Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

TERKINI : Punca Sebenar Sharnaaz Ahmad Serang Lisdawati

on Wednesday, February 26, 2014



Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi amaran keras kepada pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berdepan tindakan saman tahap maksimum.

Amaran keras Sharnaaz Ahmad itu dinyatakan beliau menerusi Harian Metro hari ini sebagai respon kepada tuduhan yang dilemparkan pasangan itu berhubung isu menyerang, menengking dan mengugut dalam SMS.

“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.”

Menurut Sharnaaz, sesiapa puna akan marah dan meradang jika dipanggil anjing kurap lebih-lebih lagi jika turut melibatkan ibubapa.

“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.”

“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin.”

sumber

Sharnaaz TANGKAP CINTAN Dengan Nelydia?

on Tuesday, February 25, 2014


Sharnaaz Memang TANGKAP CINTAN Dengan Nelydia? | Nama Sharnaaz Ahmad kembali menjadi perbualan hangat peminat industri seni tanah air apabila dia kini dikatakan mempunyai persengketaan dengan pelakon Lisdawati Nazaruddin dan suaminya, Fauzi Nawawi.

Namun, apa yang ingin kami kongsikan di sini ialah bukan hal pergaduhan tersebut, tetapi sebaliknya sisi romantik Sharnaaz terhadap pasangan heroinnya dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) terus terserlah menerusi perkongsian gambar aksi lakonan mereka di set penggambaran tersebut.

Dan daripada post gambar terbaru Sharnaaz, dapat disimpulkan drama BKATC telah tamat menjalani proses penggambarannya.

Menerusi keterangan gambar tersebut, Sharnaaz melahirkan ucapan penghargaannya kepada semua yang terlibat dalam drama terbabit termasuklah pengarah, rakan pelakon dan juga krew produksi.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah ucapan terakhir Sharnaaz yang dikhaskan kepada Nelydia bertulis, “buat Nely, abang sayang awak”.

Adakah memang benar selama ini Sharnaaz memang menyimpan perasaan istimewa terhadap kekasih Qi Razali?

Sebelum ini pun, media pernah melaporkan Qi sedikit cemburu dengan perbuatan Sharnaaz yang gemar menulis kata-kata yang agak ‘jiwang’ dalam Instagramnya bagi mempromosikan BKATC.

Akhirnya kes itu berlalu begitu sahaja selepas Qi menyedari perbuatannya yang menuduh Sharnaaz secara membabi buta, dan Sharnaaz juga mempertahankan tindakannya itu adalah bertujuan untuk mempromosikan drama lakonannya dan juga Nelydia.

Mungkinkah Sharnaaz sudah terpaut dengan cinta lokasi seperti mana yang gemar terjadi di kalangan selebriti Hollywood.

sumber



Dakwa Tak Bersalah,Enggan Mohon Maaf ...Sharnaaz



Ekoran dakwaan dirinya memarahi dan menyerang Nisdawati, Sharnaaz Ahmad tampil menerusi Harian Metro semalam untuk membela dirinya.

Menurut Sharnaaz, semua orang yang terlibat di dalam penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta mengetahui sikap pasangan suami isteri berkenaan.

Agaknya sikap apakah yang dimaksudkan oleh Sharnaaz ini? Hmmmm. Makin banyak teka-teki daripada jawapan yang timbul di dalam kontroversi ini. Apa yang pasti, Sharnaaz enggan memohon maaf dan yakin dirinya tidak bersalah.

"Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian ini. Benda ini kecil sahaja tetapi dibesarkan mereka (Nisdawati dan Fauzi). Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media."
"Biarlah mereka memburukkan saya tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut (mohon maaf)."

sumber

HOT !! Nabila Huda Tayang Paha Di FFM 25

on Monday, February 24, 2014





Nabila Huda beraksi seksi tayang paha di FFM 25


PANAS !! Sharnaaz Serang Nisdawati !












Industri hiburan kini dikejutkan lagi dengan pergaduhan antara Sharnaaz dan pasangan suami isteri Nisdawati & Fauzi Nawawi.

Nisdawati dikatakan diserang Sharnaaz di set pengambaraan pada jam 11 malam pada 19 Februari. Nisdawati dikatakan menggigil ketika diserang, dimarahi dan dimaki hamun oleh Sharnaaz. Nisdawati terpinga-pinga dan mendiamkan diri ketika ditengking oleh Sharnaaz.

Ads by H12 Media Mesej Telefon, SMS ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29. SMS berbunyi seperti ini: “Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harap lu faham. Ini kali kita kasi habis.”

Fauzi berkata, kiriman mesej itu diterima pada 21 Februari lalu lebih kurang jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan kes Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Fauzi telah membuat laporan polis ke atas Sharnaaz.


sumber

ANEH ! Keliwon Gergasi Ditemui Di Hutan Pahang

on Sunday, February 23, 2014


Sepasukan askar hutan pahang berjaya menangkap seekor keliwon yang besarnya hampir 2x ganda sebesar manusia. Keliwon ini didapati menyerupai manusia dan kelawar. Makanan keliwon ini adalah darah manusia jadi berhati-hati jika anda ternampak bayangan keliwon.

Menurut kajian, Keliwon adalah Khamis Malam Jumaat. Setiap kali malam jumaat, perkataan malam jumaat keliwon ini sering kali meniti di bibir sesetengah dari kita. Malam jumaat keliwon ini sering kali dikaitkan sebagai malam yang menyeramkan ataupun keras kerana dipercayai pada malam itu pelbagai jenis syaitan bergentayangan atau berterbangan. Selain itu juga dikatakan pada malam ini, para pengamal ilmu hitam atau ilmu yang salah akan menamatkan pengajian dan secara tidak langsung menguji ilmu mereka.

sumber

Anak pasangan Sweden kejutkan mahkamah

on Saturday, February 22, 2014


STOCKHOLM - Anak lelaki sulung pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Nor Shal, Ammar terus mengejutkan mahkamah dengan beberapa pengakuan dipukul oleh pasangan itu pada hari ketiga perbicaraan, Khamis.
Dalam sebuah video yang ditayangkan oleh pendakwaraya, Anna Arnell, Ammar yang ditemubual oleh pegawai penyiasat dilihat tidak memerlukan banyak soalan untuk terus ‘bercerita’.
Ammar mendakwa kakak sulungnya Aishah, 14, selalu dipukul kerana mempunyai tabiat suka mencuri coklat dari bilik ibu bapa mereka yang boleh dikatakan berlaku pada setiap bulan.
Dalam satu lagi insiden, Ammar mengaku dipukul menggunakan tali pinggang kulit milik Azizul oleh ibunya setelah dia tidak berhenti mengeluh dan mengomel apabila diminta mencuci bilik air.
“Rasa seperti ada darah keluar dari kaki saya. Saya juga rasa seperti ada air panah mengalir ke hujung kaki. Tali pinggang itu dibuat dari kulit. Ia milik ayah saya dan ia berwarna coklat,” ujarnya.
Peguam Shalwati, Kristofer Stahre berkata, kenyataan Ammar sangat tidak konsisten dengan kenyataan daripada saksi-saksi lain dan boleh menjadi satu kelebihan untuk pihak pembelaan.
Ammar turut menceritakan satu kejadian ketika dia berusia lapan tahun di mana dia telah dicubit berhampiran kemaluannya oleh Shalwati.
Ammar bagaimanapun gagal mengingati punca dia dihukum sedemikian namun yakin ibunya tidak akan mengulangi hukuman itu.
Dalam pada itu, Ammar yang kini berusia 12 tahun turut memberitahu bahawa dia pernah terdengar ibunya mencadangkan kepada Azizul untuk membiarkan dia sahaja yang memukul anak-anak bagi mendisiplikan mereka.
Alasan Shalwati ketika itu ialah kerana Azizul memukul anak-anak mereka terlalu kuat sehingga mereka menangis dengan lebih kuat namun ia berbeza sekiranya Shalwati yang memukul mereka.
Ammar berkata perbualan itu didengarinya ketika melintasi bilik ibu bapanya.
Anak kedua pasangan itu bagaimanapun masih menunjukkan penyesalan apabila bertanya bilakah ibu dan bapanya akan dibebaskan pada permulaan video tersebut.
“Ia adalah satu masa yang panjang. Sudah empat minggu berlalu dan rasa janggal tidak melihat mereka sekian lama. Saya mahu ibu bapa saya berada di rumah dan kami akan baik-baik sahaja bersama-sama,” tambahnya.
Azizul dan Shalwati telah ditahan sejak Disember tahun lalu kerana dipercayai mendera keempat-empat anak mereka yang kini berada dalam jagaan ibu saudara di Kelantan.
Kesemua mereka dibawa pulang dari Sweden oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, pada awal bulan ini.
Anak sulung pasangan tersebut, Aishah, 14, dan Ammar kini bersekolah di SMK Padang Kala sementara Adam, 11 dan Arif pula menuntut di SK Padang Kala, Kota Bharu.
Perbicaraan tersebut dijangka akan memakan masa sehingga 10 hari di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, lapor Utusan.

sumber

PANAS ! Punca keretakan rumah tangga Erra Fazira

on Wednesday, February 19, 2014


SHAH ALAM - Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon dan pengacara program Primadona, Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa.

Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Penceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor).

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.

Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.

Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida dan suami Umie iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
Kemunculan Erra agak mengejutkan apabila dia memakai topeng menutup mukanya.

Pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam).

Manakala Engku Emran diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee.
Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian.

Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.

Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.
Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.

“Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai,” katanya.
Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.

Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007. Sebelum itu Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata, lapor mStar.

sumber

PANAS!! Bintang Akademi Fantasia Ditangkap Kerana Mencuri Basikal Mewah !

on Sunday, February 16, 2014


Wow! memang memalukan apabila seorang artis bekas pelajar Akademi Fantasia ditangkap gara-gara mencuri basikal mewah.

Kejadian ini berlaku di Kota Kinabalu, Sabah yang mana penyanyi berusia 22 tahun ini ditangkap kerana mencuri basikal mewah bernilai RM 14 ribu.

Penyanyi lelaki itu ditangkap bersama 2 rakan beliau yang berusia 27 tahun dan 19 tahun. Mereka ditahan di sebuah kafe oleh anggota polis dalam satu operasi cantas khas.

Basikal itu dicuri pada 12 Februari yang lalu dalamsatu kes pecah masuk. Selain basikal, antara barang lain yang hilang ialah mesin jahit elektrik, dua buah radio, jam tangan berjenama, kasut, pakaian,dan wang tunai.




Wajib Baca!! 13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Setiap Wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
Mesti Baca 13 Perkara Penting Yang Wajib Wanita Jaga 2 Mesti Baca!! 13 Perkara Penting Yang Wajib Wanita Jaga
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Wallahualam.. Peliharalah mahkota dan keperibadian mu wahai Wanita.

sumber

PANAS!! Artis Termahal Baru Kahwin Bakal Dimadukan !

Gosip tentang pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan bakal dimadukan tidak lama lagi ternyata benar dan pasti mengejutkan ramai peminatnya di serata Malaysia.

Bagaimanapun, gosip ini cuma berkisar dalam telefilem berjudul Madu khas terbitan Zeel Production di mana Rozita memegang watak sebagai isteri pertama kepada pelakon Zamarul Hisham dan menggunakan nama Anita.

Bakal ditayangkan pada Ahad jam 10 malam di TV3, telefilem Madu bakal mengupas tentang sisi hidup seorang isteri yang sanggup dimadukan semata-mata untuk menghilangkan kebosanannya seorang diri di rumah.

Buat wanita yang bakal berdepan dengan kemungkinan dimadukan suami, apa kata anda tonton cerita Madu. Macam best je cerita telefilem ini.

Ditanya tentang penerimaan Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, jika dimadukan suami, dia mengakui tidak sanggup. Apapun, dia yakin Zain Saidin tidak akan berbuat demikian kerana percaya suaminya seorang yang baik dan memahami.

“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima. Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-Allah.”

sumber


SERIUS!! Untuk Kekal Kurus Jahit lidah

Maya Nava


Caracas: Walaupun sudah berbelanja sebanyak AS$7,000 (RM23,000) untuk pembedahan hidung dan membesarkan payu dara bagi memenuhi impiannya memenangi Ratu Venezuela, Maya Nava merasakan semua itu tidak pernah mencukupi. Malah gadis berusia 18 tahun itu sanggup mengambil langkah drastik menjahit plastik di lidahnya semata-mata untuk memastikan beliau kekal kurus. 

“Ia membuatkan saya turun berat badan dengan lebih cepat,” katanya kepada rancangan Extreme Beauty Queens: Secrets of South America yang disiarkan oleh BBC3. 

Ambil makanan cecair 

“Anda makan (benda) sama tetapi dalam bentuk cecair,” katanya yang mengakui jahitan lidah akan membuatkan beliau terlalu sakit jika memakan makanan pejal. 

Maya adalah salah seorang daripada ribuan gadis remaja yang terlalu taksub untuk dimahkotakan sebagai Ratu Venezuela dan keluarga mereka pula akan melakukan apa saja untuk mencapai impian berkenaan. 

Jaminan masa depan 

“Ia akan memberi jaminan masa depan untuk saya dan keluarga. Ia membolehkan kami untuk meninggalkan kawasan perumahan miskin ini,” katanya. 
Keazaman Maya untuk berjaya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Beliau tinggal di kawasan perumahan Santa Cruz di Caracas di mana satu pembunuhan dilaporkan berlaku setiap 40 minit. 

Dengan mencatatkan kemenangan paling banyak dalam Ratu Dunia berbanding negara lain dan memiliki 50 juta penonton televisyen bagi pertandingan akhir di peringkat kebangsaan, pertandingan ratu cantik disifatkan sebagai satu perniagaan besar di Venezuela. 

Raja Kecantikan 

Diselia ‘Raja Kecantikan’ negara itu, Osmel Sousa, 67, peserta menghabiskan masa enam bulan hingga ke peringkat akhir dalam satu ‘bootcamp’ kecantikan di mana kamera sering memerhati mereka dan pembedahan menjadi rutin. 

Miss Venezuela House dikendalikan orang seperti Sousa yang sentiasa memeriksa perkembangan gadis berkenaan dan sering memberikan nasihat. Malah beliau menggunakan ketajaman matanya untuk kesempurnaan bahagian yang perlu diperbaiki. 

Tetapi tidak semua bersetuju dengan pembedahan melampau yang perlu dilalui peserta. Ibu kepada seorang peserta, Lara menegaskan bahawa anak perempuannya enggan melakukan pembedahan kerana ia akan menjadi satu pertandingan yang tidak adil. 

sumber

Emma---'Memang saya pergi rumah Zizan, tapi..’


Pelakon jelita, Emma Maembong bagaikan tidak hentihenti dirundung kontroversi. Selepas didakwa bercumbu dengan kekasihnya yang juga pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak, dalam penerbangan mereka ke Amerika Syarikat, dia pula dikatakan ada masalah disiplin dek dakwaan dirinya menarik diri daripada syarikat pengurusannya, Wire Fame Entertainment (WEF).

Sebelum ini, dia didakwa mungkir janji dengan sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan apabila menarik diri tanpa alasan. Ada yang mendakwa jiran kepada Zizan, menghantar emel kepada sebuah portal hiburan, mengatakan dua pelakon itu dikatakan bersekedudukan. 


Sebelum ini, Emma dikatakan sukar memberi kerjasama kepada produksi dan pihak media massa. Mana tidaknya hampir dua minggu penulis mencari dan menghubungi Emma dan penolong peribadinya, namun usaha itu gagal. Apa sebenarnya masalah Emma? 



sumber

Video,Seks Mimi Tersebar

on Saturday, February 15, 2014

Filem 3GP belum ditayangkan tetapi Mimi (One Nation Emcee) mula resah memikirkan penyebaran beberapa klip video dalam Internet yang menyatakan ia adalah rakaman aksi seksnya.

Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norhisham, 25, berkata dia tidak menyangka ada adegan filem itu yang kini berleluasa tersebar di Internet dengan tajuk yang jelas memaparkan dia melakukan hubungan seks itu.

“Saya memang tidak tahu pasal penyebaran klip video itu kerana sudah lama tidak melayari Internet. Namun yang pasti, itu hanya sedutan lakonan saya. Klip itu antara adegan dalam filem Klip 3GP yang saya jayakan.

“Malah, lakonan yang saya jayakan juga dilakukan secara profesional, jadi jangan kata saya sanggup ketepikan agama semata-mata untuk berjaya dalam bidang lakonan.
“Sehubungan itu, saya sungguh kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Menurut Mimi, kebanyakan aksi yang boleh dianggap lucah itu disunting supaya ia nampak seperti adegan sebenar, sedangkan sewaktu penggambaran, watak tambahan atau pendua digunakan supaya kelihatan seperti dirinya. 


SERIUS ! Bahan-Bahan Yang Ada Dalam Kosmetik

on Friday, February 14, 2014


Membaca label pada kosmetik dan losyen seolah-olah memerlukan ilmu tersendiri yang mungkin hanya diperolehdi bangku akademik. Dnah dalam artikel kali ini kami sudah menyelesaikan beberapa bahan-bahan untuk anda. Setelah membaca senarai ini, banyak bahan-bahan "unik" yang biasa digunakan untuk membuat kita merasa lebih cantik.

1. Parfum Mahal Berisi "Kotoran" Paus   

Ambergris adalah lilin kuning, zat padat yang dihasilkan dalam sperma usus ikan paus untuk melindungi mereka dari benda tajam yang kadang-kadang ditelan. Atau sering disebut juga "emas laut." Bau unik ambergris sering digunakan dalam minyak wangi mahal, dan kadang-kadang juga dimakan kerana dianggap makanan lazat.  

2. Kebanyakan Gincu Berisi Kumbang Parasit Hancur  

Kumbang Cochineal (Dactylopius coccus) adalah serangga kecil yang memakan tanaman kaktus di Amerika Tengah dan Selatan. Kumbang cochineal betina makan buah kaktus merah, jadi ketika kumbang mati dan hancur, pewarna merah yang sangat kuat akan dihasilkan. Cochineal dye telah digunakan selama berabad-abad, dan sangat selamat bagi kebanyakan orang, sehingga umumnya digunakan dalam gincu, ais krim, gula-gula, yogurt, daneye shadow.

3. Sisik Ikan di Pewarna Kulit dan Maskara   

Umumnya terjadi salah faham bahawa maskara mengandung guano kelawar, tetapi dalam kenyataannya, maskara mengandungi sisik ikan. Itu lebih baik? Menurut Snopes, kebingungan muncul kerana maskara tidak mengandungi sesuatu yang disebut guanin. Guanin adalah bahan kristal yang menghasilkan bahan pewarna berkilauan atau cahaya menyebar dalam produk seperti maskara dan cat kuku. Tidak dibuat dari tahi kelawar, tetapi dari sisik ikan, dan umumnya digunakan dalam produk-produk mandi, produk pembersihan, wewangian, kondisioner rambut, lipstik, produk kuku, syampu dan produk penjagaan kulit.

4. "Bangkai" di Lipstick, Eye Shadow, dan Sabun   

Tallow adalah bahan yang umum dalam banyak produk, termasuk solek mata, lipstik, makeup dasar dan foundations, syampu, sabun cukur, pelembap dan produk penjagaan kulit. Konon katanya terbuat dari bangkai haiwan. Tallow dibuat dari lemak haiwan, sebagai produk sampingan lemak. Haiwan-haiwan mati yang digunakan untuk membuat lemak berasal dari pelbagai sumber, termasuk makmal, rumah pemotongan haiwan, kebun binatang, tempat perlindungan.

5. Sperma Banteng pada Produk Rambut   

Kerana kandungan protein yang tinggi, air mani lembu jantan telah menjadi bahan popular dalam produk rambut. Digunakan terutama untuk rambut kering atau rosak, air mani bercampur dengan tanaman yang disebut Katera dan diterapkan pada rambut di salon yang mewah. Proses ini memakan masa kira-kira 45 minit, kos sekitar $ 90-120 USD, dan telah digambarkan sebagai "Viagra untuk rambut.

Sumber

Isteri Meminang 'Madu'

Sesampainya di Istana Budaya, lokasi yang sudah dijanjikan untuk bersua muka, hanya kelibat Datuk Zulkifli Zain sahaja yang kelihatan.

Ditanya di mana isterinya, Zulkifli Zain memberitahu isterinya ada di ruang dalam. Tidak mahu isterinya berpanas di luar, melihat kelibat saya barulah dipimpinnya si isteri untuk ditemu bual.

Benar, saat usia perkahwinan sudah menginjak ke usia 39 tahun, masih terlihat betapa romantis hubungan cinta mereka.

Hampir satu jam menemu bual pasangan ini, Normala sempat berkongsi sebuah cerita yang bukan sahaja mengejutkan, malah rasanya tidak sanggup dilakukan oleh wanita lain yang bergelar isteri.

Masakan tidak, Normala pernah meminang seorang gadis untuk dijadikan isteri buat suaminya atas rasa cinta kepada rumah tangga yang dibina.

Zulkifli yang ketika itu diam mula berkongsi cerita ketika bagaimana isterinya mula mengetahui bahawa dia sedang mengenali seorang gadis.

“Saya tidak nafikan, isteri memang memberi kebebasan kepada saya sehingga kini. Saya boleh keluar berjumpa rakan-rakan, bila-bila masa sahaja.

“Memang dia ada telefon sekiranya saya keluar terlalu lama, tetapi dia bertanya apa yang saya buat bermakna dia mengambil berat tentang saya," jelasnya.

Tetapi lelaki juga ada nakalnya dan Zulkifli sendiri menceritakan bagaimana dia menyalah gunakan kepercayaan yang diberikan isterinya.

“Ketika dia tahu saya menaruh hati pada seorang gadis, dia cakap mahu berjumpa dengan gadis itu dan mahu meminang untuk pihak saya.

“Masa itu, dia sendiri yang pergi meminang, mungkin dia tidak mahu saya terjebak dengan dosa atau sebagainya.

“Malah, ketika itu, isteri menyuruh saya untuk duduk di belakang bersama dengan gadis itu sementara dia memandu kereta," kongsinya.

Tambah Zulkifli, mungkin sudah ditakdirkan tiada jodoh, perkahwinan itu tidak menjadi dan bila difikirkan semula, itu menunjukkan pengorbanan isteri kepadanya.

Bagi Normala, tipulah jika dia tidak mempunyai secubit perasaan cemburu. Tetapi baginya, apa guna untuk memaksa seseorang itu untuk kekal mencintai dirinya seorang.

“Masa itu memang tidak boleh terima suami bercinta dengan gadis lain. Apatah lagi mengenangkan perkahwinan kami sebelum ini mendapat tentangan keluarga.

“Tapi saya fikir kembali, kalau saya tak beri kahwin, dia akan buat juga di belakang dan saya tidak mahu ia menjadi sesuatu yang lebih buruk.

“Cuma saya dah pesan awal-awal, sekiranya dia berat sebelah, maka saya akan minta dia untuk berpisah dengan saya," katanya.

Tetapi jodoh pasangan ini lebih kuat. Biarlah badai memukul bahtera, jodoh mereka tetap kuat dan romantisnya hingga kini.

Kerana sepasang kebaya

Dari mata turun ke hati.Itu kesimpulan yang boleh dibuat bila mendengar kisah bagaimana hati Zulkifli buat pertama kali tertaut dengan isterinya.

Menceritakan detik yang masih diingati jelas itu, cerita Zulkifli, ketika itu dia dan Normala berada dalam satu kumpulan tarian telah dijemput untuk menghadiri majlis keraian di rumah salah seorang Menteri Kebudayaan ketika itu.

“Pada malam itu, saya seperti terpukau melihat Normala. Dia tampak istimewa dan dengan sekali pandang, saya terus terpaut hati.

“Ketika itu saya memang suka dengan wanita berkebaya dan Normala pada malam itu tampil dengan kebaya dan bercucuk sanggul," katanya tersenyum mengingat kisah manis itu.

Ketika majlis tari menari, Zulkifli tampil memaut tangan Normala mengajaknya untuk menari.

“Ketika itu, joget lambak ini memang biasa. Masa itu, saya terus terang dengan dia. Saya cakap, you nak kahwin dengan I tak?"

Normala yang mendengar kisah ini menyelit.

“Bukan macam itu dia cakap. Masa tari menari itu, dia terus cakap, jom kahwin. Saya pula masa itu terus balas, 'jom," kata Normala menahan tawa.

Menyambung bicara, Zulkifli memberitahu, selepas dia menyatakan hasratnya itu, baharulah mereka mula berbincang untuk berkahwin dan bermulalah episod cinta mereka.

“Ketika hendak berkahwin, ibu bapa Normala tidak beri kebenaran apatah lagi beza umur kami 11 tahun. Dia ketika itu baharu berusia 17 tahun.

“Masa itu, ibu bapa Normala menyuruh dia untuk berhenti kerja sebagai penari supaya kami tidak dapat berjumpa lagi, " ujarnya.

Tambah Zulkifli, mungkin sudah jodoh, mereka berkahwin dan ketika itu, dia sedar, ibu bapa mertuanya tidak suka dengan dirinya.

“Hendak buat bagaimana, kami saling mencintai. Tetapi saya pun ada cuba mengambil hati kedua ibu bapa mentua selepas berkahwin.

“Alhamdulillah, selepas kami menimang cahaya mata (Norzizi) baharulah mentua mula menerima saya sebagai menantu," katanya yang sedikit pun tidak berkecil hati.

Suami banyak membantu

Dari luaran, nampak Normala ceria sahaja. Hakikatnya keadaan hidupnya agak terjejas ekoran masalah matanya yang kini buta sebelah kiri akibat penyakit kencing manis semenjak lebih dua tahun lalu.

“Suatu hari, ketika bangun pagi, saya langsung tidak nampak apa-apa. Masa itu memang rasa tertekan dan menangis sebab semuanya dah gelap. Ketika itu, bermacam-macam perasaan negatif mula bermain di minda. Malah, ada ketika saya merasakan suami saya akan meninggalkan saya," katanya.

Di sebalik pemikiran negatif itu, Normala sangat bersyukur kerana dikurnia seorang suami yang begitu mengambil berat tentang dirinya.

"Sekarang saya sudah mampu menerima hakikat. Anak-anak dan cucu-cucunya banyak memberi semangat. Ini dugaan tuhan dan saya terima dengan hati yang reda dan kita memohon yang terbaik untuk diri," jelasnya, pasrah.

Bagi Zulkifli, mana mungkin dia akan meninggalkan isterinya saat wanita itu memerlukan dia sebagai kekuatan dalam hidupnya.

“Saya akan bantu dia. Malah, makan pun saya yang suapkan. Bukan sebab tak nampak, tetapi saya buat sebab itu menjadi pengikat kasih kami. Memasak pun saya yang buat sekarang ini. Saya akan tanya apa yang dia hendak makan, dan saya akan masakkan untuk dia," jelas Zulkifli.







on Thursday, February 13, 2014



Pasangan yang sering mengundang kontroversi, Fizz Fairuz dan Almy Nadia akhirnya memilih tarikh 30 Mei hadapan untuk melangsung pernikahan.

Menurut Fizz majlis pernikahan akan diadakan pada malam 30 Mei, manakala majlis resepsi akan berlangsung pada 31 Mei di Pulau Pinang, iaitu di sebelah pihak pengantin perempuan.

Majlis resepsi pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada bulan Jun.  Fizz juga memberitahu dia akan memberi wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada Almy serta memilih Maldives sebagai lokasi bulan madu.

Persiapan majlis perkahwinan pasangan ini sudah siap 70 peratus.

sumber

Akhirnya Pelakon Cantik Ini Mengaku Membuat Pembedahan Hidung !


Sebelum ini banyak tersebar berita pelakon Yana Samsudin dikatakan melakukan sesuatu pada wajahnya, dia dilihat makin cantik malah hidung Yana dikatakan berbeza dengan sebelum. Walaubagaimanapun, Yana menafikan semua itu dan mengatakan perubahan wajahnya itu disebabkan oleh teknik solekan yang digunakan. Penulis juga merasakan kelainan pada wajah pelakon ini.

Namun yang terbaru, dipetik daripada myartis, “Bila ditanya secara jujur apakah benar dia ada melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya, Yana akhirnya mengangguk. Namun pinta Yana, dia berharap agar isu tersebut tidak dibangkitkan lagi selepas ini. Mungkin malu agaknya!”

Menurut Yana lagi, selain hidung, dia juga meratakan serta memutihkan gigi. Bila buat gigi, Yana harus jaga pemakanan dan sekaligus menyebabkan penurunan berat badan mendadak. Beratnya daripada 59 kilogram ke 53 kilogram selepas rawatan tersebut.

1-copy

51

234

4 Beradik Pasangan Sweden Tidak Hadir Ke Sekolah Akibat Tertekan


Kota Bharu: Empat anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal tidak hadir ke sekolah masing-masing, semalam.

Mereka dipercayai masih bersedih sejurus mengetahui ibu bapanya dihadapkan ke Mahkamah Daerah Solna, Sweden selepas hampir sebulan ditahan reman.

Ketidakhadiran Aisyah, 15; Ammar, 13; Adam, 12 dan Arif, 8, masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala disahkan guru sekolah terbabit.

Kenang nasib ibu bapa

Difahamkan, selain masih bersedih mengenangkan nasib kedua ibu bapa mereka, peguam dari Kuala Lumpur dikatakan hadir di kediaman ibu saudara mereka mengambil keterangan empat beradik itu, susulan pendakwaan yang dilakukan terhadap pasangan berkenaan, kelmarin.

Keterangan empat beradik itu dikatakan penting bagi membantu ibu bapa mereka di sana sebelum perbicaraan pertama berlangsung pada 18 Februari ini.

Adik Shalwati, Shaleena ketika dihubungi BH semalam hanya memaklumkan empat anak saudaranya tidak hadir ke sekolah kerana mempunyai sedikit urusan dan meminta ruang supaya media tidak mengganggu mereka buat sementara waktu.

Pengarah Tourism Malaysia di Stockkholm, Azizul Raheem dan Shalwati dituduh melakukan kesalahan itu secara berulang antara 15 Disember 2010 hingga 17 Disember 2013. Perbicaraan dijangka berlangsung 10 hari.

