Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Panas!!! "DADA" Rita Rudaini Dan Intan Ladya Bikin Peminat Bengang

on Saturday, December 6, 2014





Tak pasal-pasal nama dua pelakon jelita, Rita Rudaini dan Intan Ladyana jadi panas sekitar hujung minggu lalu. Semuanya terjadi gara-gara mereka berdua dikatakan terbabit dalam sebuah penganjurkan ‘Festival Dada’



Fuh! Festival apa pula ni, tak pernah dengar pun. Tapi, bila kami membuat risikan secara mendalam, rupa-rupanya, festival ini merupakan festival bas yg bakal diadakan di Putrajaya nanti.

Tapi, apa kaitan festival dada dengan bas?

Kenapa Rita Rudaini dan Intan Ladyana pun terlibat sama?

Nak dijadikan cerita, sebenarnya ia terjadi kerana kesilapan yg dilakukan oleh sebuah laporan akhbar mengenai ‘BusFest’. Ada ke patut ditulisnya ‘BustFest’.


Pembaca pun, bila dah tengok tajuk begitu, terus je buat andaian kononnya dua selebriti terkenal ini terlibat sama. Lebih melampau bila ada yang berkata dah tak sabar untuk ke Putrajaya menyaksikan Rita dan Intan menayang dada mereka.



Bila difikirkan, seriau pula kami rasa. Mana taknya, dengan hanya satu kesilapan kecil dalam ejaan, ia mampu menjatuhkah maruah dan reputasi seseorang selebriti.
Jadi, untuk semua pembaca meh sini kami nak bagi pencerahan. Untuk makluman, festival yang mencetuskan kekeliruan itu bukanlah satu penganjuran tak senonoh sebaliknya ia adalah satu bazaar membabitkan ramai selebriti terkenal dengan pengangkutan popular di Putrajaya iaitu bas.

Korang janganlah fikir bukan-bukan lagi eh? Kesian Rita dan Intan. Apapun, jom kita serbu BusFest pada 5 hingga 7 Disember ini. Dengar cerita peluang untuk berniaga pun masih terbuka. Mesti best!~Kredit kamithemedia.

kantoi !! pelakon buka tudung untuk berfoya-foya di kelab malam!



Perkenalan singkat bersama Liza mendedahkan bagaimana dia bersama tiga rakan dapat menyusup masuk ke dalam kelab malam berkenaan.

Liza berkata, dia berkunjung ke kelab malam itu bersama rakan yang menetap di kawasan kediaman sama sekitar ibukota.

“Kawan-kawan dewasa akan masuk dulu, lepas tu salah seorang akan keluar dan pinjamkan kad pengenalan mereka kepada kami.

“Bouncer takkan periksa kad pengenalan betul-betul, asalkan berusia lebih 21 tahun akan dibenarkan masuk,” katanya.

Ditanya sekiranya ‘bouncer’ berkenaan tidak mengesyaki dengan melihat wajah mereka berpadanan dengan kad pengenalan terbabit, Liza berkata ‘bouncer’ tidak akan berbuat demikian.

“Kalau mereka hendak lihat wajah pun, kad pengenalan milik rakan saya itu bertudung, susah juga mereka nak mengecam wajah sebenar yang sudah disolek.

sumber

Terbukti ! Cinta itu buta




Jururawat Kantoi ‘Kuliah’ Seks Dalam Bilik Asrama

on Wednesday, July 2, 2014

Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.
Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.
sumber

Zain Dakwa Bayinya Bersama Che Ta Punya Abs Dalam Foto Imbasan

on Monday, June 16, 2014

zain dakwa bayinya bersama che ta punya abs dalam foto imbasan


KL, 16 JUN 2014: Jika sebelum ini, pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta pernah menunjukan foto imbasan bayi mereka yang masih kecil dan berupa ketulan, terbaru Zain dedahkan satu lagi foto imbasan bayi mereka yang sudah pun nampak rupa dan bentuk badan sempurna.

Menerusi foto imbasan yang dikongsikan di dalam laman Instagram itu kelihatan bayinya seperti sedang memejamkan mata dan hampir cuku sifatnya.

Zain memberitahu dalam kapsyennya bayinya ada abs di badan. Wah jika apa yang Murai Batu lihat kebetulan memang perasa baby dia seolah-olah ada abs.

Berikut merupakan kapseynnya:

“Best caption of the year: My baby got abs”

Murai Batu tak pasti pula berapa usia kandungan Che Ta, tapi kalau tak silap Murai Batu ada dalam lebih kurang 4 bulan.

Wah Murai Batu tak sabar rasanya nak lihat dan tunggu kelahiran anak pertama mereka ini mesti comel macam kedua ibu dan ayahnya.

Orang Minyak Tewas Di Batu Caves


Penuntut ilmu hitam orang minyak dipercayai perlu merogol 99 anak dara selain mengamalkan beberapa ‘syarat dan pantang’ bagi membolehkannya mendapat apa yang dihajati seperti kekuatan menakjubkan, kemewahan dan kekebalan. 

Bagaimanapun, Yang Dipertua Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia, Mohd. Adzhar Abd. Latif berkata, perkara itu masih tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana kes membabitkan orang minyak di negara ini dianggap sebagai terpencil. 

“Ia berdasarkan apa yang diceritakan dan diberitahu oleh ‘orang dulu-dulu’. Pengamal ilmu orang minyak ini perlulah merogoI 99 perempuan yang masih dara sebagai syarat untuk mendapatkan apa yang dihajati. 

“Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Adakah benar pengamal ilmu orang minyak ini akan mendapat apa yang mereka hajatkan itu atau hanya sekadar mitos dan legenda semata-mata tetapi ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana membabitkan keselamatan orang ramai terutamanya anak dara,” katanya kepada di sini, hari ini. 

Beliau mengulas tindakan penduduk pangsapuri di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak di sini yang berjaya menangkap lelaki warga asing dipercayai mengamalkan ilmu hitam ‘orang minyak’. 

Mohd. Adzhar tidak menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam tersebut tetapi percaya penglibatan rakyat tempatan adalah minimum. 

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam di negara ini kerana kita ada mendengar kes pukau yang banyak berlaku kebelakangan ini. 

“Kes orang minyak ini pula jarang sekali berlaku dan kewujudannya perlulah dikaji semula. Saya tidak menolak kemungkinan wujud pengamal ilmu hitam tersebut tetapi kita perlu memastikan kewujudannya terlebih dahulu. 

“Saya juga percaya rakyat tempatan yang terlibat dengan pengamalan ilmu hitam sangat sedikit kerana berdasarkan statistik kes-kes membabitkan ilmu hitam seperti pukau dan sebagainya, ia memihak kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan Afrika,” jelasnya. 

Menurut Mohd. Adzhar, bagi penganut agama Islam, perkara seumpamanya perlu dihindarkan kerana ia hanya memesongkan akidah dan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik. 

“Sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mengamal atau mempercayai ilmu hitam ini. Ia merupakan perbuatan yang salah di sisi agama,” ujarnya.

Rockers pukul isteri depan orang ramai

on Saturday, June 7, 2014


Kuala Lumpur: Perbuatan seorang rockers terkenal memukul isterinya mengejutkan kakitangan dan pelanggan sehingga menimbulkan kekecohan sebuah bank di Ampang. 
Malahan sebelum tiba di bank berkenaan, wanita itu sudah ditampar oleh suaminya dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu. 


Tak dapat menahan kesakitan Hanya selepas beberapa hari insiden itu berlaku, ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan rockers ini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat perbuatan suaminya. 


Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock itu meminta isterinya membuat pengeluaran di bank berkenaan. 

Menurut sumber, penyanyi rock itu bertindak sedemikian mungkin disebabkan gagal mengawal perasaan marah terhadap isterinya. 

Tinjauan BH di tempat kejadian semalam, gagal untuk mendapatkan maklumat daripada kakitangan bank berkenaan. Usaha untuk mendapatkan gambaran kejadian tidak berjaya apabila kakitangan enggan mengulas atau seolah-olah tidak mengetahui berlakunya insiden itu.

Program Realiti Baru, Ibu Bers4lin Dalam Hutan

on Friday, June 6, 2014


Amerika Syarikat –Satu rancangan realiti disifatkan sebagai melampau apabila ia bakal merakamkan wanita mel4hirkan anak dalam hutan, tanpa bantuan doktor dan tiada tempat berteduh langsung.
Rancangan itu diumumkan oleh Lifetime yang akan menyaksikan wanita mel4hirkan anak dengan hanya dikelilingi oleh hutan belantara.

Menurut penerbitnya Eli Lehrer, hanya ibu yang pernah bers4lin sahaja dibenarkan menyertainya manakala kehadiran kru televisyen di situ adalah bagi meningkatkan keselamatan wanita terbabit.

“Kita akan melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan ibu dan bayi selamat,’’ katanya.

Rancangan realiti ini hasil cetusan satu video yang dimuat naik dalam Youtube oleh seorang pemegang akaun Youtube dikenali sebagai Birthinnature , di mana seorang wanita melahirkan anak di hutan belantara.

Video itu berjaya mencatatkan kira-kira 20 juta penonton.

Pengkritik bagaimanapun bimbang rancangan realiti itu akan mewujudkan trend bahaya yang boleh membahayakan ibu dan bayi.

Mari Jana Pendapatan Kita


http://fluidsurveys.com/wp-content/uploads/2013/05/Person+Quote3.png\





Salam # Income RM900 sehari "REGISTER PERCUMA" tiada
bayaran di kenakan (kalau anda rasa program ini satu penipuan,
ia tidak merugikan anda kerana anda tidak pun mengeluarkan
modal) tidak perlu cari orang dan tidak perlu jual barang. Anda
hanya perlu ada FACEBOOK / WHATSAPP / WECHAT termasuk
laman sosial yang lainya. Anda perlu open link di bawah ini dan
register. Anda terus dapat USD 25 x 3.4 = RM 85.00. Selepas itu
anda akan dapat link anda sendiri. Anda hanya copy ayat saya ini
dan post di laman sosial anda. Setiap orang yang buka link anda,
anda terus dapat USD 10 x 3.4 = RM 34.00. Sangat mudahkan ???
Anda boleh pilih cara pembayaran samada duit $$$ anda
dimasukkan ke akaun bank atau cek akan diposkan ke alamat
rumah anda. Jangan tunggu lagi. " REGISTER PERCUMA " sila
klik link di bawah ini dan isi maklumat anda. Belum cuba belum
tau dan tidak salahkan kalau mencuba 
Sila la klik link ni 
http://cashnjob.com/index.php?refer=187860

Jimmy Shanley Nikah Esok Di Shah Alam




Kuala Lumpur – Selepas menempuh pelbagai kontroversi ekoran kegagalan rumah tangga yang lalu, penyampai radio dan juga pengacara, Jimmy Shanley membuat keputusan menamatkan zaman dudanya apabila bakal melangsungkan perkahwinan dengan Mariam Abdul Jalil, esok.

Majlis perkahwinan tersebut akan diadakan di sebuah hotel di Shah Alam pada pukul 5 Petang.

Sebelum ini Jimmy pernah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010 namun sah bercerai pada 11 Oktober 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania Shanley.

sumber

(6 GAMBAR) WOW!! FESYEN LUTSINAR MELAMPAU RIHANNA

sudah tidak asing dengan kontroversi. Kali ini, Beliau diberi penghormatan pada Anugerah Icon Fesyen di Majlis tahunan Pereka Fesyen Amerika Syarikat pada hari Isnin lalu. Rihanna berjaya memastikan semua mata memandang ke atas beliau di majlis itu.








(6 GAMBAR) WOW!! FESYEN MELAMPAU RIHANNA

Penyanyi 'THE DIAMONDS' jadi tarikan kerana memakai dress LUTSINAR dihiasi dengan berlian dengan potongan mengikut bentuk tubuhnya.

Dress yang dinamakan "The naughty outfit" - Direka oleh Adam Selman dan terdiri daripada 216,000 jumlah kristal Swarovski.

Jom lihat beberapa gambar beliau yang menjadi kontroversi.


sumber

10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia!

Kita biasa mendengar kisah-kisah rumah berhantu, istana berhantu, kapal berhantu dan sebagainya, tetapi kali ini kami akan bawakan kepada anda kisah-kisah kereta api yang dikatakan berhantu
Ghost Station

Sesetengah daripada stesen ini dikatakan dibina berhampiran dengan tanah perkuburan, jadi kemungkinan ada elemen seram di situ.

Stesen Waterfront
Kanada

Waterfront Station Canada

Stesen ini terletak di Gastown, Vancouver dan masih digunakan sejak ia mula dibina pada tahun 1915. Namun, ia dikatakan sebagai salah satu bangunan paling berhantu di bandar tersebut. 

Seorang pengawal keselamatan pernah melihat seorang wanita sedang menari-nari dengan iringan muzik pada tahun 1920an. Ketika dia mendekati wanita tersebut, tiba-tiba sahaja wanita tersebut hilang dan muzik terhenti.

Seorang lagi pengawal keselamatan pernah terserampak hantu seorang wanita tua yang datang kepadanya namun kali ini pengawal itu pula yang melarikan diri. 

Malah, pernah juga berlaku kejadian misteri apabila meja-meja dipejabat yang tersusun dengan sendiri dan menghalang pengawal keselamatan daripada keluar dari biliknya.

Stesen Kereta Api Glen Eden
New Zealand
Glen Eden Station New Zealand


Glen Eden Station New Zealand

Stesen ini terletak di Auckland Barat ialah sebuah stesen yang mempunyai kaitan dengan tanah perkuburan kerana pembinaannya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada Tanah Perkuburan Waikumete. Ia digunakan untuk membawa mayat-mayat serta keluarga mereka ke kawasan perkuburan berdekatan pada hari ahad. 

Kafe yang baru dibuka di stesen itu pada tahun 2001 menyaksikan para pekerja melihat kelibat hantu yang kisahnya sudah diketahui umum.

Kisah ini adalah tentang seorang pekerja stesen kereta api bernama Alec MacFarlane yang terbunuh pada 11 Januari 1924 ketika satu cangkuk dari beg surat dari sebuah kereta api sedang bergerak telah terlekat di antar kedua matanya.

Mereka mempercayai yang Alec ialah hantu tersebut dengan janggut berwarna kelabu.

Stesen Metro Panteones
Mexico

Panteones Metro Station, Mexico
Panteones Metro Station, Mexico

Stesen di Line 2 yang menyambungkan Mexico City mempunyai pelbagai cerita menarik. Namanya itu membawa maksud 'tanah perkuburan' kerana ia dibina berdekatan dengan dua tanah perkuburan lama.

Dalam terowong di antara Panteones dan Tacuba, kelibat hantu dikatakan akan mengetuk dinding pada waktu malam.

Terdapat juga sebuah video menunjukkan para jurutera kereta api di situ terdengar jeritan yang kuat di sepanjang trek kereta api. Dalam video tersebut, jeritan itu boleh didengar pada saat ke 22, 55 dan 58. Jeritan itu sebenarnya seringkali didengar terutamanya apabila stesen itu ditutup pada waktu malam.

Stesen Kereta Api Macquarie Fields
Australia
Macquarie Fields Train Station, Australia
Macquarie Fields Train Station, Australia

Stesen kereta api pinggir bandar ini terletak di New South Wales, Australia dan pada dasarnya ialah sebuah stesen yang senyap dan menyenangkan. Namun, biasanya pada lewat malam, kelibat hantu remaja perempuan akan berlegar-legar di stesen itu dan kelibatnya pernah dilihat oleh orang ramai.

Dia akan berjalan sambil menjerit-jerit yang mana jeritannya akan menjadi semakin kuat. Dia berpakaian dalam pakaian menari dengan dadanya dipenuhi darah. Dia juga akan duduk di stesen itu sambil memandang ke depannya dan akan mengeluh dan mengeluarkan pelbagai bunyi.

Stesen itu turut mendapat perhatian pihak Ghost Haunting Australia yang berjaya mengambil gambar kelibat yang memerhatikan mereka.

Stesen MRT Bishan
Singapura
Bishan MRT Station, Singapore
Bishan MRT Station, Singapore

Sebenarnya terdapat beberapa buah stesen MRT di Singapura yang dikatakan berhantu, namun stesen ini adalah yang paling terkenal dengan kisah hantu. Ia dibina di bekas tapak tanah perkuburan Bi Shan Teng, kisah-kisah mengenai hantu mula kdengaran sejak ia mula dibuka pada tahun 1987.

Satu lagi stesen berdekatan, Novena turut dibina ditapak perkuburan dan juga telah keluar dengan cerita-cerita hantu sejak ia mula dibuka. Seorang wanita yang sedang meninggalkan kereta api pada tahun 1990an telah pitam dan apabila ia sedar, dia memberitahu bahawa dia telah ditarik oleh tangan yang tidak kelihatan ketika ingin keluar dari kereta api itu.

Para pekerja di stesen itu pula pernah menyaksikan pembawa keranda berjalan-jalan di trek stesen tersebut. Ada yang ternampak kelibat orang yang tidak mempunyai kepala, penumpang hantu dan sebagainya di sekitar kawasan stesen tersebut.

Turut tidak ketinggalan menambahkan misteri ialah orang ramai yang menaiki kereta api turut mendengar bunyi orang berjalan-jalan di atas bumbung kereta api yang sedang bergerak.

Stesen Kereta Api Begunkodor
India
Begunkodor Train Station, India
Begunkodor Train Station, India

Begunkodor ialah sebuah kampung kecil kira-kira 161 batu dari ibu negeri Bengal Barat, Calcutta. Penduduk tempatan sukar bergerak ke mana-mana sejak stesen tersebut ditinggalkan lebih 42 tahun lamanya sejak seorang pekerja stesen mendakwa ternampak hantu di situ dan dia kemudiannya mati tidak lama kemudian.

Hantu yang dikatakan seperti seorang wanita memakai sari itu telah menghantui stesen tersebut dipercyai adalah seorang wanita yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah kereta api. Adakalanya dia dilihat menari-nari di kawasan platform.

Stesen ini dibuka semula pada tahun 2009 namun sehingga kini tiada pula laporan sesiapa menyaksikan kelibat wanita itu berada di situ.

Stesen Kereta Api Bawah Tanah Caobao
China
Stesen Kereta Api Bawah Tanah Caobao
Stesen Kereta Api Bawah Tanah Caobao

Stesen di Line 1 di sistem kereta api bawah tanah Shanghai mempunyai reputasi yang menggerunkan. Terdapat 9 kes kematian yang misteri di situ. Manakala kereta api pula selalu mengalami kerosakan selain kelibat hantu yang dikatakan dilihat di situ selain kisah penumpang yang dikatakan ditarik dari platform oleh tangan yang bukan tangan manusia.

Seorang gadis memakai baju berwarna merah pernah dilihat di situ selepas dia membunuh diri dengan hanya duduk di kerusi platform di situ.

Manakala suara wanita ketawa kedengaran dalam kegelapan trek kereta api tersebut pada waktu malam ketika tidak ada sesiapa pun di situ.

Salah satu kisah yang paling menggerunkan ialah seorang pengguna telah jatuh dari platform yang menurut saksi, mendakwa ternampak 'sesuatu' menolaknya jatuh.

Stesen Kereta Api Addiscombe
England
Addiscombe Railway Station, England
Addiscombe Railway Station, England

Persekitaran kawasan stesen ini dilanda demam hantu sebelum ia dirobohkan pada tahun 2001 untuk membina tram. Seorang pemandu kereta api terbunuh pada awal tahun 1900an dan mungkin dialah yang ditemui di situ dengan kelibat yang agak kabur dalam pakaian warna kelabu. Dia seringkali ditemui berada di kawasan boiler air yang pernah meletup dan mengorbankan pekerja di situ.

Sejak meruntuhkan stesen tersebut, kelibat yang sama masih dapat dilihat dimana dia kelihatan memandang dari jauh di belakang pagar berdekatan Jalan Capri.

Mungkinkah juga dia adalah orang yang bertanggungjawab menggerakkan kereta api di tengah malam di saat-saat semua pekerja sudah pulang.

Stesen Kereta Api Connolly
Ireland
Connolly Station, Ireland
Connolly Station, Ireland

Stesen Connolly adalah salah satu daripada stesen kereta api terbesar di Ireland tapi telah di bom dalam satu serangan semasa perang dunia kedua berdekatan Jalan North Strand pada tahun 1941. 

Sejak itu, bangunan tersebut menjadi tumpuan orang ramai melihat kelibat para askar dan pernah juga pihak Irish Ghost Hunters menjadikannya subjek untuk dikaji kisah misterinya. 

Kononnya, askar memakai baju berwarna kelabu akan berjalan di platform stesen tersebut. Manakala seorang pengawal keselamatan di situ pernah melihat dua susuk tubuh berpakaian tentera melalui kamera pengawasan tetapi apabila dia berkejar ke tempat tersebut, dua kelibat tersebut telah pun hilang.

Stesen Kereta Api Union
Amerika Syarikat
Union Station, Phoenix, USA
Union Station, Phoenix, USA

Stesen yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat ini pernah menjadi stesen paling penting di bandar tersebut sehingga tahun 1950an. Namun, ianya ditutup sejak tahun 1995 oleh Amtrak dan selepas itu hanya digunakan sekali sekala untuk kereta api pelancong dan seumpamanya.

Stesen itu kini menjadi pejabat beberapa syarikat dan pekerja-pekerja di syarikat inilah yang pernah melihat kelibat hantu 'Fred'. Nama itu diberi oleh pengurus, Dudley Weldon kerana ia tiba-tiba tercetus di kepalanya.

Dia serta ramai lagi pekerja lain pernah melihat kelibat seseorang di bahagian loteng yang mereka percaya diduduki oleh Fred.

Terdapat juga sebuah pintu berat yang akan tertutup dan terbuka dengan sendirinya.



Saya sudah nasihatkan Nabila Huda, terpulang pada dia -Amy Search

on Wednesday, June 4, 2014




BARU-BARU ini ketika berlangsungnya majlis Anugerah Stail Eh! 2014, Nabila Huda telah dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi dan pastinya gelaran itu bukan sesuatu yang baru buat anak kepada lagenda rock neraga, Amy Search itu.

Walaupun pada hemat kami gelaran itu sebenarnya satu penghargaan terhadap gaya dan juga fesyen Nabila Huda, Amy Search sebagai bapa pastinya ada kurang senang apabila anaknya itu diangkat sebagai yang paling seksi dalam lautan selebriti di Malaysia ketika ini.

“Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya ada menegur dia. Tetapi segala tindakan dia adalah tanggungjawab dia sendiri. Saya hanya boleh menasihati,” jawab Amy Search ringkas kepada GUA dan turut berkata hubungan mereka baik baik sahaja.

Dalam kenyataan sama, Amy Search turut memaklumkan yang beliau bakal muncul dengan sebuah album solo tidak lama lagi.

sumber

Farah Fauzana Hangat Bercinta Dengan Pemain Bola Sepak Negara?


KL, 4 JUN 2014: Rasa Murai Batu selama mengenali Farah Fauzana atau mesra digelar Fafau di kalangan peminat-peminat serta orang di dalam industri hiburan tanah air sendiri, dia ini adalah antara artis yang sering tampil dengan imej yang cukup bersih.

Malah, Murai Batu juga nampak yang Fafau ni cukup rajin, kuat bekerja serta sangat komited dengan kerja-kerjanya sebagai pengacara televisyen mahu pun penyampai radio sampaikan Murai Batu tak dengarlah dia bercinta dengan orang itu atau orang ini.

Patutlah Fafau ni mampu berjaya dan masih mampu bertahan dalam tempoh yang cukup lama di dalam industri ni. Respek! Haa...Murai Batu harap orang-orang baru yang nak berjaya di dalam industri ini, kenalah ikut contoh macam Fafau ya.

Anyway, walaupun Murai Batu rasa kagum dengan semangat dengan dedikasi Fafau, tapi jauh di sudut hati MUrai Batu nak tengok jugak Fafau ikut jejak rakan-rakan seperjuangannya yang lain, yang dah pun berumahtangga serta membina keluarga masing-masing.

Kalau asyik kerja kerja kerja saja, sampai bila-bila membujanglah jawabnya Fafau oiii...Tapi, bak kata pepatah lama, diam-diam ubi berisi, diam diam Fafau, rupa-rupanya dia  intim dan hangat bercinta dengan pemain bola sepak.

Nama pemain bolas sepak itu, Murai Batu tak ingat pulak tapi jejaka yang bertuah itu adalah seorang pemain bola sepak kebangsaan.

Nak dijadikan cerita, perubahan imej yang berlaku pada diri Fara Fauzana yang kini nampak manis bertudung litup turut mendapat sokongan dari pemain bola tersebut.

Haa... Baguslah tu. Murai Batu tumpang gembira sangat bila dengar berita tersebut. Mudaha-mudahan hubungan mereka akan berkahir ke jinjang pelamin. Amin...

sumber

Dress Lana Nordin Menampakkan Bentuk Buah Dada Dan Bra Putihnya

on Monday, June 2, 2014



 


Asal artis seksi mesti Lana Nordin.. Kenapa? Sebab Lana Nordin Berani untuk berpakaian seksi dan tidak hirau jika ia akan mencetuskan kontroversi. Beliau cuba untuk tonjolkan kelainan untuk dirinya. Tapi jika anda perhatikan dress yang dipakainya ketika menghadiri salah satu anugerah artis tempatan, seolah-olah dressnya lutsinar dan menampakkan bentuk badannya. Bajunya kelihatan begitu cantik sekali selain daripada tipis sehingga menampakan bra putihnya.

RESTORAN TERKENAL "NASI KANDAR LINE CLEAR" BAKAL TUTUP


Nasi Kandar Line Clear, salah sebuah restoran India Muslim yang paling terkenal di Pulau Pinang ‎bakal menghadapi risiko penutupan gara-gara masalah pelesenan.


Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berkata akan mengambil alih semula tapak restoran itu di lorong sempit Jalan Pulau Pinang, George Town yang sudah beroperasi selama beberapa dekad jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi.

‎Isu pelesenan timbul berikutan pertikaian antara empat ahli keluarga yang pada mulanya bersetuju bergilir-gilir menjalankan perniagaan nasi kandar itu.

Sehingga kini, restoran tersebut diuruskan Abdul Hamid Seeni Pakir meskipun keluarga itu membuat perjanjian akan membenarkan beliau menjalankan perniagaan sehingga 2011.

Beliau sepatutnya menyerahkan perniagaan itu kepada sepupunya, Sahubarali China Mohd Hanibah pada 2011, namun didakwa tidak berbuat demikian.

“Kami akan berunding kembali dengan pihak kepentingan bagi menyelesaikan masalah ini dalam dua minggu. Berdasarkan hal itu, kami terpaksa mengambil tindakan bagi memastikan perniagaan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang.

“‎Kami berhasrat ingin mengambil alih premis dengan mengosongkan kawasan itu menyusun semula perniagaan selaras dengan majlis undang-undang,” kata Pengarah Pelesenan MPPP, Azman Sirun.

Sejarah restoran Line Clear bermula kira-kira setengah abad lalu.

Ketika itu pekerja akan menjerit “line clear” sebagai cara mereka memberitahu sudah bersedia untuk melayan pelanggan yang sedang berbaris.

‎Restoran itu amat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang mahukan makanan terbaik mamak Pulau Pinang.

Restoran itu juga terkenal dengan aroma kari dan pelbagai hidangan seperti daging, makanan laut dan sayuran, lapor The Malaysian Insider. 

Moyang Berusia 82 Tahun Sambung Belajar


Ketika orang seusianya memilih untuk menghabiskan waktu dengan keluarga tercinta, berbeza bagi Wan Zainon Wan Abd Manan, 82, apabila beliau mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Pembelajaran Terengganu, di Kuala Nerus.

Ternyata cinta terhadap ilmu begitu utuh dalam diri anak jati Kampung Simpang Tokku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang membahasakan dirinya dengan panggilan Tok Wan itu, walaupun sudah lebih 28 tahun bersara daripada bidang perguruan.

Semangat yang dimiliki wanita berstatus moyang dan nenek kepada 17 cicit, 29 cucu serta ibu kepada tujuh anak itu sememangnya mengagumkan ramai pihak, apatah lagi beliau antara penuntut tertua di institusi pengajian tinggi (IPT) ketika ini.

Kata Wan Zainon, keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atas kehendak dirinya sendiri selain ingin mengisi waktu terluang dengan sesuatu yang bermakna.

Cucu ajar guna komputer

Menurutnya, sebelum menyambung pengajiannya di OUM, beliau banyak mengikuti kelas antaranya kelas bahasa Arab dan al-Quran bagi mengisi masa lapang, tambahan memang minatnya untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab.

“Tapi tak banyak yang Tok Wan boleh belajar kerana sumber (waktu pembelajaran) terhad, sehinggalah Tok Wan lihat cucu dan cicit main komputer, jadi Tok Wan minta mereka ajarkan cara nak guna komputer.

“Dari situlah Tok Wan mula tambah lebih banyak ilmu dengan mempelajari bahasa Arab secara online seperti di Youtube, anak-anak juga ada belikan VCD,” katanya.

Wan Zainon berkata, walaupun ketika itu mempunyai komputer bagi membantunya belajar, beliau masih belum berasa puas sehinggalah anaknya memaklumkan OUM menawarkan kursus pengajian Islam.

Keluarga beri sokongan

“Alhamdulillah, ketika Tok Wan menyatakan hasrat untuk belajar, semua ahli keluarga termasuk anak, cucu dan cicit beri sokongan, malah salah seorang menantu Tok Wan pun belajar di tempat yang sama,” katanya.

Biarpun terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak dan pernah diserang strok yang tidak serius, Wan Zainon bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik sama ada dari segi pertuturan dan pendengaran.

Ketika ditanya mengenai jurang usia antara dirinya dengan pelajar lain akan mengundang perasaan tidak selesa, Wan Zainon mengakui perkara itu tiada masalah.

“Tok Wan tak lihat perbezaan usia yang jauh dengan pelajar lain akan membuatkan diri Tok Wan tersisih, sebaliknya perkara itu dilihat kelebihan buat Tok Wan, malah semua pelajar dan kakitangan di sini juga begitu mesra dan banyak membantu,” katanya.

Baru memulakan kelas pertamanya semalam, Wan Zainon sudah membuat persediaan rapi termasuk membuat nota sebagai rujukan bagi memudahkannya bertanya kepada pensyarah jika ada perkara yang tidak difahami.

Jadi contoh golongan seusia

Sementara itu, Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Terengganu, Mohamad Umbaik Ismail berkata, kehadiran penuntut berstatus moyang di universiti berkenaan merupakan idola dan contoh kepada pihak lain untuk turut serta belajar walaupun sudah lanjut usia.

“Saya bagi pihak universiti (OUM) sangat berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan Wan Zainon dan sekalung tahniah kepada beliau kerana begitu bersemangat untuk belajar walaupun bertongkat.

“Saya harap selepas ini lebih ramai mengikuti jejaknya menuntut ilmu dan kita di pihak OUM sentiasa memberikan perhatian dan bantuan yang diperlukan,” katanya.

Kata Mohamad Umbaik, selaras moto OUM iaitu ‘Universiti untuk Semua’, soal usia, status, atau apa sahaja perkara tidak membantutkan usaha mana-mana pihak untuk menambah ilmu ke peringkat yang tertinggi.

“Kami di sini teruja dengan kehadiran Wan Zainon dan diharap dia dapat menghabiskan sepenuhnya pengajian selama empat tahun ini, sekali gus mampu menarik lebih ramai pelajar senior untuk mengikuti jejak langkahnya nanti,” katanya.

Pusat Pembelajaran OUM Terengganu yang terletak di Bukit Tunggal mempunyai 1,484 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana membabitkan 23 kursus ditawarkan.

Wajah Madu Erma Fatimah

  

“SAYA restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.

“Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.

“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” demikian ulas Erma Fatima mengenai isu dia kini bermadu pada media.

Sementara menurut Bade pula, isteri pertamanya, Erma masih belum berpeluang untuk menemui isteri keduanya itu berikutan kesibukan Erma yang kini berada di Sepanyol untuk menjalani sebuah penggambaran.

“Ya, saya mengakui bahawa telah berkahwin buat kali kedua pada April lalu dan saya sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya dan dia (Aida Abdul) selamat diijabkabulkan dua bulan lalu dan majlis resepsi diadakan pada 27 Mei lalu di Cherating.

“Mungkin sudah tertulis dia sememangnya jodoh saya. Ingin saya tekankan di sini saya baru sahaja mengenalinya dan tidak ada perkataan curang dengan Erma.

“Saya tidak mahu kecoh dalam hal ini. Kalau ada orang tanya, saya akan menjawab dan saya akan mengakui bahawa saya telah berkahwin lagi. Saya tidak ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan”, katanya dipetik dari BH

Artis Terkenal Tidak Malu Pakai Baju Murah

  

JARANG kita lihat Erin Malek berpakaian sederhana tetapi cukup elegan untuk sesebuah acara pelancaran filem.

Baru-baru ini, pada pelancaran filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Di TGV Sunway Piramid,  Erin tampil dengan gaun sederhana pendek tanpa lengan beserta rantai. Cukup stail dan sempurna buat si cantik ini. Orang kata ‘less is more’.

Kata Erin, 21, dia membeli gaun jenama Dorothy Perkins itu pada hari pelancaran filem tersebut. Pada saat-saat akhir rupa-rupanya! Mujurlah dia sempat hendak bersiap.
“Maklumlah saya sibuk dengan  penggambaran sehingga tidak sempat nak membeli baju lebih awal.

“Jadi, sebelum majlis bermula, saya kelam kabut mencari gaun yang sesuai dan terdapat dua jenis gaun yang membuatkan saya buntu mahu memilih. Satu harga kira-kira RM700 dan yang ini (gaun biru) hanya RM250.

“Bila fikir balik saya bukannya boleh pakai berulang kali, maka saya pilih gaun yang lebuh murah. Siap dapat percuma rantai lagi,” katanya.

Tambah Erin, memandangkan dia seorang yang lasak, dia juga akan memastikan gaun tersebut memudahkan pergerakannya.

Dalam pada itu, Erin berkata, dia lebih selesa melepaskan rambutnya yang panjang agar dapat menutup pipinya yang tembam.

Ish! Mana ada pipi tembam? Erin dah cukup stail dan sempurna pada malam itu! Iye tak?

Dunia Akhir Zaman !! Beribu-ribu Penumpang Kapal Mewah Belayar Tanpa Pakaian Jadi Satu Tarikan



Kami ingin menggalakkan para penumpang untuk membebaskan diri mereka , agar mereka boleh menerima tubuh mereka apa adanya , " ujar Presiden Bare Necessities Tour and Travel , Nancy Tiemann .

Tidak hanya itu, bercuti tanpa pakaian ini juga dituntut membuat penumpang di kapal tersebut lebih mudah mendapatkan rakan baru. Sesuai dengan slogan mereka, "Tidak ada orang asing di Bare Necessities, yang ada hanyalah teman-teman yang belum pernah anda temui".

Selain itu, Tiemann meyakinkan ketelanjangan tidak selamanya berorientasikan pada kegiatan seksual. Bahkan para penumpang dilarang melakukan hubungan seks kecuali di bilik atau kabin peribadi.

Meski menggunakan konsep bogel, kapal ini tetap mempunyai peraturan-peraturan khusus. Salah satunya adalah wajib berpakaian saat kapal berada di pelabuhan atau saat kapten kapal mengumumkan bahawa pakaian diperlukan.

Tidak hanya itu, semua penumpang juga harus berpakaian lengkap semasa makan di ruang makan dan saat menghadiri pesta cocktail dari kapten kapal.

Setiap tahun, syarikat ini memberikan perjalanan dengan kapal layar dan tujuan yang berbeza. Daerah tujuan pelayarannya contohnya Caribbean, kepulauan-kepulauan di Lautan Pasifik dan daerah-daerah eksotik lain.




Tengku Jalil - Jangan Kaitkan Nama Saya Dengan Publisiti Murahan





Tengku Jalil Johort





Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar, 24, mendedahkan enggan namanya dikaitkan dengan mana-mana artis atau selebriti.

Sebelum ini terdapat gosip mengatakan seorang selebriti wanita sedang menjalin hubungan rapat dengan putera raja dari Selatan Semenangjung itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Tunku Jalil mengatakan beliau tidaklah mempunyai hubungan rapat seperti yang didakwa artis wanita itu.

Sebaliknya, Tunku Jalil mengatakan beliau tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana artis yang tidak ikhlas berkawan dengannya.

Memetik Berita Harian, Tunku Jalil berkata, “kami tidak rapat seperti yang diperkatakan. Saya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana artis yang tidak ikhlas berkawan malah menggunakan nama saya untuk meraih publisiti murahan”.

“Memang saya ada berkawan dengan beberapa artis termasuklah artis lelaki dan perempuan, namun saya percaya kepada mereka kerana selama ini mereka tidak pernah menggunakan nama saya untuk dibanggakan kepada media atau menerusi medium sosial mereka.

Gempar! Penemuan Bulatan Pelik Seperti Mata Di Padang Pasir

bulatan3

bulatan1

Gempar! Penemuan Bulatan Pelik Seperti Mata Di Padang Pasir | Kawasan padang pasir sememangnya lebih sinonim di kawasan-kawasan negara arab khususnya. Tambahan pula, banyak perkara yang unik kita dengar di kawasan padang pasir ini. Kali ini KisahBest.My mahu berkongsi dengan anda tentang satu penemuan lakaran bulatan pelik di sana. Bulatan pelik yang dimaksudkan ini adalah satu bulatan yang dilihat seakan-akan bentuk seperti mata. Gambar yang diambil ini menggunakan satelit. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.

bulatan3

bulatan2
Gambar Bulatan pekeliling terkemuka di padang pasir Sahara Mauritania telah menarik perhatian sejak misi angkasa terawal kerana ia membentuk seperti “mata” dalam dalam bentuk yang sangat besar di padang pasir.

Digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai seperti fosil outsized di padang pasir, struktur, yang mempunyai diameter hampir 30 kilometer, telah menjadi satu mercu tanda bagi krew ulang-alik. Pada mulanya ditafsirkan sebagai satu struktur impak meteorit kerana tahap yang tinggi bundar, ia kini dianggap sebagai meningkatkan simetri yang telah didedahkan oleh hakisan. Quartzites Paleozoic membentuk.




Gambar ‘Comolot’ Tutup Mulut Ramai Org


Siapa yang tidak mengenali pasangan ‘Power Couple’ ini. | Baru-baru ini terdapat gosip mengatakan sang suami mempunyai skandal dengan seorang selebriti cantik. 

Seakan-akan mahu menunjukkan keutuhan rumah tangga mereka masih lagi berjalan seperti biasa, romantis seperti dulu, Marion sempat memuat naik gambar cium mulut bersama Nasa di laman Instagramnya, pagi tadi. 

Mungkin dengan perkongsian gambar ini, Marion mengharapkan orang di luar sana tidak lagi membuat gosip-gosip liar berhubung rumah tangganya. 



Kebahagiaan Marion Caunter dan SM Nasaruddin sekeluarga tidak perlu dipertikaikan lagi lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua puteri comel mereka, Leia dan Lana.

Untuk makluman, mereka sekeluarga kini sedang bercuti akhir tahun di negara
 jiran, Singapura bersama-sama ahli keluarga Marion yang lain.

Anak Malaysia di sebalik kejayaan Jepun julang Piala Thomas

on Tuesday, May 27, 2014


KUALA LUMPUR: Di sebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia.

Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam arena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam.

Anak kelahiran Kelantan ini adalah jurulatih kepada pemain persorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.

Bekas guru ini sekarang berkhidmat sebagai jurulatih junior pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka.

Kejayaan Jepun buat kali pertama semalam sekaligus menaikkan nama Izuan yang lebih mesra dengan panggilan Abe Awe di kalangan rakan-rakan beliau di Kelantan.

Laman Facebook beliau turut dihujani ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang mengenali anak Melayu ini.

Dalam perlawanan semalam, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik. 

Kicap Abc Ada Cicak Dan Guna Botol Arak


1. Kicap ABC milik usahahawan cina kini telah ditemui cicak oleh pelanggan Melayu yang membelinya. Kicap ABC sebelum ini mempunyai kontroversi yang hebat kerana kes menggunakan botol arak untuk di pasarkan kepada penduduk daerah Melayu. Untuk senarai kicap milik Melayu boleh scroll di akhir artikel ini.

2. Seimbas kes yang lalu sebelum kita pergi kepada kes cicak.Kegiatan seorang pengusaha cina kicap jenama ABC menggunakan botol arak terbongkar selepas kilangnya yang di Taman Taynton, Cheras diserbu pihak berkuasa. Dalam serbuan pukul 1.15 petang itu, sepasukan pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas kira-kira 2,000 botol kicap ABC milik pengusaha cina.

3. Turut dirampas 20,000 botol arak kosong yang akan digunakan semula, bahan-bahan seperti tepung, kacang soya, gula dan karamel selain 10 buah tong gas dan label untuk menghasilkan kicap ABC berkenaan. Lebih mengejutkan kesemua botol yang diguna di kilang itu merupakan botol arak.

4. Pengarah PPDNKK cawangan itu, Abu Samah Shabudin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menemukan sebuah stor simpanan botol kicap yang siap dipasarkan bertulis "hantar daerah Melayu" dan sebuah stor penyimpanan mesin memproses kicap yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM150,000.

5. Difahamkan, botol arak itu diimport khas dari Thailand tanpa dibasuh dan di letakkan di belakang premis yang kotor, malah sesetengah proses menuang kicap ke dalam botol dilakukan secara manual oleh pekerja cina tanpa menitik-beratkan soal kebersihan.

6. Kilang kicap ABC juga bukan sahaja memaparkan logo halal yang tidak diiktiraf, malah bertindak ‘biadab’ terhadap penguatkuasa dengan mengatakan: "Kami kaum cina harus dibiarkan berniaga jual kicap ABC guna botol arak. Ini kerana kami sudah bayar cukai, ini adalah hak kami. Orang Melayu perlu mengambil kira perasaan orang cina apabila kami bayar cukai. Jika kami orang cina jual kicap guna botol arak tak boleh, itulah punca rasis. Botol arak itu bukan air arak, you orang penguatkuasa ni tak faham ka? Seharusnya kita boleh kawtim sahaja, kerana guna botol arak atau tidak, rakyat perlu berniaga" -kata manager kilang kicap ABC sewaktu penahanan dibuat.

Senarai kicap Melayu Bumiputera:
1. Faiza
2. Jalen
3. Mudim 
4. Tamin 
5. Agromas
6. Aliff
7. Kipas Udang

Jom bantu sebarkan, ramai orang Melayu tak tahu akan perkara ini. Setiap share anda dapat menyelematkan orang Melayu dari kicap ABC milik cina yang berbahaya ini.

Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS

on Thursday, May 22, 2014


Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS

Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS | Hanez Suraya dan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais, bertindak menyaman Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerana melakukan ‘pencerobohan peribadi’ apabila maklumat penerbangan mereka telah dimuat naik di akaun Facebook.

Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS
Mereka mendakwa beberapa jam selepas mendarat di Bangkok pada 20 April lalu, mereka dimaklumkan oleh rakan-rakan yang sebahagian daripada  salinan pas masuk mereka telah muncul di akaun Facebook yang dikenali sebagai "Kami sokong Liyana Manan". ( Liyana merupakan isteri sah kepada Romie dan mereka sedang dalam proses perceraian).

Menurut Suraya, mereka menaiki penerbangan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangkok pada tengah hari  dan  mereka telah memberikan pas penerbangan kepada kakitangan MAS di pintu masuk berlepas .

Bagaimanapun selepas itu mereka menemui akaun Facebook yang mempunyai lebih 1,000 komen negatif mengejek mereka.

Mereka  turut mendapati gambar-gambar pas masuk berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial, blog dan akhbar-akhbar tempatan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Hanez Suraya berkata saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis melalui peguamnya Wan Nurliyana Abdul Rahman. Bercakap kepada pemberita, Hanez berkata privasi beliau telah diceroboh.e

"Ini adalah soal pencerobohan  maklumat sulit dan keselamatan saya sebagai penumpang MAS.

"Ia telah menyebabkan kekecohan di Internet sehingga ia menjadi perbincangan umum," katanya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Hanez selaku plaintif  berkata, MAS telah terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Mereka berkata bahawa MAS memberi jaminan kepada penumpang bahawa semua data dan maklumat peribadi termasuk penerbangan adalah selamat.

Mereka berkata tindakan MAS atau pekerja mereka dalam mendedahkan  pas masuk adalah tidak beretika dan melanggar akta berkenaan.

Mereka menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk serta beberapa faedah dan kos dari MAS yang dinamakan sebagai defendan tunggal dalam tuntutan berkenaan.

sumber