia merupakan seluar yang kurang sopan, kenyataan tersebut tidak benar. Namun kita bukan mahu bercakap tentang soal pakai ke tidak, tetapi tentang keunikan poket kecil yang terdapat pada bahagian atas poket besar. Bagi kita ia seolah-olah seperti tiada fungsi. Tapi sebenarnya ia mempunyai fungsi dan sejarahsejarah yang tersendiri.











Pernah tidak terlintas difikiran? kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans”.

Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “.

Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.

Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin mengekalkan fesyen asalnya. Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi sebagai tempat menyimpan butiran emas.

sumber

ISTERI "RESTU" AWIE BERCINTA SEMULA DENGAN ERRA FAZIRA

penyanyi & pelakon, Awie lega apabila mendapat persetujuan daripada isterinya, Rozana Misbun, untuk ‘bercinta semula’ dengan Erra Fazira. 

Namun hubungan tersebut hanyalah sekadar mengamit semula nostalgia filem yang fenomena sekitar tahun 90-an iaitu Sembilu dan Sembilu 2 yang akan dipertontonkan dalam satu pementasan teater muzikal bertajuk Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’. Pementasan konsert berkenaan merupakan cetusan idea daripada Awie sendiri. 

“Sebelum memulakan langkah, orang pertama saya jumpa ialah isteri saya, Rozana. Saya beritahu dia tentang idea projek ni. Saya tahu yang saya harus jaga perasaan dia malah perasaan ramai orang” 

“Mula-mula tu dia terperanjat juga lah. Tapi saya berterima kasih kepada dia kerana memberi saya lampu hijau. Katanya demi kerja dan karya, kenapa tidak. Lagipun dia adalah peminat Erra dan Ziana,” kata Awie ketika di sidang media pengumuman konsert berkenaan, bertempat di Istana Budaya, semalam. 

Tambah vokalis kumpulan Wings ini lagi, selepas ‘mendapat restu’ daripada isterinya, beliau yang kebetulan berjumpa dengan Ziana Zain sewaktu di sebuah acara, terus menyuarakan hasratnya kepada teman seangkatannya itu. Kelegaan kali kedua dirasai apabila penyanyi bersuara lantang itu menyambut baik idea projek tersebut. 

“Kemudian saya jumpa Ziana masa kami kebetulan buat show di sebuah acara. Saya beritahu dia tentang idea konsert ni dan dia terus setuju. Tapi dia bertanya kepada saya bagaimana pula dengan Erra. Ketika tu saya belum lagi berjumpa dengan Erra” 

“Sewaktu program saya, ‘Tunggu Sekejap’ pihak TV3 buat kejutan pada saya dengan mengundag Erra jadi tetamu program tu. Sewaktu itu saya suarakan hasrat saya. Tergagap-gagap jugalah saya nak akap dengan Erra. Tak sangka dia juga menyambut baik projek ni”, jelasnya sambil diperhatikan oleh Erra dan Ziana yang turut hadir pada sidang media berkenaan” 

Bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, pementasan selama 7 hari berturut-turut ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung yang pernah menggegarkan industri filem Malaysia dua dekad lalu iaitu ‘Sembilu’, ‘Sembilu 2′, ‘Tragedi Oktober’, ‘Maria Mariana 2′ dan ‘Merah’. 

Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sorotan babak-babak dari deretan filem tersebut sebagai teras dan latar penceritaan. 

Dalam pada itu, Awie juga menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk melakonkan semula babak-babak romantis sepertimana lakonanya dengan Erra di dalam filem Sembilu. Bahkan beliau bersedia menerima apa saja kritikan. 

“Lakonan hanyalah lakonan dan kami profesional. Mungkin lakonan kami akan jadi lebih daripada yang pernah kami lakonkan sewaktu dalam filem dulu. Dan saya sedia menerima apa saja kritikan baik atau buruk” 

“Konsert ni ada dua segmen. Pertama, kami bertiga akan mendedangkan lagu-lagu hit daripada album kami. Segmen kedua adalah teater muzikal. Kita ambil momen dan beberapa babak masterpiece dalam lima filem yang disebutkan dan kita pertontonkan semula pada peminat”, jelasnya sekaligus memberitahu simbolik judul ‘Suara Kita’ itu bermaksud suara mereka bertiga yang optimis untuk mengembalikan semula nostalgia para penonton” 

Menelan kos sebanyak RM1.4 juta, Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’ diterbitkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd. Konsert ini juga mendapat sentuhan Eirma Fatima sebagai Pengarah Bersama, penerbit acara berkaliber Azmi Zainal Abidin sebagai Pengarah Produksi dan komposer hebat Edrie Hashim sebagai pengarah muzik. 






sumber




‘Pengawal pintu’ mati terdampar ditepi sungai

on Monday, January 27, 2014

Alor Gajah: Bangkai seekor buaya tembaga dipercayai berusia hampir 100 tahun digelar ‘Pengawal Pintu Sempadan Sungai’ ditemui terdampar di tebing sungai Kuala Linggi di Kota Simpang, Lubok Cina, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, buaya tembaga dengan ukur lilit hampir tiga meter dan berat tiga tan itu digelar pengawal pintu sempadan Negeri Sembilan - Melaka berikutan sering menonjolkan diri setiap kali nelayan turun ke sungai untuk menjaring udang galah dan ikan. 








Kejadian disedari seorang nelayan sungai Zainal Md Ali, 63, kira-kira jam 9.30 pagi ketika menjaring udang selepas terhidu bau busuk dari tebing sungai sebelum menemui bangkai buaya tembaga sepanjang tujuh meter. 

Menurut Zainal, dia terpandang reptilia terbabit dipenuhi lumpur lalu mendekatinya sebelum menyedari ia tidak bergerak dan dipercayai mati tiga hari lalu dalam keadaan dihurung lalat selain tubuhnya dicarik biawak.

“Kepala buaya berkenaan menghala ke tebing sungai dan saya lihat seluruh badannya dipenuhi lumpur dipercayai tidak berupaya bergerak kerana sudah tua.


sumber

Ulat Bulu Menyerang

Ipoh: Kehidupan 100 penduduk sekitar kampung Ulu Kuang, Chemor, di sini, terganggu apabila kampung mereka diserang ratusan ulat bulu sejak lima hari lalu hingga menyebabkan ada peniaga di kawasan terbabit yang terpaksa menutup gerai makanan mereka berikutan tidak tahan diganggu serangga berkenaan.

Ulat bulu sebesar jari kelingking yang menyebabkan rasa gatal apabila terkena pada anggota badan ditemui membiak dengan banyak di pokok dan kerap jatuh mengenai orang ramai. 


Penduduk Suhaini Hamidi, 36, berkata, serangan ulat bulu itu pada bermula di sebatang pokok di bawah gerai makannya sebelum merebak ke beberapa pokok lain. 

“Masalah ini sudah berlarutan hampir seminggu dan saya terpaksa menutup gerai makan saya dua hari lalu selepas tidak tahan dengan serangan serangga berkenaan.






“Pada awalnya saya menyangka kehadiran ulat bulu itu perkara biasa namun apabila jumlah ulat itu semakin bertambah, saya mula cemas,” katanya ketika ditemui di kedai makannya, di sini, semalam.


Menurut Suhaini, kehadiran ulat bulu itu menyebabkan perniagaannya terganggu dan kerugian apabila terpaksa menutup gerai makannya. 

“Ulat bulu ini bukan saja banyak berlegar di sekitar kedai makan, malah pernah beberapa kali terjatuh terus ke dalam air minuman pelanggan. Perkara seperti ini nyata memberi tekanan kepada saya sebagai peniaga makanan,” katanya. 

Katanya, serangan ulat bulu itu kali kedua di Kampung Ulu Kuang, namun serangan pertama beberapa tahun lalu tidak sebanyak sekarang. 

sumber

Mizz Nina Akan Menyanyi Di Hadapan Penonton Wanita Sahaja



Satu demi satu perubahan dilakukan oleh Mizz Nina. Pasti Noh Salleh bangga dengan apa yang diusahakan oleh isterinya ini. Selepas berhijab baru-baru ini, Mizz Nina kini mengambil keputusan untuk hanya menyanyi di hadapan wanita sahaja. Keputusan ini diambil atas kesedarannya sendiri dan bukan atas paksaan orang lain.

Berkata kepada Berita Harian, Mizz Nina menegaskan yang dia tidak menyesali keputusan ini. Kata Mizz Nina:-

"Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah. Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya. Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu"

Semoga keputusan ini akan membawa lebih keberkatan dan ketenangan dalam hidup Mizz Nina. Mizz Nina mampu menjadi idola wanita berjaya kepada remaja-remaja di luar sana. Semoga suatu hari nanti, Mizz Nina akan menjadi “role model” seorang muslimah yang hebat buat wanita-wanita lain kelak. Sama-samalah kita doakan.

sumber

Gempak !! Sebab-Sebab Penjara Pudu Ditutup



"BILIK TERAKHIR "

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".
Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.

 Aku pun terkena, jadi aku bg korang terkena lah pulak ye. hehehehe

*Jangan MARAH yer....*

Jururawat dikurung, jadi hamba kenalan Facebook

on Friday, January 24, 2014

Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19.

Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.






Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.

Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.

Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama.

sumber


Salji Di Malaysia Pada Tahun 2015

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam. Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat: Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:
1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH. -- (Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman? Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.' (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran. ALLAH SWT berfirman: Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat: Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

sumber



Michael Schumacher mungkin tidak akan sedar dari koma


KEADAAN juara Formula Satu dunia tujuh kali,  Michael Schumacher dilaporkan berbahaya sekiranya ditinggalkan dalam keadaan vegetatif berterusan walaupun keluarganya masih mengharapkan wira nombor satu itu sembuh seperti sedia kala.

Lagenda F1 Jerman berusia 44 tahun itu berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu.

Menurut laporan Mirror, walaupun keadaan Schumacher stabil, doktor bimbang sekiranya kerosakan otak Schumacher akan menyebabkan beliau mengalami sindrom Apalik.

Laporan itu menyebut, walaupun jika doktor berjaya menyedarkan Schumacher daripada koma, beliau masih tidak dapat bercakap, bergerak atau makan sendiri.

Koma yang dialami Schumacher memerlukan masa untuk sembuh.

Walaupun keluarga dan rakan-rakan Schumacher memberikan sokongan moral, mereka tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka bahawa keberangkalian Schumacher untuk sembuh adalah tipis, laporan itu menambah.

sumber

(ALHAMDULILLAH) Jenazah Nursyafiqah Selamat Dikebumikan-Al-Fatihah

Kes pembunuhan ke atas kanak-kanak berusia dua tahun, Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah disifatkan paling kejam pernah berlaku di Terengganu.
Ironinya, nyawa mangsa melayang ditangan penagih dadah yang juga kekasih si ibu.
Bagaiamanapun, jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Limbong Paka selepas solat maghrib semalam.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ini sebaik jasad Nursyafiqah dimasukkan ke liang lahad.
Terdahulu jenazah dibawa pulang dari bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, HSNZ Kuala Terengganu.
Ibu bapa mangsa dibenarkan melawat jenazah di unit forensik hospital itu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
Ibunya yang juga suspek kes pembunuhan itu bersama suaminya sedang menjalani penjara di Marang diberi tempoh 20 minit berada di sisi jenazah sebelum bapanya dibawa semula ke penjara Marang.





Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 tiga hari lalu, mayat kanak-kanak malang itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di lokasi kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah.
Pengawal keselamatan itu yang kemudiannya memasuki rumah berkenaan terkejut apabila melihat mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan separuh bogel terbaring di dalam tandas dan berlumuran darah lalu melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.


Ahli forensik sedang menjalankan siasatan.

Susulan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa 2, Dungun, Terengganu, semalam.

Mangsa dikenali Nursyafiqah Adawiyyah, selesai menjalani bedah siasat yang bermula pukul 10 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan ibu saudara mangsa, Mukrimah Mamat 26 tahun yang dihubungi sebentar tadi.

Menurut Mukrimah, ahli keluarga kini berada di bilik mayat hospital berkenaan bagi menuntut jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, petang ini.

Jelas Mukrimah, anak saudaranya itu dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh kejam.

Katanya lagi, ibu mangsa, Rabiatul Adawiyyah Mamat, 28 tahun kini berada di Balai Polis Dungun untuk kawad cam bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3:20 petang semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di lokasi kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah.

Pengawal keselamatan itu yang kemudiannya memasuki rumah berkenaan, terkejut apabila melihat mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan separuh bogel terbaring di dalam tandas.