Foto identiti pelakon Malaysia mabuk di Sydney didedahkan peminat?
Sudah tentu peminat dunia hiburan tertanya-tanya siapakah gerangan artis yang dikatakan mabuk dalam gosip hangat yang dikeluarkan oleh ERA.FM. Dalam gosip itu, seorang pelakon wanita kacukan Inggeris berketurunan Melayu dikatakan berperangai kurang sopan apabila menjerit-jerit dalam keadaan mabuk.
Jika anda belum membacanya:
Satu gosip paling juicy kami terima dari jauh. Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.
Apa yang lebih memalukan, aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut! Haih, apa nak jadi dengan kamu ni? Ingatkan dah insaf selepas kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat pengambilan alkohol berlebihan. Rupa-rupanya masih berperangai lama!
Menurut sumber lagi, pelakon tersebut berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang lagi pelakon wanita yang juga seorang kacukan dan baru memenangi anugerah baru-baru ini dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro. Rakan pelakon tersebut turut dilaporkan bengang dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak profesional. Pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini sudah pulang ke Malaysia.
Kepada pelakon wanita yang dimaksudkan ini, cukup-cukuplah berperangai sedemikian. Bila lagi nak berubah perangai baik dan kembali sopan? Bukan niat kami ingin mengaibkan pelakon wanita ini tetapi kelakuan kurang sopannya ini boleh mencalar nama baik negara kita serta produksi pengambaran yang terlibat! Sumber- ERA.FMAkhirnya, satu komen peminat dalam laman web hiburan terkenal Rotikaya mendedahkan nama pelakon tersebut. Siapakah gerangannya?
Apa yang menarik, melalui gambar-gambar di dalam Instagram Oyamakeupartis dan Instagram Julia Zielger sendiri menunjukkan lokasi yang selari dengan gosip yang bertiup kencang itu.
Namun, selagi tiada bukti yang sahih gosip itu masih dianggap liar dan boleh menjejaskan kerjaya pelakon itu. Sememangnya menjadi artis, banyak mata yang akan sentiasa memandang gerak geri mereka.
Apapun, kita tunggu penjelasan tuan empunya badan yang dituduh kerana maklumat dari sebelah pihak sukar dibuktikan kebenarannya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment