Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

5 Tanda Cinta Di Ambang Bahaya!

on Monday, February 3, 2014


Cinta memang sukar di ramal. Kadang kala apa yang di rancang tidak akan menjadi. Memang perit! Namun, sebelum hati kamu terluka teruk akibat cinta sebenarnya ada beberapa tanda yang membuktikan sebenarnya cinta kamu itu di ambang bahaya dan bakal berakhir. Cuma mungkin kamu sahaja yang tidak perasan.

Kali ini jom ikuti REMAJA berkongsi tanda-tanda cinta kamu itu berada di ambang bahaya!

♥  SUSAH UNTUK DI HUBUNGI
Jika dahulunya kamu dan si dia 24jam sentiasa berhubung kini tiba-tiba si dia mula menjauhkan diri dan sukar untuk di hubungi, mungkin kamu perlu berhati-hati. Kalau si dia benar-benar sibuk tidak mengapa, tetapi kalau seminit pun tidak ada masa untuk bersama kamu baik kamu siap sedia sahaja untuk berhadapan dengan situasi patah hati.

♥  SELALU BERDOLAK DALIK & PUTAR BELIT
Kejap kata ini kejap kata itu, dengar seperti sesuatu sahaja! Adakah dia cuba berselindung apa-apa dari kamu ? ingat, lelaki adalah golongan yang paling pandai menyimpan rahsia. Mereka akan menggunakan apa sahaja taktik dan ayat untuk menutupi segala kesalahan mereka. Jadi, besar kemungkinan si dia memang benar-benar menyembunyikan sesuatu dari kamu rena itulah percakapannya berdolak dalik dan putar belit.

♥  GERAK HATI MULA BERKATA-KATA
Kadang kala  kata hati ada betulnya juga. Andai kata hati kamu mula ‘berkata-kata’ lebih baik kamu mula ambil langkah berjaga-jaga. Bila dua hati mula menjadi satu segala gerak hati masing-masing boleh di rasai.

♥  KERAP ONLINE SECARA RAHSIA
Dia kata nak tidur, tetapi bila kamu online sahaja kamu ternampak icon FB nya hijau menandakan si dia sedang di talian. Oh no! Besar kemungkinan si dia sedang berchating dengan orang lain. Jika tidak mengapa si dia perlu rahsiakan semua ini pada kamu betul tak ?

♥  MASIH BERHUBUNG DENGAN SAHABAT BEKAS KEKASIHNYA
Ini paling bahaya! Jika si dia masih berhubung dengan sahabat-sahabat bekas kekasihnya kamu perlu bijak mengatasi masalah seperti ini. Peluang untuk dia dan bekas kekasihnya untuk berbaik agak tinggi. kawan-kawan adalah pengaruh yang paling kuat dalam kehidupan kita. Bukan apa, takut-takut ada yang bersuara “dia masih sayangkan kau, kau dah lupakan dia ke ?” atau mungkin dia sendiri tergerak hati untuk bertanya khabar bekas kekasihnya hingga menyebabkan si dia mula teringat-ingat tentang bekas kekasihnya itu akan menyebabkan cinta lamanya berputik kembali.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment