Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Tengku Jalil - Jangan Kaitkan Nama Saya Dengan Publisiti Murahan

on Monday, June 2, 2014





Tengku Jalil Johort





Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar, 24, mendedahkan enggan namanya dikaitkan dengan mana-mana artis atau selebriti.

Sebelum ini terdapat gosip mengatakan seorang selebriti wanita sedang menjalin hubungan rapat dengan putera raja dari Selatan Semenangjung itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Tunku Jalil mengatakan beliau tidaklah mempunyai hubungan rapat seperti yang didakwa artis wanita itu.

Sebaliknya, Tunku Jalil mengatakan beliau tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana artis yang tidak ikhlas berkawan dengannya.

Memetik Berita Harian, Tunku Jalil berkata, “kami tidak rapat seperti yang diperkatakan. Saya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana artis yang tidak ikhlas berkawan malah menggunakan nama saya untuk meraih publisiti murahan”.

“Memang saya ada berkawan dengan beberapa artis termasuklah artis lelaki dan perempuan, namun saya percaya kepada mereka kerana selama ini mereka tidak pernah menggunakan nama saya untuk dibanggakan kepada media atau menerusi medium sosial mereka.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment