Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Masih Tunangan Orang .Indah

on Sunday, May 11, 2014



Rasanya ini adalah kali pertama bintang AF 2013 iaitu Indah dilanda gosip. Bergelar artis, perkara ini sememangnya sudah dijangka namun dia turut terkejut dengan dakwaan yang tidak berasas tersebut. Gosip penyanyi berusia 23 tahun ini dikatakan sudah putus tunang semakin meluas di media, malah ada yang turut mendakwa Indah semakin lupa diri sejak keluar dari AF.

Perkara tersebut dinafikan oleh Indah. Dia yang tidak tahu tahu dari mana sumber tersebut turut kesal dengan perkara itu apatah lagi dia dan tunangnya kini sedang berbahagia seperti biasa. Bukan itu saja, Indah atau Siti Ruhailah Hussin turut menafikan yang dia sudah lupa diri. Walaupun mendapat banyak jemputan nyanyian berbanding dengan rakan seperjuangan, Indah tidak menganggap perkara tersebut sebagai punca dia semakin riak tetapi percaya kepada rezeki masing-masing yang telah ditentukan.

Penyanyi yang popular dengan “Percayalah” ini turut berharap semua pihak menghormati pihak keluarganya dan bimbang dengan gosip tersebut mengakibatkan hubungan dengan keluarga tunang bakal terjejas. Ditanya adakah dia bersedia untuk mendedahkan identiti tunangnya itu, Indah enggan berkongsi cerita tersebut sambil memberitahu insan yang bertakhta di hatinya adalah dari orang biasa-biasa.

Indah turut bersyukur kerana lagunya telah mendapat tempat di hati para pendengar. Bukan itu saja, dia berterima kasih kepada semua peminat yang tidak jemu menyokong karier seninya serta gembira kerana lagunya telah memasuki carta di radio tempatan.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment