Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Komposer Ajai Ambil Masa 4 Tahun Cipta 'Aduh'

on Tuesday, December 31, 2013


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Ajai mengambil masa selama empat tahun untuk membuat kajian terhadap muzik dan kehendak pasaran tempatan bagi mencipta lagu terbaharunya berjudul Aduh.
Ajai atau nama sebenar, Faizal Maas, 38, berkata, lagu dengan genre Malaysia Pop (M-POP) ini mempertaruhkan melodi yang jauh berbeza daripada muzik yang dibawa oleh pendatang-pendatang baharu dalam industri muzik tempatan.
"Selama empat tahun saya buat kajian tentang pasaran muzik tanah air dan melihat pendengar lebih memilih lagu-lagu genre sebegini yang dibawa masuk daripada Indonesia.
"Walhal, kalau dikaji semula lagu-lagu seperti ini telah lebih awal dipopularkan oleh penyanyi Malaysia seperti search, Exist dan Slam sekitar tahun 80-an dahulu," katanya.
Tambahnya, lagu genre tersebut sudah semakin dilupakan oleh pendatang-pendatang baharu muzik tempatan yang lebih memperjuangkan lagu moden dan indie.
Oleh yang demikian, dengan penghasilan lagu tersebut dapat mengembalikan semula perhatian pendengar terhadap lagu-lagu ciptaan komposer tempatan.
Jelasnya, formula tersebut dilihat menjadi apabila lagu Aduh mendapat sambutan mengalakkan daripada pendengar selepas beberapa minggu sahaja dimainkan di radio.
"Alhamdulillah, lagu ini mendapat sambutan baik daripada pendengar, malah klip video tidak rasmi yang dimuat turun oleh stesen radio KLFM mendapat tontonan lebih 100,000 dalam masa sebulan," katanya.
Dalam pada itu, video muzik rasmi lagu Aduh boleh dilayari di laman youtube bermula 25 Disember ini.

7 contoh jenis isteri yang sering diceraikan


Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com