Kota Mekah yang merupakan tanah suci bagi umat Islam kini sekali lagi dilanda banjir dan hujan lebat, malam tadi.
Pemandangan ini merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku kerana Mekah dikenali dengan iklim panas sepanjang tahun yang mencecah sehingga 40 darjah celcius.
Hujan lebat yang melanda Mekah menenggelamkan beberapa daerah dan jalan-jalan raya di kota suci itu, sekali gus meningkatkan kebimbangan berulangnya banjir kilat yang membawa maut, seperti mana yang dilalui penduduknya beberapa tahun lalu.
Lokasi Mekah di tengah-tengah lembah padang pasir yang berbukit-bukau, menyebabkannya terdedah kepada banjir kilat ekoran hujan luar biasa lebat.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment