Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Gambar Nabila Huda Berparti Liar

on Sunday, March 23, 2014

Nabia Huda parti liar
nabila huda
nabila huda parti
Foto Nabila Huda berparti liar di hari jadi teman rapat5

Pelakon yang terkenal dengan sikap suka berparti, Nabila Huda kembali menimbulkan kontroversi apabila beberapa keping gambarnya berparti liar di sebuah majlis hari jadi teman rapatnya di ibu kota tersebar secara meluas di laman sosial.

Menerusi gambar-gambar tersebut, Nabila Huda dilihat memakai kostum pontianak sambil melakukan aksi minum air berwarna darah bersama dua rakannya.

Apa pun, jom skodeng gambar Nabila Huda berparti liar di hari jadi teman rapat yang Katak Comel paparkan di bawah ini.

Zarina Anjoulie disaman oleh Ahli Perniagaan?

on Monday, March 17, 2014


KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan memfailkan saman terhadap pelakon Zarina Anjoulie, kerajaan dan empat lagi atas dakwaan berlaku kecuaian serta penipuan membabitkan sebuah kereta mewah milik arwah bapanya.Kevin Shah Kadar Shah, 33, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Jeev Anand & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Nov tahun lepas.

Beliau turut menamakan pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Kementerian Pengangkutan Malaysia, kerani penghantar surat Salleh Idris dan Public Islamic Bank Berhad sebagai defendan.


Pada prosiding hari ini, Hakim Hue Siew Kheng yang mendengar kes itu dalam kamar, menetapkan 7 April depan untuk mendengar permohonan plaintif bagi meminda penyataan tuntutan dan permohonan Salleh bagi membatalkan saman terhadapnya.

Peguam J.Jev Anand mewakili Kevin Shah, peguam YK Leong mewakili Salleh manakala Peguam Persekutuan Nur Aqilah Ishak bagi pihak kerajaan, JPJ Negeri Selangor dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Penyataan tuntutan Kevin Shah mendakwa arwah bapanya, Kadar Shah Sulaiman membeli sebuah kereta terpakai jenis BMW dengan nombor pendaftaran WTN 8850 yang didaftarkan atas nama bapanya pada 17 Mei 2010 dan menandatangani perjanjian sewa beli dengan Public Islamic Bank pada 11 Mei, tahun sama.

Beliau mendakwa bapanya meminjamkan kereta itu kepada Zarina, yang merupakan rakan Kadar Shah, sekitar Jun 2010 untuk kegunaan harian dan kereta itu masih dalam milikan pelakon berkenaan sehingga bapanya meninggal dunia pada 19 Nov 2011.

Kevin Shah mendakwa selepas kematian bapanya, Zarina tidak pernah memulangkan kereta itu dan sebelum beliau sempat menghubunginya untuk berbincang, pihak bank menarik kereta berkenaan selepas ansuran bulanan gagal dilunas mengikut perjanjian.

Ahli perniagaan itu mendakwa Public Islamic Bank memulangkan kereta berkenaan kepadanya pada 21 Feb tahun lepas setelah beliau melunaskan segala tunggakan ansuran bulanan.

Bagaimanapun, Kevin Shah berkata beliau terkejut apabila mendapati kereta itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran BLP 8858 sedangkan bapanya tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada JPJ untuk mendaftarkan kenderaan miliknya dengan nombor BLP 8858.

Kevin Shah juga mendakwa Kementerian Pengangkutan, melalui surat bertarikh 18 Mac 2013, memaklumkan bahawa nombor WTN 8850 telahpun didaftarkan ke atas kenderaan lain, iaitu sebuah motosikal atas nama bapanya, manakala nombor BLP 8858 didaftarkan bagi kereta BMW itu.

Beliau berkata JPJ, melalui surat bertarikh 3 Jun 2013, menyatakan pertukaran nombor pendaftaran antara kereta dan motosikal itu dibuat pada 14 Feb 2012 namun perkara berkenaan adalah mustahil kerana bapanya telah meninggal dunia sebelum tarikh pertukaran.

Oleh itu, Kevin Shah mendakwa sebarang permohonan yang diterima JPJ tidak pernah ditandatangani bapanya dan mendakwa jabatan berkenaan gagal mengesan tandatangan yang terkandung dalam permohonan untuk pertukaran nombor WTN 8850 dari kereta kepada motosikal dan juga pertukaran nombor BLP 8858 dari motosikal kepada kereta.

Beliau juga mendakwa Zarina, Salleh dan Public Islamic Bank berkomplot melakukan penipuan ke atas bapanya bagi penukaran nombor kereta dan motosikal itu bagi tujuan melenyapkan kereta berkenaan daripada milikan Kadar Shah.

Kevin Shah menuntut ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa pertukaran nombor pendaftaran kereta dan motosikal itu adalah tidak sah dan terbatal. —- Astro Awani

sumber

PANAS !! Gambar 'Kenangan' Lana Nordin di Mekah


Keterujaan Lana Nordin menunaikan umrah di Mekah bersama Fauzi Nawawi dan Lisdawati turut dikongsikannya kepada peminat dengan memuatnaik gambar-gambar menarik di Instagram.

Lana Nordin juga tidak lupa berkongsi sekeping gambar Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu dan memberitahu dia ialah teman rapatnya serta meminta orang ramai mendoakan Fariq.

Bagaimanapun, keterujaan bekas kekasih Johan As'ari itu mungkin sedikit terganggu dengan beberapa komen negatif pengikutnya di akaun Instagram. Mereka dilihat tidak begitu senang dengan keintiman Lana bergambar di sisi Fauzi Nawawi.



Gambar Majlis Pernikahan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal

on Sunday, March 16, 2014


Jumaat lalu, kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Razak telah pun selamat bergelar suami kepada Zareema Zainal yang merupakan anak kepada bekas ahli politik.

Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan di kediaman pengantin perempuan di Pelabuhan Klang, Selangor.

Dengan sekali lafaz, Aidil sah bergelar suami Zareema yang menerima mas kahwin sebanyak RM7,000.

Antara selebriti hiburan dan sukan tempatan yang hadir memeriahkan majlis itu ialah Safee Sali, Nora Danish, Ayu Raudhah dan Betty Rahmad.







Hanes Suraya ditamatkan kontrak Duta Aura White?


Nampaknya kontroversi yang melanda Hanez Suraya benar-benar memberi kesan kepadanya apabila nama Hanez sebagai duta produk pemutihan kulit, Aura White sudah pun ditarik balik.

Menurut sumber, Aura White terpaksa berbuat keputusan drastik sedemikian kerana enggan menjejaskan jualan produk mereka di kalangan pelanggan setia ekoran duta mereka Hanez dihimpit isu merampas suami orang.


Dengan penamatan kontrak aktres itu, hanya setahun sahajalah nampaknya Hanez membawa Aura White. Dalam perniagaan, siapa yang tak mahu untung, Kalau dah nama duta terjejas dengan kisah kontroversi, secara tidak langsung perkara itu turut memberi kesan kepada produk yang diiklankan mereka.

Kepada Hanez, SM harapkan selepas ini dia lebih berhati-hati dalam melakukan setiap tindak-tanduk. Kontroversi yang dicetuskan sebelum ini bukan sahaja mencemarkan imej bahkan menutup periuk nasinya sendiri.

sumber

Jet Li Adalah Penumpang MH370

on Wednesday, March 12, 2014




Jet Li Antara Penumpang Pesawat MH370 Yang Hilang | Pelakon lagak ngeri, Jet Li telah dilaporkan telah menjadi salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden misteri kehilangan pesawat MH370.

“Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini,” dipetik dari Netflix dan The Weinstein Company.

Jet Li dikatakan baru sahaja menghabiskan tugasannya di Pinewood Studios, Johor Bahru dan telah mengambil penerbangan ke Beijing untuk pulang ke rumah.

Seorang pakar seni pertahanan diri, pelakon lagak ngeri dan juga merupakan pembantu koreografer yang sangat berpengalaman ini telah berada di Malaysia untuk siri Marco Polo oleh John Fusco dan terbitan dua syarikat berkenaan yang dijangka memulakan penggambaran dalam tempoh tiga minggu lagi.

“Kami semua di Malaysia sangat sedih dengan penantian ini. Ju Kun adalah seorang yang penting dan disayangi oleh keluarga Marco Polo dan bagi pihak Harvey Weinstein dan Netflix, kami sangat terkejut dengan berita ini.

“Buat masa sekarang kami akan bersama isterinya, Li Ping yang berada di Kuala Lumpur bagi memberi sokongan. Doa kami juga diberikan kepada semua penumpang lain dan keluarga mereka,” kata Fusco.

sumber

Artis Sambut Birthday Di Kelab Malam Haram




Pelakon popular, Nora Danish telah dikatakan mengadakan sambutan hari jadi ke-32 di sebuah premis hiburan tidak berlesen di Bandar Utama, Selangor.

Nora Danish telah didakwa menyewa sebuah bilik khas bernilai RM5,000 itu dikatakan sudah 3 kali diserbu kerana tidak mempunyai lesen operasi yang sah sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa sampai ke kelab berkenaan.
Nora Danish Sambut Hari Lahir Di Kelab Haram

98-Sempat-Meloloskan-Diri-Nora-Danish-Sambut-Hari-Lahir-Di-Kelab-Haram-ROTIKAYA


birthday party nora danish

Nora Danish Party Di kelab Malam

Lagi Artis Fail Cerai

on Sunday, March 9, 2014

SELEPAS aktres cantik, Erra Fazira disahkan bercerai beberapa minggu lalu, kini nama beberapa selebriti dikatakan bakal melalui proses penceraian.

Antaranya adalah aktres tinggi lampai,  Dynaz Mokhtar dan aktres bertubuh genit, Sariyanti.

Bagaimanapun Dynaz dalam beberapa temu bual sebelum ini menafikan perkara itu dan meminta semua pihak tidak memandai-mandai membuat spekulasi mengenai rumah tangganya.

Berbeza dengan Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, yang masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.


Menurut sumber di laman forum Cari, Sari dikatakan sudah menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban, hujung bulan lalu.

Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Eddy Casmady selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki yang comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Usaha Zass untuk mendapatkan pengesahan dari Sari gagal kerana wanita itu kini berada di Capetown, Afrika atas urusan kerja.

Dalam perkembangan lain, Sari kini mengembangkan kariernya dengan menerbitkan pelbagai program televisyen menerusi penubuhan syarikat produksi miliknya iaitu Media Glow Production.



Dia juga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran program aksi Fear Factor Malaysia yang menggandingkan dia bersama peminatnya bernama Anbia.

PANAS !! Komen "laser" Chef Wan mengenai kontroversi Hanes Suraya

on Thursday, March 6, 2014

Pedas, pedih dan perit sungguh komen yang diberikan oleh Chef Wan di akaun Instagramnya mengenai kontroversi yang sedang melanda Hanez Suraya. Tergelak besar membacanya. Sekali baca memang agak “laser” kata-kata Chef Wan tetapi memang itulah hakikat dan kebenarannya. Respek kepada Chef Wan kerana sering mengeluarkan pendapat yang bernas dan padat.

Berkongsi gambar “screenshot” suratkhabar Berita Harian, Chef Wan menulis komentar panjang lebar dan berkongsi pengalaman hidupnya mengenai kontroversi Hanez Suraya, Mr. R dan Liyanan Manan ini. Tulis Chef Wan:-

"Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive.

Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?

These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.

I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same. Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.

I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga. Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer."

Terima kasih kepada Chef Wan kerana mengeluarkan kata-kata yang sangat mantap ini. Apa pun berharap agar kontroversi yang menjadi perhatian satu Malaysia ini dijadikan pengajaran buat kita. Kalau ada yang tengah mengorat laki orang tue, lupakanlah hasrat anda. Kalau anda seorang suami, jagalah anak bini elok-elok. Tak payahlah nak pasang perempuan lain. Bagilah kasih sayang secukupnya kepada keluarga anda. Kredit informasi Instagram Chef Wan.

sumber

Gempar ! Wajah Lelaki Yang Campak Al-Quran Di Lubang Tandas Didedah !

on Wednesday, March 5, 2014


Heboh semalam kejadian menghina Al-Quran yang berlaku di sebuah Masjid di Terengganu. Pada mulanya, gambar suspek yang disebarkan dalam laman sosial menunjukkan wajah seorang pemuda seolah-olah parah dibelasah. Namun sebenarnya, gambar tersebut berlaku ditempat lain dan disebabkan oleh kemalangan.

Kini, melalui gambar yang diterima daripada whatsapp, Wajah sebenar suspek tersebar beserta dengan gambar kad pengenalan beliau seperti dibawah:



Laporan dari Berita Harian:

KUALA TERENGGANU: Polis berjaya menyelesaikan kes al-Quran dicampak di dalam masjid dan lubang tandas di Masjid Limbongan dan Masjid Nasaruddin Shah, Kampung Raja dengan tertangkapnya suspek lelaki berusia 27 tahun di Besut, jam 5 petang semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa.


Terdahulu, BH hari ini melaporkan penduduk sekitar Limbongan, Jertih gempar apabila masjid kampung itu diceroboh pihak tertentu yang merosakkan ratusan al-Quran dan kitab dalam kejadian awal pagi semalam.

sumber

10 Pantai 18sx Yang Terkenal Di Dunia..!!!

ku ukir namamu di awal gunung Jerai...Disaksikan laut daun nyiur melambai... Haa...Itu kisah lagu cinta pantai merdeka..Tapi ada denga tentang Pantai bogel..?? Ianya bukan pantai yang telanjang tapi orang-orang yang datang ke pantai itu yang berbogel.. mereka lebih selesa dan senang berjemur di terik mentari untuk tan kan kulit...

http://selongkar10.blogspot.com/2014/03/10-pantai-bogel-yang-terkenal-di-dunia.html
Tepi pantai dah macam duduk dalam bilik je.. senang dan suka hati bersantai atas kerusi sambil berbogel... memang open... Jadi jom kita selongkar antara 10 Lokasi Pantai Bogel Yang terkenal di Dunia...

10. Bellevue Beach, Klapenburg, Denmark


9. Gunnison Beach
 Sandy Hook, New Jersey

http://selongkar10.blogspot.com/2014/03/10-pantai-bogel-yang-terkenal-di-dunia.html



8. Cap d'Agde, France
http://selongkar10.blogspot.com/2014/03/10-pantai-bogel-yang-terkenal-di-dunia.html

7. Morfa Dyffryn, North Wales, UK

http://selongkar10.blogspot.com/2014/03/10-pantai-bogel-yang-terkenal-di-dunia.html
6. Orient Beach, St. Martin, West Indies

http://selongkar10.blogspot.com/2014/03/10-pantai-bogel-yang-terkenal-di-dunia.html

5. Tulum Beach, Tulum, Mexico


http://selongkar10.blogspot.com/2014/03/10-pantai-bogel-yang-terkenal-di-dunia.html


4. Baker Beach, San Francisco, California

http://selongkar10.blogspot.com/2014/03/10-pantai-bogel-yang-terkenal-di-dunia.html


3. Mazo Beach, Mazomanie, Wisconsin
http://selongkar10.blogspot.com/2014/03/10-pantai-bogel-yang-terkenal-di-dunia.html


2. Swanbourne Beach, Perth, Australia
http://selongkar10.blogspot.com/2014/03/10-pantai-bogel-yang-terkenal-di-dunia.html

1. Playa d'Es Cavallet, Ibiza, Spain

http://selongkar10.blogspot.com/2014/03/10-pantai-bogel-yang-terkenal-di-dunia.html


http://selongkar10.blogspot.com/2014/03/10-pantai-bogel-yang-terkenal-di-dunia.html

P/S : Bogel bukan lagi di dlam bilik mandi tapi dah menjadi jadi... oh dunia

sumber

Hanez Suraya Mahu Isteri R Mohon Maaf Terbuka






Kontroversi yang melanda Hanez Suraya sebelum ini yang mengatakan dia mempunyai hubungan dengan suami orang akhirnya terjawab sudah apabila sidang media diadakan pada hari ini.
Daripada susulan kes tersebut Hanez Suraya menuntut permohonan maaf daripada isteri kepada Mr R atau kini lebih dikenali sebagai Romin Razin Adilha kerana memfitnah dan telah menyebabkan artis dan duta kepada Aura White ini menanggung malu.

“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan, Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini”
Hanez Suraya juga telah memberitahu bahawa kariernya juga turut terkena tempias dengan apa yang telah terjadi selama beberapa minggu ini dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.
“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, dan saya tidak mahu lagi keadaan menjadi keruh dan saya juga tidak memberikan tempoh masa untuk pihak (Liyana) di sana untuk meminta maaf. Tetapi saya mahu nama saya dibersihkan kerana satu Malaysia kini mengenali saya dengan kontroversi ini,” katanya.
Buat pengetahuan anda semua R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34 masih lagi berstatus suami kepada Nurliyana dan mempunyai 2 orang anak hasil daripada perkahwinan mereka dan kes penceraian mereka masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

sumber

Isteri Tunjuk Bukti Percutian Hanez Suraya & Suaminya Di Bangkok

on Monday, March 3, 2014

Wow. Entah bila Hanez Suraya dan Mr. R pergi bercuti bersama-sama di Bangkok tidaklah diketahui, namun itulah bukti bergambar yang ditunjukkan oleh isteri Mr. R, Liyana Manan. Liyana juga turut mempertikaikan kenyataan Hanez yang suaminya duda kerana sehingga ke hari ini, tiada surat cerai yang diterima olehnya. Bagi Liyana, selagi tiada surat cerai, dirinya masih isteri Mr. R yang sah.



Kata Liyana Manan kepada BiPop semalam:-
Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masa isteri Mr. R yang sah.
Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada sah. Dia melihat saya dan suami OK, tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka.
Dan ini buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.

Fuh. Memang pedih ayat Liyana Manan ini. Pelik juga macam mana Hanez boleh bercuti dengan kekasih sedangkan belum ada ikatan yang sah. Liyana juga turut menegaskan yang dirinya tidak pernah membuat fitnah seperti yang didakwa oleh Hanez. Kata Liyana lagi:-
Hanez sepatutnya minta surat cerai dari suami saya dulu, buktikank ami sudah bercerai. Atau Hanez sengaja buat tidak tahu? Tidak boleh bersabar dulu sehingga kes penceraian kami selesai.
Siapa buat fitnah? Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal lagi.
Saya buat kenyataan ini kerana wartawan mencari saya, buka saya cari wartawan. Saya rasa sudah sampai masanya saya bercerita hal sebenar, daripada masyarat terus mendengar pembohongan Hanez.

Dulu saya dan suami bertapan dari bawah mengusahakan sarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia, apabila sudah kaya raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama.
Biarlah hidup saya susah, namun untuk bermadu tidak sama sekali. Sebenarnya saya sudah kering air mata mengenangkan apa yang berlaku. Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak.
Apa perasaan anda (Hanez) jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri Mr. R.

Fuh ~~ Begitulah luahan hati Liyana Manan yang telah pun berkahwin dengan Mr. R selama 8 tahun. Susah senang bersama, bila jadi begini confirm sedih dan merana hati. Kesian sungguh. Semoga Liyana Manan tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah kebenaran akan terbukti jua. Kepada Hanez, renung-renungkanlah perkara ini. 

sumber