Guru Besar SK Padang Kala, Ab Aziz Salleh, yang mengesahkan Adam dan Arif tidak hadir ke sekolah hanya dimaklumkan kerana mempunyai urusan tertentu oleh bapa saudara mereka.

Ditanya mengenai perkembangan dua beradik di sekolah itu, Ab Aziz berkata, Adam menunjukkan prestasi yang menggalakkan dalam kelas dan prestasi pelajaran cemerlang.

Kami tidak menyangka beliau dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan aktif menjawab soalan dalam kelas. Malah, Arif juga dilihat selesa berkawan dengan rakan sekelasnya.


Tunjuk prestasi cemerlang
Melihat kepada prestasi yang ditunjukkan dua murid itu, kita percaya mereka dapat menguasai bahasa dengan cepat, katanya.

Sementara itu, guru di SMK Padang Kala yang enggan dikenali berkata, Aisyah dan Ammar tidak hadir ke sekolah tanpa dimaklumkan sebarang alasan kepada pihak sekolah -

sumber

Haslinda dinasihatkan suaya ‘Segera bertaubat’oleh Imam Besar Masjid Negeri Terengganu


Kuala Terengganu: “Dia (Haslinda) sepatutnya bersyukur kerana Allah masih memberinya peluang kembali ke pangkal jalan. Jadi, saya menasihatkan dia supaya segera bertaubat kerana dosanya amat besar.”

Itu kata Imam Besar Masjid Negeri Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz mengenai kejadian menimpa Haslinda yang sebelum ini menggunakan batu mani gajah sebagai tangkal untuk memikat dan mengikis wang lelaki.

Menurutnya, Haslinda wajib kembali kepada ajaran Islam sebenar kerana perbuatan menggunakan tangkal adalah syirik kerana batu mani itu menjadi istimewa dengan bantuan syaitan.

“Percaya kepada kuasa yang ada pada makhluk boleh menandingi kekuasaan Allah sebenarnya perbuatan menyalahi hukum agama dan perlu pulang ke pangkal jalan,” katanya.

Pengamal Perubatan Tradisional Azman Ahmad, 38, pula berkata, kebiasaannya pengamal ilmu hitam akan menyeru semangat yang dipuja pada jenglot atau dikenali juga anak kerak untuk menimbulkan gangguan kesihatan dan pemikiran mangsanya.

“Jenglot biasanya diamalkan pengamal perubatan dari tanah seberang dan patung itu perlu dipuja untuk menghidupkan kuasanya,” katanya.

Perut Meletup Akibat Terlebih Makan


Akibat terlebih makan seorang wanita dipercayai perutnya meletup. Hahahha.. pelikkan ? Tapi memang betul belaku di China. Sumber ni pun admin dapat dari harian metro bukan main tulis je. Jom baca selanjutnya

Perut Meletup Akibat Terlebih Makan

 Seorang wanita berusia 58 tahun terpaksa melakukan pembedahan membuang perutnya yang ‘meletup’ selepas makan dan minum arak (terlalu banyak) ketika Festival Musim Bunga.

Portal web Modern Express memetik, seorang pakar nutrisi di Hospital Friendship Beijing sebagai berkata, wanita berkenaan dihantar ke sebuah hospital di Suzhou, wilayah Jiangsu, sejam selepas mengalami bengkak teruk pada perutnya akibat terlebih makan dan didiagnos

Ketika pembedahan dilakukan, gas mengandungi alkohol etil dilepaskan dari perutnya dan terkena pisau pembedahan elektrik pakar bedah mengakibatkan kebakaran kecil berlaku. Ketua doktor di Hospital Nanjing Drum Tower Wang Hao berkata, kes seumpama itu ada kalanya berlaku sehingga 12 kali setahun di hospital tertentu.

Katanya,

 kejadian perut terbakar amat jarang berlaku, namun tidak mustahil disebabkan kadar alkohol yang tinggi di dalam organ mangsa.

“Lazimnya seseorang berhenti makan apabila rasa kenyang.

“Bagaimanapun, seseorang mungkin tidak mampu peka terhadap amaran badannya jika mencampurkan minuman beralkohol ketika makan besar mengakibatkan pemakanan berlebihan,” katanya

Nota ; jaga lah permakanan korang . kisah ini beri kita pengajaran juga ya. Tapi pelikkan sampai meletup ? Apa komen korang ? Cuba kongsikan

sumber