Himpunan berita semasa, terkini, muktahir, sensasi, gossip dan panas

Archive

Panas!!! "DADA" Rita Rudaini Dan Intan Ladya Bikin Peminat Bengang

on Saturday, December 6, 2014





Tak pasal-pasal nama dua pelakon jelita, Rita Rudaini dan Intan Ladyana jadi panas sekitar hujung minggu lalu. Semuanya terjadi gara-gara mereka berdua dikatakan terbabit dalam sebuah penganjurkan ‘Festival Dada’



Fuh! Festival apa pula ni, tak pernah dengar pun. Tapi, bila kami membuat risikan secara mendalam, rupa-rupanya, festival ini merupakan festival bas yg bakal diadakan di Putrajaya nanti.

Tapi, apa kaitan festival dada dengan bas?

Kenapa Rita Rudaini dan Intan Ladyana pun terlibat sama?

Nak dijadikan cerita, sebenarnya ia terjadi kerana kesilapan yg dilakukan oleh sebuah laporan akhbar mengenai ‘BusFest’. Ada ke patut ditulisnya ‘BustFest’.


Pembaca pun, bila dah tengok tajuk begitu, terus je buat andaian kononnya dua selebriti terkenal ini terlibat sama. Lebih melampau bila ada yang berkata dah tak sabar untuk ke Putrajaya menyaksikan Rita dan Intan menayang dada mereka.



Bila difikirkan, seriau pula kami rasa. Mana taknya, dengan hanya satu kesilapan kecil dalam ejaan, ia mampu menjatuhkah maruah dan reputasi seseorang selebriti.
Jadi, untuk semua pembaca meh sini kami nak bagi pencerahan. Untuk makluman, festival yang mencetuskan kekeliruan itu bukanlah satu penganjuran tak senonoh sebaliknya ia adalah satu bazaar membabitkan ramai selebriti terkenal dengan pengangkutan popular di Putrajaya iaitu bas.

Korang janganlah fikir bukan-bukan lagi eh? Kesian Rita dan Intan. Apapun, jom kita serbu BusFest pada 5 hingga 7 Disember ini. Dengar cerita peluang untuk berniaga pun masih terbuka. Mesti best!~Kredit kamithemedia.

kantoi !! pelakon buka tudung untuk berfoya-foya di kelab malam!



Perkenalan singkat bersama Liza mendedahkan bagaimana dia bersama tiga rakan dapat menyusup masuk ke dalam kelab malam berkenaan.

Liza berkata, dia berkunjung ke kelab malam itu bersama rakan yang menetap di kawasan kediaman sama sekitar ibukota.

“Kawan-kawan dewasa akan masuk dulu, lepas tu salah seorang akan keluar dan pinjamkan kad pengenalan mereka kepada kami.

“Bouncer takkan periksa kad pengenalan betul-betul, asalkan berusia lebih 21 tahun akan dibenarkan masuk,” katanya.

Ditanya sekiranya ‘bouncer’ berkenaan tidak mengesyaki dengan melihat wajah mereka berpadanan dengan kad pengenalan terbabit, Liza berkata ‘bouncer’ tidak akan berbuat demikian.

“Kalau mereka hendak lihat wajah pun, kad pengenalan milik rakan saya itu bertudung, susah juga mereka nak mengecam wajah sebenar yang sudah disolek.

sumber

Terbukti ! Cinta itu buta




Jururawat Kantoi ‘Kuliah’ Seks Dalam Bilik Asrama

on Wednesday, July 2, 2014

Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.
Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.
sumber

Zain Dakwa Bayinya Bersama Che Ta Punya Abs Dalam Foto Imbasan

on Monday, June 16, 2014

zain dakwa bayinya bersama che ta punya abs dalam foto imbasan


KL, 16 JUN 2014: Jika sebelum ini, pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta pernah menunjukan foto imbasan bayi mereka yang masih kecil dan berupa ketulan, terbaru Zain dedahkan satu lagi foto imbasan bayi mereka yang sudah pun nampak rupa dan bentuk badan sempurna.

Menerusi foto imbasan yang dikongsikan di dalam laman Instagram itu kelihatan bayinya seperti sedang memejamkan mata dan hampir cuku sifatnya.

Zain memberitahu dalam kapsyennya bayinya ada abs di badan. Wah jika apa yang Murai Batu lihat kebetulan memang perasa baby dia seolah-olah ada abs.

Berikut merupakan kapseynnya:

“Best caption of the year: My baby got abs”

Murai Batu tak pasti pula berapa usia kandungan Che Ta, tapi kalau tak silap Murai Batu ada dalam lebih kurang 4 bulan.

Wah Murai Batu tak sabar rasanya nak lihat dan tunggu kelahiran anak pertama mereka ini mesti comel macam kedua ibu dan ayahnya.

Orang Minyak Tewas Di Batu Caves


Penuntut ilmu hitam orang minyak dipercayai perlu merogol 99 anak dara selain mengamalkan beberapa ‘syarat dan pantang’ bagi membolehkannya mendapat apa yang dihajati seperti kekuatan menakjubkan, kemewahan dan kekebalan. 

Bagaimanapun, Yang Dipertua Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia, Mohd. Adzhar Abd. Latif berkata, perkara itu masih tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana kes membabitkan orang minyak di negara ini dianggap sebagai terpencil. 

“Ia berdasarkan apa yang diceritakan dan diberitahu oleh ‘orang dulu-dulu’. Pengamal ilmu orang minyak ini perlulah merogoI 99 perempuan yang masih dara sebagai syarat untuk mendapatkan apa yang dihajati. 

“Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Adakah benar pengamal ilmu orang minyak ini akan mendapat apa yang mereka hajatkan itu atau hanya sekadar mitos dan legenda semata-mata tetapi ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana membabitkan keselamatan orang ramai terutamanya anak dara,” katanya kepada di sini, hari ini. 

Beliau mengulas tindakan penduduk pangsapuri di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak di sini yang berjaya menangkap lelaki warga asing dipercayai mengamalkan ilmu hitam ‘orang minyak’. 

Mohd. Adzhar tidak menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam tersebut tetapi percaya penglibatan rakyat tempatan adalah minimum. 

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam di negara ini kerana kita ada mendengar kes pukau yang banyak berlaku kebelakangan ini. 

“Kes orang minyak ini pula jarang sekali berlaku dan kewujudannya perlulah dikaji semula. Saya tidak menolak kemungkinan wujud pengamal ilmu hitam tersebut tetapi kita perlu memastikan kewujudannya terlebih dahulu. 

“Saya juga percaya rakyat tempatan yang terlibat dengan pengamalan ilmu hitam sangat sedikit kerana berdasarkan statistik kes-kes membabitkan ilmu hitam seperti pukau dan sebagainya, ia memihak kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan Afrika,” jelasnya. 

Menurut Mohd. Adzhar, bagi penganut agama Islam, perkara seumpamanya perlu dihindarkan kerana ia hanya memesongkan akidah dan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik. 

“Sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mengamal atau mempercayai ilmu hitam ini. Ia merupakan perbuatan yang salah di sisi agama,” ujarnya.

Rockers pukul isteri depan orang ramai

on Saturday, June 7, 2014


Kuala Lumpur: Perbuatan seorang rockers terkenal memukul isterinya mengejutkan kakitangan dan pelanggan sehingga menimbulkan kekecohan sebuah bank di Ampang. 
Malahan sebelum tiba di bank berkenaan, wanita itu sudah ditampar oleh suaminya dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu. 


Tak dapat menahan kesakitan Hanya selepas beberapa hari insiden itu berlaku, ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan rockers ini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat perbuatan suaminya. 


Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock itu meminta isterinya membuat pengeluaran di bank berkenaan. 

Menurut sumber, penyanyi rock itu bertindak sedemikian mungkin disebabkan gagal mengawal perasaan marah terhadap isterinya. 

Tinjauan BH di tempat kejadian semalam, gagal untuk mendapatkan maklumat daripada kakitangan bank berkenaan. Usaha untuk mendapatkan gambaran kejadian tidak berjaya apabila kakitangan enggan mengulas atau seolah-olah tidak mengetahui berlakunya insiden itu.