Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Adam Enggan Ulas Tentang Rumahtangga

on Thursday, April 17, 2014



Kisah rumahtangga Adam dan Fiza Halim telah beberapa kali menjadi bualan ramai walaupun usia perkahwinan mereka belum masuk tempoh setahun lagi. Adam enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut tetapi mengharapkan agar semua pihak mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Inilah lumrah kehidupan sebagai seorang anak seni yang mana menjadi asam garam untuk dilanda gosip. Saya dan Fiza tidak bergaduh kerana gosip yang melanda kerana kami berdua tahu yang ianya tidak betul," ujar Adam ketika ditemui di majlis pratonton filem 'Bahaya Cinta' yang merupakan kerjasama antara Malaysia dan Vietnam di One Utama, di sini pada Rabu.

Sementara itu Adam turut mengulas mengenai isu yang mempertikaikan kemampuannya untuk mengubati orang kerana kerjayanya sebagai seorang penyanyi yang mana dia menjelaskan yang dia masih baru dalam bidang pengubatan tersebut dan sedang dalam proses belajar.



"Saya masih belajar dengan seorang guru dan melihat bagaimana dia mengubat orang. Jadi, apabila dia tiada kelapangan barulah saya menggantikan tempatnya. Ada yang mempertikaikan hal ini kerana kerjaya saya sebagai seorang penyanyi yang berjoget dan menari. Ini semuanya kuasa Allah, hina sangat ke kerjaya saya sebagai seorang penyanyi? Kadangkala dalaman dan luaran orang itu berbeza, jadi usahlah menilai orang melalui kerjaya mereka," katanya.

Menurut Adam, dia ingin memberikan contoh yang baik kepada para peminat yang mana walaupun sebagai seorang artis dia bukan saja mementingkan dunia, malah turut ingat kepada Akhirat nanti.

Adam kini tampil dengan single terbaru berjudul 'Marmie Maafkanku' ciptaan Bajai. Lagu tersebut boleh ditujukan kepada ibu bapa yang terguris perasaan dengan tindak tanduk anak-anak.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment