Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Perangai Aliff Aziz Teruk, Seluruh Produksi Berang

on Tuesday, April 15, 2014



MEMANG kami marah sangat dengan dia. Sebab dia buat hal, seluruh produksi kena tanggung. Jadual berubah, terpaksa tunda shooting hari lain pula,” kata seorang kru drama kepada Syed baru-baru ini.

Alamak, apa yang tak kena sampai kru produksi marah-marah? Apa yang Aliff Aziz buat sampai ada yang serik nak ambil dia berlakon lagi?

Syed mula-mula tak faham sangat sebab apa. Tapi apabila dirisik-risik memang Aliff banyak sangat buat hal di lokasi sampaikan orang produksi sudah tak tahan dengan perangainya.

Betul ke macam itu? Setahu Syed, Aliff ini tak seteruk yang disangka. Kalau orang yang rapat dengan dia tentu tahu yang dia memang lelaki yang baik dan hormat orang.

Tapi apa yang diceritakan oleh kru itu kepada Syed berlainan benar. Sebab mereka memang marah dan tak berapa kuasa nak layan perangai Aliff yang digambarkan cukup teruk.

“Sepatutnya shooting berakhir dalam masa tiga hari. Tapi hari kedua dia hilang terus dari set. Hari ketiga semua jadual pelakon terpaksa diubah sebab Aliff buat hal.

“Bukan sahaja kru mengamuk tapi pelakon lain juga terpaksa datang hari lain untuk habiskan penggambaran. Ada pelakon yang sepatutnya masuk set penggambaran lain tapi apabila Aliff tak datang terpaksa mereka jadualkan semula tugas.

“Cuma masing-masing tak kuasa nak marah-marah sebab Aliff bukan budak kecil lagi. Dah boleh fikir kesan kepada orang lain apabila dia tak datang lokasi,” bentak kru ini lagi.

Setahu Syed, Aliff memang ada ada masalah kesihatan sampaikan dia terpaksa dikejarkan ke hospital baru-baru ini. Tapi khabarnya tak ditahan di wad pun cuma masalah biasa-biasa sahaja.

Tapi ada orang kuat sebuah stesen televisyen membisikkan sesuatu pada Syed baru-baru ini. Katanya mereka memang sudah bersedia dengan kes-kes macam ini. Maknanya apa itu?
sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment